17
Sep
08

Luahan Hati Seorang Suami

———- Forwarded message ———-

Suke sgt emel ni. Luahan Hati Seorang Suami 

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku.
 
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’ Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
 
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
 
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran … semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu … Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan … Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
 
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
 
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu … Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …ape lagi pergi memancing….. haram….
 
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
 
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
 
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
 
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …… lagi haru …
 
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
 
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ….
 
Hish banyak lah lagi.
 
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
 
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
 
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
 
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
 
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.
 
- suami orang-


13 Responses to “Luahan Hati Seorang Suami”


  1. 1 kantoi
    September 19, 2008 at 1:39 am

    hahaha

    SETIA pada YG SATU je…heheheheh

  2. September 20, 2008 at 4:54 pm

    hehehe
    SATU je ke… keh keh keh

  3. September 20, 2008 at 5:29 pm

    gue pun setia gak yg satu……

  4. September 20, 2008 at 5:29 pm

    Lilo hang kena arrr setia yg satu gak….

  5. September 20, 2008 at 5:33 pm

    ye arr.. aku nak setia mcm ko gak la cak…
    setia pada PEARL VIEW jerrrrr…. hahahaha

  6. 6 saniza71
    September 24, 2008 at 1:43 pm

    Saya seronok membaca luahan diatas…kalaulah semua suami berfikir jauh macam ni kan bagus….TAHNIAH dengan penulisan anda semoga dapat menjadi bahan renungan kepada insan lain…malangnya semua yang berkahwin tu bermula dengan jatuh cinta dan orang mabuk cinta ni memang tak makan nasihat dan tak sempat berfikir…agaknya dah takdir tuhan nak menduga mereka berkahwin dua dengan adil….

  7. September 27, 2008 at 2:02 am

    terima kasih atas pembacaan anda.. artikel ini adalah penulisan dari seorang insan bergelar ‘SUAMI’ dan sy paparkan di sini utk renungan bersama… bukan mudah memiliki suri hati melebihi dr seorang… byk pro dan kontranya yg perlu dipertimbangkan…

  8. September 29, 2008 at 11:01 am

    hehehe…
    lilo ko setia dgn sapa lilo…citer arr sikit
    keh..keh..keh…

  9. 9 freakzz
    October 29, 2008 at 11:01 pm

    xsume bini 2nd cam 2..lain org len ragam…

  10. April 24, 2009 at 6:12 am

    thumb up for you! yeah…wish every husband will think this far :)

  11. 11 betul ker
    May 24, 2010 at 8:06 am

    betul ker suka suami macam tue….kalau suka kena lah pandai macam isteri dia tue…kalau aku pun..aku tak cari lain dah..tapi apa yang problem sekarang isteri yang ada sekarang ni ada telinga tapi pekak…ada mata tapi buta…ada tangan tapi kudung…ada kaki tapi patah…bagaimana nak dapat pujian dari suami seperti itu..bila suami orang puji isteri melambung kelangit mereka kata seronoknya dapat suami macam tu…kalau nak dapat pujian melambung…pegorbanan dan penjagaan juga perlulah melambung baru saham naik melambung… ini tidak…..tanya suami suka makan apa?…isteri jawab apa benda pun dia makan tolak kayu dan batu ja…mana ada manusia yang tidak ada makanan istimewa…cuma isteri tu buta sebab itu dia jawab macam itu..kenapa tidaknya sebab dia segan dan tak pandai mereka2 masakan…nak tahu di mana…arghhh bosan bila perempuan kata bagusnya dapat suami macam tue…

  12. 12 azliana muda
    February 18, 2012 at 7:12 pm

    saya suka dgn luahan hati diatas…alhamdulilah kalau semua lelaki mcmtu ..kuranglh kes2 perceraian rumah tangga dan kes2 penderaan terhadap isteri..

  13. July 12, 2012 at 5:10 pm

    tahniah saudara kerana berjaya melihat jauh ke depan sebelum berniat untuk mendirikan cawangan baru.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 175,055 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

sapa tu


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: