Assalamualaikum Warahmatullah.
Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan… hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tu tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Selamat Mencuba!
Posted by Dr Azwan



Assalamualaikum…i’m a bit confused.apa yang saya baca di laman web dr hamid arshad..Ovulation guide for baby’s gender..untuk dapat baby girl adalah pada hari ke 18 hingga 27 dari hari period pertama.dan dari pembacaan saya yang lain..mereka menyatakan digalakkan bersama sebelum waktu subur..iaitu..sejurus selepas habis period ..lebih kurang hari ke 10,11,12..Saya berharap untuk dapat baby girl..period saya tetap 27-28 hari..boleh explain sikit..
Assalamualaikum warahmatullah…
Saya telah melahirkan anak ke dua pada Julai 4, 2009 dengan anggaran usia kandungan 39 minggu.
Saya cuba untuk memahami pengiraan kitaran subur untuk merancang keluarga.
Di sini saya inginkan alamat email Doktor supaya dapat saya hantar butiran jelas supaya Doktor dapat membantu saya dalam proses pengiraan ini bagi mendapatkan hari-hari subur dan hari-hari yang “selamat” untuk saya bersama suami.
Terima kasih di atas jasa Doktor.
saya ada persoalan untuk dr.sy tlh mempunyai anak usia 5 thn.skarg sy sangt2 ingin hamil lg.sy tlh cuba rwtn mkn ubt subur tp masih x menjadi. apa yg sy harus buat lg??? atau ada ubat2 yg lain ??? harap dpt mmbntu.
salam..
saya baru berkahwin sebulan yang lalu.sy merancang untuk mendapatkan anak.kitaran haid saya 30-35 hari setiap bulan.bgmanapun, saya agak bimbang sekiranya sukar bg sy utk mendapatkan zuriat kerana setiap kali saya bersama suami, lelehan air (air mani kot) akan keluar sekiranya sy melakukan kerja2 rumah dan ia merimaskan sy. normal ke? harap sgt dapat membantu..
assalamualaikum…
Tarikh period saya;
April – 28/04/2010
Mei – 26/05/2010
Jun – 23/06/2010
Julai – 25/07/2010
Ogos – Belum lagi
Sekiranye saya nak mengandung,bilakah masa subur saye selepas period pd bln 8 nanti…
Sbb saya btl2 teringin nak mengandung ms ni…Saye harap puan dpt memembantu saya..saya masih keliru nak mengira hr subur saya…
terima kasih..
assalamualikum…
saya sudah berkahwin hampir 3 tahun…tapi belum dikurniakan anak…saya cuba makan asid folic tetapi menyebabkan berat badan saya bertambah dengan mendadak walaupun saya berdiet…ada apa2 suggestion untuk saya mendapatkan anak dengan cara yg betul?
saya sudah berkhawin 11 tahun. Pada awal perkhawinan saya telah mengandung, masuk bulan ke 7 anak saya telah meninggal di dalam perut. Selepas dari itu sampai sekarang belum dikurniakan cahaya mata lagi. Setelah membuat pemeriksaan doktor saya disahkan normal. Doktor telah mengesyorkan makan ubat subur tapi telah mencuba beberapa bulan masih gagal lagi. Saya berharap untuk memdapatkan anak semula. Untuk mengira waktu subur saya kurang faham.
tarikh period:-
ogos – 20/08/2010
september – 23/09/2010
oktober – 26/10/2010
ASKUM….
SY SUADAH BERKAHWIN 6 TAHUN,SY BERHARAP UTK M’DAPATKAN ZURIAT,KITARAN HAID SY 25-26 HARI SETIAP BULAN,BGMANAPUN SY INGIN TAHU KIRANYA UTK SY M’DAPATKAN ZURIAT DAN SY INGIN TAHU KENAPA SETIAP KALI SY B’SAMA SUAMI AIR MANINYA MESTI KELUAR…SY HARAP DR. DAPAT M’BANTU SY
salam.saya telah berkahwin selama 5 bulan. saya merancang mengandung sejak awal saya berkahwin lagi.saya bersama dengan suami pd hr ke 14 sebelum period bulan seterusnya.dah 5 bulan saya mencuba tp masih x ada rezeki.saya ada juga makan folic acid dan produk pesona utk wanita.adakah ia tidak boleh makan bersama dengan folic acid? dan saya nak bertanya kenapa setiap kali saya bersama dengan suami saya terasa sakit dan selepas bersama suami air mani akan keluar? dan adakah selepas bersama kita tidak boleh berjalan laju,buat kerja berat?saya harap dokter dapat membantu saya.terima kasih
saya ingin bertanya tentang kesuburan.kaedah yang betul untuk mengira hari kesuburan adalah hari pertama period @ sehari selepas habisnya period?period saya tidak teratur.
tarikh period saya :-
september 2010 = 16 sep – 23 sep
oktober 2010 = 15 okt – 26 okt
november 2010 = 28 nov – 5 dis
januari 2011 = 8 jan – 14jan
saya harap dr. dapat membantu saya untuk mengira hari kesuburan saya.
Perkahwinan saya telah mencecah 7 tahun dan penah keguguran 5 tahun yang lepas. kitaran period saya agak panjang..paling pendek adalah 32 hari dan paling panjang adalah 41 hari.. saya memang teringinkan zuriat..bermacam cara saya telah buat..rujuk dan buat treatment di LPKK, makan biodex, berurut dan sebagainya..tapi masih belum ada rezki..umur saya adalah 32 tahun.
