Archive for January, 2008

30
Jan
08

Dua Insan – Final Fantasy X

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

28
Jan
08

Tips to answer phone call


Telephone Etiquette

1. When you call, identify yourself & give reason for call.

“Hello, I’m Linda from Uitm. I’m calling about the English course organized by UM. Can I speak to En. Azizan, please?.”

2. When you receive a call, identify yourself & your department.

“Mia, M & A Office. May I help you?.”

Quality Service

1. Friendly.

2. Voice Quality.

- Moderate voice volume.

- Clear.

3. Smile when you speak.

4. Be non-emotional.

5. Remember caller’s name.

6. Always apologize.

7. Always be ready to provide assistance.

8. Always be ready to take down messages.

Preparation

1. Be ready with the Telephone Guide Book.

2. Phone numbers of regular people to call, Govt agencies, emergency numbers , etc.

3. Be ready with message notes.

Answering Calls

1. Answer call within 3 rings.

2. Answer with enthusiasm & warmth.

3. Always return call.

4. Don’t let the caller wait for no good reason.

5. Give correct information.

6. Take correct messages.

7. Connect calls correctly.

28
Jan
08

Mencuri???

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.

Pemuda  :     Tidak! Saya tak curi basikal itu.

Hakim    :     Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.

Pemuda  :     Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.

Hakim    :     Maksud kamu?

Pemuda :   Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil “barangnya” yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim    :     !!!!!?????!!!!!

27
Jan
08

lawa vs x lawa

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih…kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh…
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati…!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu…

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la….
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu….
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:…patut pun kena reject…

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato’ mana bela nih….
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih…..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri…

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh….
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu….

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2…

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu…
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe…
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke… sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya….
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia…boring

 

keh keh keh..  ade ke camni

23
Jan
08

Makna bacaan dalam solat

Allah Maha Besar  

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

22
Jan
08

Sekadar Renungan

1. Jika kamu memancing ikan….setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu….janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….

2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula… .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik….

2. MENCARI WANITA SEMPURNA

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

“Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?” ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. “Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya.
Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak
bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya.
Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping
hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya”.

“Lantas”, sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan “Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?”.

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, “Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna”.

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?

Nobody’s perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.

3.  Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi kerananya jejaka rela menjadi suami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta Diukir dari intan permata

(Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan
Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa dituai oleh pangkat dan jawatan

(Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilemma mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah

kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan

Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
’suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi’
‘isteriku, kaulah permaisuri hati…..’
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan

Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah….
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah…
Seninya kerana solat…
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ….iman
Jalannya ….syariat
Natijahnya…..akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
’setia dan penyayang suami’ ‘cinta dan kasih isteri’ lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah yang melahirkan…..
“Soleh dan solehah”.

KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.

22
Jan
08

Nasib seorang janda

PEEEWWIIITTTTTTTTTTTT… goyang yuk… ah ah

hai serba salah jikalau hidup menjadi janda… ke mana pun saja org curiga….

22
Jan
08

Ni Pun Best ==> enjoy…. Telur telur tu

22
Jan
08

Lagu best nie ==> Megi Tom Yam

22
Jan
08

PANDANGAN ISLAM TERHADAP SUAMI ISTERI BEKERJA

KONSEP BERKERJA DALAM ISLAM:
PANDANGAN ISLAM TERHADAP SUAMI ISTERI BEKERJA


Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas
Berkerja sebagai ibadah
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah (wahai Muhamad) ! Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat akan apa yang kamu kerjakan”. (al-Quran: Attaubah 105)
Oleh itu semua kita wajib bekerja, temasuk suami / isteri, untuk mencapai kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Hak dan kewajiban Suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anaknya, menyediakan segala keperluan hidup mereka seperti rumah tempat tinggal, memberikan nafkah perbelanjaaan, mendidik dan membimbing anak isteri ke jalan yang diredhai Allah. Hak dan kewajiban isteri pula, termasuklah mentaati suami, mengurus rumahtangga, mendidik anak ke jalan yang diredhai Allah, melayan suami, dan sebagainya.
Semua kerja yang dilakukan jika sekiranya diniatkan kerana mematuhi dan mengharapkan keredhaan Allah, maka jadilah ia amal soleh. Semua amal perbuatan yang kita lakukan kerana mematuhi perintah Allah adalah IBADAH.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang beramal soleh sama ada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan “. (al-Quran: Annahl 97)

