Archive for February, 2008

20
Feb
08

Pada setiap kesetiaan ada kecurangan..

Sebelum dapat memang ingat bagus sangat, tapi setelah betul-betul menjadi hak milik baru sedar kekurangannya. Ini selalu tidak disedari oleh pasangan-pasangan bercinta. Sewaktu bercinta langsung tak nampak cacat celanya tapi setelah betul-betul hidup sebumbung, mak datuk, banyaknya masalah…..

Dulu sewaktu dipelihara ibu ayah tak pernah kena tempeleng, sekarang sejak berkahwin asyik makan sepak terajang. Yang hairan cukup masa anak masih bertambah juga.

Bukan tak boleh menaruh harapan setinggi gunung, tapi berpada supaya tidak ‘gila’. Masalahnya anda terlalu mencintai, terlalu menyayangi, terlalu mengasihi, akibatnya anda tidak akan percaya dengan semua kecacatan yang ada. Bukan tidak ada orang sampaikan itu ini, begitu begini, tapi anda tidak mahu percaya. Kadang-kadang tegahan daripada ibu ayah sendiri tidak diendahkan malah mereka ditempelak. “Ah, bukan emak yang nak kahwin!”

Kenapa biarkan luka ini semakin dalam? Kenapa biarkan rindu ini menjadi parah? Kenapa biarkan air mata ini kian berderai? Kenapa biarkan kesepian ini begitu mencengkam? Kerana aku tak pernah berhenti merindu pada keindahan yang pernah tercipta antara kita.

Berpadalah dalam menyayangi, mencintai dan mengasihi sewaktu di alam percintaan kerana terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi akan menyebabkan anda sanggup berkorban. Pengorbanan tak bertempat selalunya membawa padah.

Pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri.

Cinta menjadikan manusia BUTA, tidak dapat menilai hakikat sebenar. Maka, elok lah tatkala bercinta seseorang dijadikan tempat bertanya. ALLAH swt sentiasa di atas, Nabi sentiasa diingati, ibu ayah tak pernah dilupakan, menebat diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri diutamakan. Jika lima elemen ini berada di puncak, apa jua masalah yang muncul dalam bait-bait cinta dengan mudah dapat diatasi. Tidak mungkin bunuh diri kalau ALLAH swt masih ada, tidak mungkin dikorbankan kalau ingat Nabi, tidak mungkin derhaka kalau ingat ibu ayah, tak mungkin kecundang kalau berilmu dan tidak mungkin pipih dihimpit permasalahan cinta kalau sayangkan diri sendiri.

Ingat lah!!!…..Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan, manakala jiwa-jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah…fikir-fikirkan lah…

17
Feb
08

testing lidah

Cerita yg bermula de ngan huruf C:

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, “chuuu… chuuu… cenyap… cenyap copot… “. copot cambung cakap, “copot cudah cenyap… ciput cenyap camelah… “. celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, “copot cayang ciput cebab ciput celamatkan cop! ot… “. ciput cenyum cambil chow came copot… Caja cuka cuka.

SESIAN, SIMA SASIH


Cerita yg bermula de ngan huruf K

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,”Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam… kenapa?” Ketam kata, “Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!” Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,”Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?”Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih.

.kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!Kodok..Kodok…kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?” Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”
Ketam kilas, “Kelakar.” “Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk !”, kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. ! kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan.”Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.
17
Feb
08

~~surat kawin lagi~~

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

17
Feb
08

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….

Artikel ini berguna untuk  semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas  selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN  JANTUNG!!!!.

Secara logik…, mungkin ada  kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh  panas sewaktu makan… dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya  kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati  hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa…malah akan mendapat faedah dari amalan  ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan  makanan berminyak yang baru kita makan.  Ia akan  memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam  usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke  arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan  terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang  SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua  tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda  biasa.
Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita  berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu,lebih cerah peluang kita untuk terus  hidup…
16
Feb
08

Diserbu wanita bogel

Untuk tatapan umun , dan khas untuk yang mempunyai masaalah… ..yang suka melihat gambar lucah… … Sebagai pengajaran dan peringatan bersama .. Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yg menyangkanya tidak siuman. “Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan,” kata Ustaz Safuan.

Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakanya yg kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba2. Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja. Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. byk kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan,” kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yg dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kpd Allah byk2 hingga kelakuanya menarik perhatian anggota jemaah lain.

Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kpd lelaki itu, apa yg dia agak jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah.” ustaz safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan2 lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk memuaskan nafsu. “Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan.

Dia sudah jadi seperti penagih;” katanya. Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu. “Yg peliknya, pada mlm sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang utk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas. sebelum itu, dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah utk koleksinya,” katanya. Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. “lelaki itu bersetuju.

Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yg ada dlm simpanannya. Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jgn beli majalah porno yg dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul2 lagi selepas itu” “He encompasses all things in knowledge.” (At-Talaq: 12)

16
Feb
08

87 Nama jalan dalam Bahasa Inggeris ditukar ke nama Bahasa Malaysia

11-02-2008 06:06:24 PM

KUALA LUMPUR: Sejumlah 87 nama jalan yang menggunakan bahasa Inggeris di kawasan Jinjang di sini telah ditukar kepada nama bahasa Malaysia sejak 3 Okt lepas bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan hari ini berkata sungguhpun pertukaran itu sudah berkuatkuasa, nama lama masih dikekalkan di bawah papan tanda nama baru bagi mengelakkan kekeliruan.

Jurucakap DBKL yang dihubungi berkata penduduk kawasan terbabit tidak perlu menukar alamat di kad pengenalan masing-masing walaupun nama jalan sudah berubah namun bagi pendaftaran kelahiran, alamat perlu menggunakan nama baru jalan.

Jalan-jalan yang terlibat dalam pertukaran itu Main Street yang ditukar kepada Jalan Jinjang Utama, East Fence Street (Jalan Benteng Timor), North Fence Road (Jalan Benteng Utara), West Fence Street (Jalan Benteng Barat), River Road South (Jalan Tebing Selatan) dan East Road (Jalan Tebing Timor).

Manakala Garden Street ditukar kepada Jalan Jinjang Indah, East Road 3 (Jalan Jinjang Indah 1), East Road 1 (Jalan Jinjang Indah 2), East Road 4 (Jalan Jinjang Indah 3), East Road 5 (Jalan Jinjang Indah 4), East Road 7 (Jalan Jinjang Indah 5), East Street 13 (Jalan Jinjang Indah 6), East Street 14 (Jalan Jinjang Indah 7), East Street 5 (Jalan Jinjang Indah 8), Segambut Road (Jalan Jinjang Indah 9), East Road 8 (Jalan Jinjang Indah 10), School Lane (Jalan Jinjang Indah 11), East Road 10 (Jalan Jinjang Indah 12), East Road 9 (Jalan Jinjang Indah 13), East Road 11 (Jalan Jinjang Indah 14) dan East Street (Jalan Jinjang Indah 15).

Theatre Road ditukar kepada Jalan Jinjang Aman, Market Road (Jalan Jinjang Aman 1), Club Road (Jalan Jinjang Aman 2), Padang Street (Jalan Jinjang Aman 3), West Street (Jalan Jinjang Aman 4), West Road (Jalan Jinjang Aman 5), East Road 1 (Jalan Jinjang Aman 6), East Road 3 (Jalan Jinjang Aman 7), East Road (Jalan Jinjang Aman 8), West Road 5 (Jalan Jinjang Aman 9), West Road 6 (Jalan Jinjang Aman 10), West Road 3 (Jalan Jinjang Aman 11), jalan tanpa nama 1 (Jalan Jinjang Aman 12), jalan tanpa nama 2 (Jalan Jinjang Aman 13), jalan tanpa nama 3 (Jalan Jinjang Aman 14), jalan tanpa nama 4 (Jalan Jinjang Aman 15) dan Jalan 2/15 (Jalan Jinjang Aman 16).

River Road North ditukar kepada Jalan Jinjang Damai, Ulu Klang Street (Jalan Jinjang Damai 1), East Road 14 (Jalan Jinjang Damai 2), East Street 10 (Jalan Jinjang Damai 3), East Street 7 (Jalan Jinjang Damai 4), Cheras Street (Jalan Jinjang Damai 5), East Road 15 (Jalan Jinjang Damai 6), Temple Road (sebahagian) (Jalan Jinjang Damai 7), East Road 16 (Jalan Jinjang Damai 8), East Road 17 (Jalan Jinjang Damai 9), Ming Chong Road (lokasi 50) (Jalan Jinjang Damai 10), East Road 12 (Jalan Jinjang Damai 11), jalan tanpa nama (Jalan Jinjang Damai 12) dan East Road 18 (Jalan Jinjang Damai 13).

Tanjung Malim Street ditukar kepada Jalan Jinjang Murni, West Road 7 (Jalan Jinjang Murni 1), West Road 9 (Jalan Jinjang Murni 2), Tample Road (Jalan Jinjang Murni 3), West Road 10 (Jalan Jinjang Murni 4), West Road 12 (Jalan Jinjang Murni 5), Ming Chong Road (lokasi 60) (Jalan Jinjang Murni 6), West Street 3 (Jalan Jinjang Murni 7), West Road 11 (Jalan Jinjang Murni 8), West Road 8 (Jalan Jinjang Murni 9), West Road 12A (Jalan Jinjang Murni 10), West Road 13 (Jalan Jinjang Murni 11), jalan tanpa nama (Jalan Jinjang Murni 12), West Road 14 (Jalan Jinjang Murni 13) dan West Road 8A (Jalan Jinjang Murni 14).

