LOS ANGELES: Keluarga peserta American Idol yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan, Paula Goodspeed, menyalahkan juri rancangan popular berkenaan, Simon Cowell kerana memalukan anaknya melalui televisyen.
Goodspeed yang meminati juri Paula Abdul, mati di luar rumah penyanyi berkenaan.
Mangsa berusia 30 tahun dipercayai membunuh diri dengan mengambil ubat berlebihan dan mempunyai sejarah penyakit mental.
Ketika polis menyiasat sejarah Goodspeed, tumpuan diberikan kepada uji bakat American Idol yang disertainya pada Januari 2006.
Berjuta-juta penonton menyaksikan Cowell mengejek pengikat gigi Goodspeed dengan berkata: “Saya tak fikir mana-mana artis di dunia ini boleh menyanyi dengan besi yang banyak umpama jambatan dalam mulut awak.”
Selepas meninggalkan bilik uji bakat, Cowell berjenaka: “Macam mana dia melepasi alat pengesan besi?”
Selepas rakaman itu disiarkan, Goodspeed menulis di blog MySpace beliau bahawa dia sukar menerima gurauan itu. – Agensi


0 Responses to “Keluarga peserta American Idol persalah Cowell”