25
Aug
08

BAHAYA MANDI MALAM

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam.  

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.
Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.    

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.    

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? “.. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya “. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa! “. Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu.    

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus epal atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.
Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

    
Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.    

Dengan ini dirumuskan bahawa:-
MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru


18 Responses to “BAHAYA MANDI MALAM”


  1. December 10, 2008 at 9:44 am

    selain itu juga tidur sepanjang malam mengnakn kipas…….

  2. December 10, 2008 at 10:31 am

    ASMA

    Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

    Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

    Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

    Adakah keadaan ini serius?

    Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

    Tanda-tanda

    Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
    Rasa lemas.
    Bunyi nafas yang berdehit.
    Batuk yang berterusan.
    Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
    Apakah tindakan pertama?

    Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma.
    Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
    Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut.
    Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.
    Perlukah saya berjumpa doktor?

    Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.

    Apakah tindakan doktor?

    Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.
    Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan.
    Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.
    Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.
    Bagaimanakah saya boleh membantu?

    Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.
    Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.
    Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan.
    Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.
    Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.
    Anak disyorkan memakai lencana “Medic Alert”.

  3. December 10, 2008 at 10:33 am

    Sesiapa yang menpunyai penyakit asma elakkan lah tidur menggunakan kipas boleh menyebabkan penyakit anda akan datang semula dengan mudah…

  4. December 10, 2008 at 10:48 am

    Hai kekawanku yang disayangi..dan dikasihi……..
    Di dalam golongan student MASTERSKILL IPOH…
    9 kuntum bunga cantik umpama bintang yang menyinar di langit malam hari yang diselaputi dengan kewarna-warnian dan kewangi-wangian macam bunga tahi ayam….engkaulah hidupku untuk menberikan semangat jiwa bangsa dan negara bagi menempuh perbagai-bagai dugaan yang bergelora seperti rintangan api diselaputi asap-asap hitam yang menbuatkan muka menjadi hitam……..macam negro di afrika……kuang…kuang..kuang……wahai kawanku yang disayangi bagi diriku…AZREEN,AZIRAH,FIZA,HANIZA,ILA,AZWANI,RAHIMAH,HAYATI…………..dari sahabatmu yang dicintai oleh………..=NOR ERMA NAZLIN BT MAT RAJODIN>>>>>>BLACK WATER 34520 ROCK KURAU TAIPING PERAK……………………….wasalam……..

  5. January 9, 2009 at 1:06 pm

    hai hai hai .good malam good pagi.siang malam aku mimpi.takut tdk resah adelah.bab aper aku nak makan sup kucinghitam.

  6. January 9, 2009 at 1:09 pm

    pengasas yahoo letak jawatan.

  7. January 9, 2009 at 1:11 pm

    ape yang aku nak komen,bodo nyer.

  8. 12 aszmyza
    May 7, 2009 at 3:31 pm

    haiii…korang kt kuar san tolongla beb..i de ashma camne r nak suh cepatkn ilang sakit ashma ni?!!! …i da xtahan ari2 kena guna oksigen.ada x ubat nak ilang asma?

  9. 13 naidaj3
    June 18, 2009 at 8:31 pm

    Sbnrnya mandi mlm ni mmg x elok. masa aku kecik2 dulu mak aku ckp aku ada sakit paru-paru berair. Doktor nasihatkan jgn mandi mlm. Sampai skrg ni kalu aku degil gak mandi mlm, confirm besok aku kene demam…

  10. 14 jajd
    May 24, 2010 at 1:56 am

    kalau tak mandi mlm ,dah balik peluh2 takkan nak tido terus..berengas beb badan.mmg org ckp suruh lap badan dgn tuala basah..tapi ini bukan kat europe atau negara asia yg sejuk…mndi pun panas tak mandi lg la panas..ku penah jumpa doktor dan dia kata tak ada kaitan langsung dgn mandi malam masalh paru2 berair ni..dia cita masa kat UK tempat dia blajar budak melayu rileks je mandi malm mandi air sejuk pulak tu..dah hampir 25 tahn budak2 tu tak ada masalh paru2 berair..prof dia pun kata tak ada kaitan..aku dgr jelah nak kata betul pun aku tak tahu yg pasti aku bukan doktor pakar.tp dia mmmg doktor pakar..so just kongsi jela any komen? jgn marah

    • 15 SkeletonArmy
      November 14, 2010 at 4:19 am

      bagi aku la, asma ni mmg penyakit keturunan. kalau mak atau bapak dh kene comfirm anak pun kene. sebenarnya mmg dh xde ubat moden yg bleh sembuhkan penyakit kecuali ubat traditional. ubat yg paling bagus skali aku rasa adalah PANTANG. jgn minim air batu, jgn main dgn haiwan, elakkan tempat berdebu, jgn trlalu aktif bersukan dan sebagainya…..aku amalka habatus sauda tiap2 hr insyallah mmg brkesan, korg try la plak….

  11. 16 hanis
    December 15, 2010 at 12:34 am

    ok kalau mcm tu….mandi subuh boleh ke? bukan ke subuh lagi sejuk….coz saya slalu juga mandi malam

  12. 17 fazli
    March 21, 2011 at 5:20 am

    hi,

    mcm mana lak kalau mndi mlm tp dgn air panas atau mndi siang tp dgn air sejuk?harap diterangkn..

  13. 18 izzamil izam
    January 29, 2012 at 7:28 am

    Mandi malam dan minum air batu penyebab paru2 berair adalah satu mitos dan tidak masuk akal. Ia berpunca daripada serangan kuman serta jangkitan virus. Saya nak tnya kepada pakar2 pembohong .. tiada satu pun kajian saintifik daripada pakar2.. bijak pndai yg mengatakan mandi malam adalah punca kepada paru2 berair. Ini mitos orang2 melayu sejak dulu sehingga kita terikut2 sampai sekarang. Sila buat rujukan pada setiap buku2 panduan kesihatan dan tidak ada lngsung kaitan saperti yg didakwa.
    Saya ingin bertanya .. berapa ramaikah ahli2 sukan saperti perenang .. yg sentiasa mengadakan latihan waktu malam meninggal dunia akibat air pada waktu malam.. begitu jugak pemain bola sepak ..badminton .. olahraga dan sebagainya yg sentiasa membersihkan diri ( mandi malam ).
    Oleh itu kajian saudara diatas bukan lah tepat kerana ada juga pesakit paru2 berair langsung tidak pernah mandi malam turut jugak mendapat penyakit ini. Keprcayan KARUT ini sudah sinonim dengan orang2 melayu .. jadi saya sarankan..bukalah minda anda dari dibelenggu perkara2 yg tidak masuk akal.


Leave a reply to mininovella Cancel reply


Blog Stats

  • 241,400 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
August 2008
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

sapa tu