Isteri Yang Berkerja
Di zaman serba canggih sekarang ini, ramai isteri terpaksa bekerja atas pelbagai sebab. Ada yang bekerja disebabkan untuk menanggung mak ataupun adik beradik yang masih kecil. Ada pula kerana ditinggalkan suami yang tercinta (meninggal dunia), bercerai, suami sakit dan sebagainya.
Meskipun demikian, jika kedua-dua suami isteri bekerja dan dapat menunaikan tugas masing-masing dengan baik, dan mematuhi perintah Allah dan RasulNya, dapat mencipta rumah tangga bahagia, dalam keadaan tenang dan tenteram, dan dalam hati kedua-duanya terpatri rasa cinta dan kasih sayang, saling hormat menghormati, sehingga melahirkan zuriat yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, maka pekerjaan mereka telah mendapat barokah dan diredhai oleh Allah s.w.t, apa yang mereka kerjakan itu jika diniatkan kerana Allah menjadilah pekerjaan itu sebahagian daripada IBADAH.

Cabaran Isteri Berkerja
Sejak awal pagi lagi selalunya suami isteri yang berkerja akan ke pejabat. Mereka pulang setelah petang, malah ada yang sampai di rumah setelah malam hari kerana kesesakan ataupun halangan lain di jalan raya. Penjagaan anak-anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pembantu, ataupun diserahkan ke Taska ataupun Tadika.
Suami isteri tiba di rumah dalam keadaan penat, menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang, suami tidak mendapat layanan, kesihatan isteri selalu terganggu dan pertengkaran suami isteri menjadi lumrah. Keadaan ini bertambah parah jika berlaku pendurhakaan anak-anak terhadap orang tua. Jika keadaan ini berlanjutan, ini menunjukkan kita tidak dapat mengendali hidup dengan baik. Lebih teruk lagi boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Jadi, bahagia yang dikejar semakin jauh dari kenyataan, walaupun kemewahan wang ringgit sudah tercapai.
Kita jangan lupa bahawa tujuan perkawinan ialah untuk mencipta suasana aman tenteram dan kasih sayang suami isteri . Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan diantara tanda yang membuktikan Kekuasaan dan RahmatNya, bahawa la menciptakan jodoh dari dirimu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang.” (al-Quran: Arrum: 21)
Oleh itu, kehidupan yang mesra dengan diliputi perasaan cinta dan kasih perlu terus dijaga meskipun kedua suami isteri bekerja, kerana suasana seperti ini akan menjadi contoh teladan bagi anak-anak kita. Supaya mereka tidak mengulangi kembali penderitaan yang telah dialami kedua orang tua mereka dalam kehidupan mereka.
Kehidupan mesra yang penuh dengan kasih sayang boleh dicapai jika suami-isteri saling berkerjasama, saling tolong menolong, dengan perasaan kasih sayang. Sediakan masa yang secukupnya untuk keluarga dengan pergi berkelah misalnya. Sentiasa berbincang dan mengatasi segala kesulitan yang timbul secara bersama. Jika hal ini boleh kita ujudkan insya Allah rumah tangga bahagia dapat dipertahankan..