Selangor Street ditukar kepada Jalan Jinjang Permai, Little East Street (Jalan Jinjang Permai 1), East Road 1 (Jalan Jinjang Permai 2), East Fence Road (Jalan Jinjang Permai 3), East Road 2 (Jalan Jinjang Permai 4), East Street 6 (Jalan Jinjang Permai 5), Jinjang Timor 1 (Jalan Jinjang Permai 6), East Road 6 (Jalan Jinjang Permai 7), Min Keong Street (Jalan Jinjang Permai 8), Segambut Road (Jalan Jinjang Permai 9) dan East Street 7 (Jalan Jinjang Permai 10).

Jalan 1/16 ditukar kepada Jalan Jinjang Setia, Jalan 2/16 (Jalan Jinjang Setia 1), Jalan 3/16 (Jalan Jinjang Setia 2), Jalan 4/16 (Jalan Jinjang Setia 3), Jalan 5/16 (Jalan Jinjang Setia 4), Jalan 6/16 (Jalan Jinjang Setia 5), Jalan 7/16 (Jalan Jinjang Setia 6) dan Jalan 8/16 (Jalan Jinjang Setia 7). BERNAMA

16
Feb
08

Berkasih sayang TANPA ucapan

~~ Good articel ~~

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana.

Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.
Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang.

Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.

Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza – bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman.

Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya

16
Feb
08

Macam²

Majlis bandaran guna bomoh

LONDON: Para pegawai Britain mengupah seorang ‘bomoh’ untuk menghalau ‘hantu’ yang mengacau penduduk di sebuah estet perumahan kerajaan di Durham, kata seorang pegawai perbandaran kelmarin.

Keluarga Fallon, yang bercadang hendak pindah dari situ, memberitahu pemberita mereka mendengar bunyi bumbung diketuk, nampak benda-benda berterbangan dan pintu dihempas.

Mereka kemudian memanggil polis. Tetapi polis tidak menjumpai apa-apa.

Oleh itu, mereka memanggil seorang bomoh, Cik Suzanne Hadwin, untuk menghalau hantu itu dan meminta Majlis Perbandaran Easington membantu mereka membayar separuh bayarannya yang sebanyak £pounds;120 ($333).

‘Inilah kali pertama kami memberi bantuan serupa itu,’ kata seorang jurucakap majlis perbandaran. — Reuters.

Tak sia-sia ada ahli bina badan

BERLIN: Sekumpulan 10 orang ahli bina badan di sebuah gim di Jerman menghentikan latihan untuk menolong seorang lelaki yang keretanya termasuk ke dalam parit, kata polis Isnin lalu.

Ahli bina badan itu sedang berlatih di studio kecergasan Explosives di Bad Zwischenahn dekat bandar Oldenburg, barat Jerman, apabila pemandu berusia 38 tahun itu hilang kawalan keretanya, yang kemudian terbabas ke sebuah padang lalu jatuh ke dalam parit sedalam dua meter.

‘Mereka berlari ke tempat kemalangan lalu mengangkat kereta itu keluar dalam masa cuma beberapa minit,’ kata seorang jurucakap polis.

Pemandu kemudian memberi mereka minuman percuma. — Reuters.

Tiada mawar Valentine

RIYADH: Minggu ini, bunga ros merah, yang biasanya menjadi lambang cinta, sukar ditemui di Arab Saudi.

Sebabnya, jabatan pencegah maksiat di negara itu telah mengarahkan semua kedai bunga dan kedai cenderahati supaya tidak menjual bunga ros dan barangan lain yang berwarna merah menjelang Hari Valentine esok.

‘Mereka (pegawai pencegah maksiat) telah melawat kedai kami semalam (kelmarin),’ kata seorang seorang penjual bunga yang ditukil oleh akhbar Saudi Gazette.

Akhbar tersebut berkata tindakan pegawai maksiat itu bukan satu perkara baru kerana kerajaan Arab Saudi memang tidak menggalak rakyatnya menyambut Hari Valentine.

Ini kerana sambutan itu dilihat sebagai hari yang menggalak hubungan bebas antara lelaki dengan wanita bukan mahram. — Reuters.