Mohon doktor mengirakan hari kesuburan saya berdasarkan data yang saya berikan di bawah;
tarikh period saya;
bulan Januari = 4hb
bulan Februari = 13hb
bulan Mac = 27hb
bulan April = 11hb
bulan Mei = 2hb
saya berharap sangat agar doktor dapat mengirakan waktu subur saya pada bulan ini, agar saya todak terlewat untuk menimang cahayamata.
sy ade masalah period xmnentu..smase sy blaja period sy tratur..lps abis blaja sy keje..period sy xmentu..thn lps period sy xdtg dkt sthn..10.10.10 sy kawen..lps kawen same jugak period xdtg..sy check dkt hkl..doktr dh scan smua ok..dr kate brat bdn sy yg mybabkn priod sy xdtg..dier bg pil utk kluar kn period..stiap kali sy ade appoinment..doktr meti bg sy ubt 2..kalo x period sy xkluar..sy nk tanye dokr ade ape2 kesan yg xelok kalo sy trs mkn pil tsebut..kalo sy xmkn pil 2 period sy langsung xkluar…doktr kate bln11 nie kalo xngandung jugak dier nk rujuk sy bhagian ksuburan..sy rsau sbb mak sy kate kalo uat ksuburan kmugkinan besar kite akan dpt cancer..
sy pun xpham dlm pgiraan hari subur..sbb period sy dtg lepas sy mkn pil yg doktr bg..btol ker kalo period sy dtg 22/5..kira 1st period sampi 14 hari..22/5 – 04/6..04/6 sblom & slepas adakah hari subur…
haid isteri saya lambat seminggu,adakah waktu subur akan dikira selepas haid?harap dijawab dgn segera..terima kasih..
hai, sy baru 6bulan brkhwin, trgin sgt mmpunyai anak sendiri…saya period setiap bulan pada 2hb sehingga 10hb.. period saya jrg lmbt, klu lmbt pun sehari jer lah.. jd sy nak taw pengiraan hari subur sy.. blh bntu sy????
salam,nk tnya lah..bln lpas sy period 23/7.lpas pd trikh tersebut sy msh blm brsma ,anggaran lpas dri trikh trsebut pd 07/08-08/8 dan sterusnya msh lg bleh brsma tk?
adakah dri trikh tu sy msh berpluang untuk mngdung?sbb dri kiraan trkh period bln lpas dah hri yg ke-18 ..
tarikh period : 6/6/2011
8/7/2011
9/8/2011
sekarang saya tengah period.so bila waktu kesuburan saya lepas habis period untuk bulan 8 ni?kalau boleh saya nk mengandung awal.di harap doc dapat membantu saya mengira hari kesuburan (hari yang senang lekat sperma & telur wanita)
tq 4 the information… it’s really help me
malathi
saya dah keguguran pada bulan 6, saya pun sudah buat dnc pada 10 jun., lepas tu i tak dtg period pd bulan 7 dn bulan 8 pula keluar sikit 1 hari aje. 3 ogos. then sekarang 5 hari bulan 9 keluar sikit demi sikit tapi dah sampai 4 hari. masih keluar sikit2 aje. boleh ke i jadi mengandung. pls tolong i
sy plan nak ngndung sbb m son dh masuk setahun 5bulan.sy plan utk mngndung sjk my son setahun, tp lum rezeki lg..doc, bulan puasa lepas sy tak dtg period lgsg tp bl check -ve. sejak bebrapa bulan ni sj kerap sakit di kanan dan kiri pinggang n kiri kanan perut(xtau nak bgtau) hingga menggangu tidor sy.ia seolah2 menekan.bila sy check, doc c2 kata pundi kencing kne jgkitan kman..tp after mkn ubat pun, still sakit lg..y r?menganggu x sy utk hamil??
salam kepada semua comentar2… maaf sy x dpt menjawab setiap soalan dr puan2… kepada puan2 yg ingin menimang cahayamata, saya cadanglan puan2 cuba amalkan MAAJUN ANGGUN BISTARI… fungsi produk ini adalah untuk family planning dan juga utk sesiapa yg berusaha utk menimang anak… amalkan MAB ini untuk membetulkan dan melancarkan pengaliran period puan2… insyaallah MAB ini dpt mencairkan dan mengeluarkan darah period yg tidak keluar habis @ yg tersumbat di saluran peranakan kita yg mana menyekat @ menghalang perjalanan sperma suami.
cerita lanjut produk tersebut blh dilihat di website sy
http://www.idamanhouse.com
jika ada sebarang pertanyaan blh la emelkan kepada sy di
nsyati@gmail.com
harap dpt membantu…
Salam..
Saya ibu kepada dua org hero..:) minta jasa baik jika boleh saya daptkan tips utk mendapatkan anak perempuan berpandukan waktu subur..
diharap dapat membantu saya..
Great! I want dr azwan e mail. Ingin hamil cepat. Cuma msih confuse mengenai kitatan haid saya cuma 2-3 hari saja setiap bulan setiap 30 – 35 hari .
salam doctor…saya ingin bertanya berkenaan dgn kitaran haid saya,selepas kelahiran anak sulung haid dtg setiap bln tepat 17hb.selepas 11bln kitaran haid berubah ke 20hb dan pada bln nie haid tidak dtg pada 20hb..adakah saya berpotensi hamil atau sebalik nya?
saya kuartir utk hamil utk kali kedua disebabkan ank baru mencecah umur 1thn
What a stuff of un-ambiguity and preserveness of precious know-how regarding unpredicted emotions.