Kita dan Harta Milik Allah
Bekerja kuat ketika muda adalah baik sekali, sebelum badan dimamah usia. Kita perlu pandai menggunakan pendapatan yang diperoleh untuk simpanan dihari tua. Meskipun demikian kita jangan lupa, bahwa segala apa yang telah kita miliki itu adalah kepunyaan Allah s.w.t., yang dipinjamkan kepada kita. Oleh itu kita mesti pandai bersyukur atas segala nikmatNya, dan bila ditimpa musibah kita patut bersabar, dengan demikian hidup kita akan tenang, Insya Allah.
Bekerja adalah suatu kebajikan. Tolong menolong antara suami dan isteri adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertutung-tulungan pada melakukan dosa dan pencerobohan.”(Al-Quran surah Al-Maidah: 2)
Sebaliknya jika suami mampu menanggung semua keperluan hidup, dan isteri memilih bekerja dirumah sepenuh masa, maka itu adalah lebih baik. Kerana bekerja di rumah dan mendidik anak-anak untuk menjadi anak yang berguna, bukanlah pekerjaan yang mudah. Meskipun ada pembantu rumah, sudah tentu penjagaan dan didikan seorang ibu lebih daripada penjagaan dan pendidikan pembantu rumah.
Atas sebab ini, ada isteri-isteri yang mengorbankan pekerjaan mereka, demi rumah tangga. Pendidikan yang tinggi yang mereka dimiliki akan membantu mereka dalam membina masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.
Nabi s.a.w. telah mengingatkan kita:
“Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.” (H.R.Abu Ya’1a, Thabrani, dan Baihaqi)
Tujuan pendidikan Islam ialah untuk menyiapkan anak-anak kita, supaya jika mereka dewasa nanti mereka boleh melaksanakan dengan baik pekerjaan dunia dan amalan akhirat, sehingga tercipta kebahagiaan dunia dan kebahagiaan di akhirat, Untuk itu mereka perlu dididik menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Perlulah kepada mereka diberikan didikan keimanan, akhlak, ibadah solat, puasa, dan sebagainya, dan mereka perlu dibimbing kejalan yang diredhai Allah.
Sudah tentu mereka perlu mendapat pendidikan untuk mengerjakan berbagai Ilmu Pengetahuan keduniaan lainnya seperti berdagang, berternak, bertukang, menjadi guru, petani, semua ini meskipun kelihatan keduniaan jika sekiranya diniatkan kerana Allah jadilah ia ibadah., kerana semua ini juga perintah Allah supaya kita memakmurkan bumi ini sebagai mana firmanNya yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya”.
(al-Quran: Hud: 61)
Untuk meujudkan generasi muda harapan Ummat sedemikian rupa, maka amat diperlukan suatu keluarga bahagia, keluarga yang menjadi contoh teladan, suami isteri yang rukun dan damai, dimana, suasana tulung menulung adalah menjadi amalan harian, suasana aman tenteram sebagaimana menjadi tujuan dan perkawinan menjadi kenyataan.
Baginda Rasulallah s.a.w. dan keluarganya adalah tempat rujukan kita yang utama. Sejarah telah mernbuktikan, betapa rasa cinta dan kasih sayang Nabi s.a.w. terhadap isterinya Siti Khadijah demikian pula sebaliknya. Demikian pula betapa kasih sayang anak Baginda Fatimah Azzahra terhadap ayahandanya dan suaminya adalah menjadi contoh teladan bagi kita yang sebaik-baiknya.