Pergi lelaki, balik jadi wanita

AUSTRIA: Seorang pegawai tentera Austria mengejutkan rakan bereknya apabila beliau kembali daripada percutian sebagai seorang wanita.

Pegawai itu sebelum ini dikenali sebagai Gregor.

Selepas menjalani pembedahan jantina, beliau menukar namanya kepada Jasmin.

Ketua staf tentera di tempat beliau bertugas bagaimanapun berkata Jasmin akan dibenarkan bertugas seperti biasa.

‘Kami menerima keputusannya menukar jantina dan menganggap ia sebagai satu keputusan peribadi,’ kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Encik Ute Axmann. — Agensi.

16
Feb
08

Tolak-ansur bawa bahagia

Oleh Noriah Idris
noriah@hmetro.com.my

MENGAPA hati bagaikan ditusuk rasa cemburu apabila melihat pasangan lain bahagia sedangkan kita tidak mampu membahagiakan diri dan pasangan?

MENGAPA hati bagaikan ditusuk rasa cemburu apabila melihat pasangan lain bahagia sedangkan kita tidak mampu membahagiakan diri dan pasangan?

Jika tahu cara menangani masalah, hubungan yang sedia terjalin dan sudah pudar juga mampu dikembalikan kesegarannya.

Pakar motivasi dan pendakwah, Nor Bahyah Mahmood, pasangan harus sedar beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka.

Dengan memberi perhatian pada perkara berkenaan, ia mampu mengubah keadaan dalam hubungan sekali gus menjadikannya lebih menarik.

Setiap individu mempunyai 100 peratus kuasa untuk mengawal situasi sekeliling, seterusnya mencipta perubahan dalam hubungan cinta dan rumah tangga.

“Banyak perkara menjadi aspek penting untuk seseorang hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk itu, rasa hormat-menghormati bersama pasangan dan sikap tolak-ansur memang penting untuk mengekalkan kebahagiaan.

“Berdasarkan petua lapan ‘P’, mungkin mereka yang sedang mencari erti kebahagiaan sebenar akan mendapat hidayah dan jalan terbaik untuk mencapai kebahagiaan hakiki,” katanya.

Ia juga membantu pasangan untuk menyelamatkan hubungan masing-masing di samping membuang rasa putus asa kerana pasangan dikatakan tidak mahu berubah.

Petua itu turut menekankan cara berkomunikasi yang berkesan dengan pasangan. Malah, dengan hanya beberapa baris ayat, ia boleh membuatkan pasangan jatuh cinta berulang kali.

Berikut diperturunkan petua yang diharap mampu membentuk hubungan cinta lebih mendalam:

Puji – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Peluk – Pasangan suami isteri hendaklah selalu memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu belaian penuh kasih sayang.

Penghargaan – Antara yang patut dilakukan amalan memberi hadiah yang boleh menambah kasih sayang.

Perhatian – Aspek ini mesti diberi penekanan kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

Persefahaman – Sebagai manusia berkerjaya, ia memerlukan pasangan lebih bertolak-ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

Pergaulan – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan rasa cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Percutian – Harus merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

Permohonan – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Nor Bahyah turut menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri dengan membaca surah al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

Menurutnya, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

16
Feb
08

AUSTRALIA DENDA JURUTERBANG SIA KERANA BAWA BAHAN LUCAH

TUJUH fail video telah ditemui di dalam komputer peribadi seorang juruterbang syarikat Singapore Airlines (SIA) yang didenda AS$12,000 ($15,000) kerana cuba membawa bahan-bahan lucah melibatkan kanak-kanak ke Australia. Beberapa video itu memaparkan gambaran rogol, keganasan seksual dan kanak-kanak yang terlibat dalam kegiatan seks, menurut dokumen mahkamah semalam.

Kapten Ng Kok Yauw, 41 tahun, seorang warga Malaysia, adalah juruterbang sebuah pesawat Singapore Airlines dari Singapura ke Adelaide, Australia, Sabtu lalu apabila pegawai kastam memeriksa komputer ribanya dan menemui beberapa klip video lucah, menurut dokumen mahkamah.

Ng, yang tampil di mahkamah Isnin lalu, mengaku bersalah mengimport bahan-bahan terlarang dan membuat pengakuan palsu kepada pegawai kastam.

Beliau tidak dapat dihubungi tetapi Singapore Airlines berkata syarikat itu sedang menjalankan siasatan dalaman.

Beliau merupakan orang ketiga yang diberkas Khidmat Kastam Australia dalam tempoh seminggu.

Dua lagi ialah seorang warga Singapura berusia 41 tahun yang turut didakwa, dan Ahmad Said, 23 tahun, seorang juruterbang syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang didenda A$6,000.