Kasih Sayang Terhadap Isteri
Kasih sayang Nabi s.a.w terhadap isterinya Khadijah bukan saja ketika hidup, malah sehingga Khadijah wafat, Nabi masih selalu menyebut-nyebut jasa baik Khadijah, sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada Aisyah. Nabi s.a.w. tak dapat melupakan jasa bakti Khadijah ketika Baginda masih dalam kesusahan. Khadijah telah mengorbankan seluruh apa yang ada padanya demi untuk perjuangan menegakkan Islam. Kasih sayang Nabi kepada isterinya Khadijah bukan saja ketika masa hidup Khadijah, malah hingga wafatnya, sehingga selama hayat Khadijah Nabi s.a.w. hanya seorang saja isterinya, yaitu siti Khadijah.
Demikian pula ananda Baginda Fatimah Azzahra, telah bekerja keras membina rumah tangga bahagia, bersama suaminya yang tercinta, sehingga pecah-pecah tangannya kerana mengisar gandum, untuk makanan sekeluarga. Pernah suaminya mengesyorkan kepada Fatimah supaya menemui ayahnya untuk meminta sekedar bantuan pembantu rumah untuk meringankan tugas harian yang dialaminya.
Meskipun begitu kasih sayang Nabi s.a.w. kepada anandanya Fatimah, kerana Fatimah memang semenjak kecilnya ikut mengalami penderitaan yang dialami ayahandanya ketika Nabi s.a.w. mula menegak, mempertahan dan memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. sedang sujud mendapat gangguan dari orang Quraisy, mereka meletakkan kotoran binatang dibelakang tubuh Nabi s.a.w. maka ketika itu dengan tangisan seorang anak kecil, Fatimah membuang kotoran itu dari tubuh Nabi s.a.w .
Meskipun begitu rapat hubungan antara Nabi dan Fatimah, tapi Nabi tidak memanjakan Fatimah malah Nabi s.a.w. menasihatkan Fatimah Azzahra supaya tetap bersabar atas cubaan Allah s.w.t. itu, kepada Fatimah Azzahra, nabi s.a.w. mengajarnya supaya membaca kalimah Subhannallah 33 x, Alhamdulillah 33 x, Allahu Akbar 33 x, setiap selesai solat, dan juga ketika hendak tidur dimalam hari, pesan Nabi s.a.w. telah diamalkan oleh Fatimah Azzahra, dan juga amalan ini, biasa telah diamalkan oleh ummat Islam.
Oleh kerana kesetiaan dan kasih sayang Fatimah terhadap suaminya Saidina Ali bin Abi Tbalib k.w. kita tahu selama Fatimah Azzahra masih hidup isteri Saidina Ali hanya sorang saja.

Pergaulan suami isteri
Mudah-mudahan hal ini menjadi pelajaran bagi kita Ummat Islam supaya suami sentiasa bergaul dengan isterinya dengan baik, dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan, demikian sebaliknya demi untuk mencipta rumah tangga bahagia, sebagai contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan anandanya Fatimah Azzahra. Kewajiban suami bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik, sopan santun dan menghargai dan menghormati isterinya Allah berfirman yang bermaksud:
“… dan gaulilah mereka (isteri) dengan baik dan sopan, penuh pengertian dan bila ada sesuatu yang tidak kamu sukai padanya (hendaklah kamu sabar) boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, sedangkan Allah menjadikan kebaikan yang banyak didalamnya.
(al-Quran surah Annisak: 19)
Amat menyedihkan pergaulan yang mesra dan penuh cinta dan kasih sayang hanya ketika belum menjadi sumi isteri. Ketika itu banyaklah kata-kata yang indah dan puja puji kita nyatakan. Akan tetapi setelah menjadi suami isteri perasaan cinta dan kasih sayang itu semakin lama semakin pudar, masing-masing mulai melihat segala kekurangan pasangannya, yang berakhir dengan keinginan berpisah.
Amat malang jika perceraian itu dibuat secara terburu-buru, malah ada yang sampai hati hanya dengan menggunakan SMS. Meskipun perceraian itu dibenarkan, akan tetapi itu adalah jalan yang terakhir sekali perceraian itu meskipun halal tapi amat dibenci oleh Allah dan RasulNya, kerana akibatnya amatlah besar, terutama sekali terhadap anak-anak yang menjadi korban perceraian.
Jadi Islam membenarkan suami isteri bekerja asalkan pekerjaan itu sesuai untuk kedua, suami isteri dan dalam keredhaan Allah s.w.t. Untuk itu perlulah kita menguatkan Iman kita dengan mengikut perintah Allah dan RasulNya, dan kedua-dua suami isteri perlu. menjaga kerukunan dan ketenangan , dan dapat melahirkan zuriat yang baik untuk kebahagiaan hidup sekeluarga didunia hingga ke akhirat, dan lahirlah keturunan yang berguna, untuk agama, bangsa dan negara dan berguna pula untuk Ummat seluruhnya.