19
Nov
08

patut la mahal

Kasut LV lalui 70 langkah pembuatan
Oleh ROSMAWATI MION

TUKANG kasut sedang membuat bahagian atas kasut. lv

TAHUKAH anda, kasut jenama Louis Vuitton (LV) perlu melalui 70 langkah dalam proses pembuatannya sebelum ia boleh dijual kepada pelanggan.

Dan, setiap kali melepasi satu langkah, kasut yang dihasilkan itu juga akan diperiksa kualitinya terlebih dahulu sebelum proses seterusnya dilakukan.

Bukan setakat itu, bagi menjamin kualitinya, LV yang baru sepuluh tahun berkecimpung dalam industri penciptaan dan pembuatan kasut turut mengambil kira perkara-perkara kecil semasa pembuatan produknya agar kasut yang dihasilkan itu sempurna.

Lebih istimewa, kebanyakan proses pembuatan kasut jenama ini dihasilkan menggunakan tangan termasuk memotong kulit pilihan untuk dijadikan kasut.

Menurut Merchandiser Louis Vuitton (M) Sdn. Bhd., Kithelyn Teo, kualiti amat penting sebab itu, setiap kasut yang dihasilkan perlu menjalani proses yang teliti, daripada rekaan hingga kepada pembuatan agar kasut yang disarungkan itu selesa dan terjamin kualitinya.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membuat kasut. Segalanya bermula apabila munculnya rekaan baru. Di LV, enam prototaip akan dihasilkan untuk setiap rekaan. Itu menunjukkan jenama itu cukup teliti dalam menghasilkan satu-satu rekaan terbaru.

Namun kata Kithelyn, paling penting dalam pembuatan kasut sebenarnya adalah kelebut atau acuan kasut. Kelebut kasut akan menentukan keselesaan pada pemakai apatah lagi setiap manusia mempunyai bentuk kaki yang berlainan. Jelasnya, LV membuat kelebut setahun sebelum kasut sebenar terhasil. Kelebut juga tidak akan sama bentuknya bagi tumit rendah dan tinggi.

”Kami menghasilkan 200 kelebut kasut untuk satu rekaan pelbagai saiz. Dan, lebih penting kelebut yang dihasilkan di bengkel kasut LV di Fiesso d’Artico, Venice, Itali, tidak akan diulang penggunaannya lebih daripada enam kali. Maknanya, LV tidak akan membuat kasut menggunakan kelebut sama selepas tempoh itu.

”Sebabnya mudah, jika kelebut kasut yang sama terlalu banyak kali digunakan, bentuk kasut akan berubah. Tentunya, kami tidak mahu ia berlaku,” katanya ketika ditemui di butik LV, Starhill Gallery , di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kithelyn menambah, bagi memastikan semua wanita dapat merasai kenikmatan menyarungkan kasut LV, jenama itu kini turut mengambil kira bentuk kaki masyarakat Asia yang nyata lebih kecil berbanding penduduk Eropah atau Barat.

Justeru, sejak dua tahun lalu, ia juga membuat kasut dengan ‘mengukur’ kaki masyarakat Asia khusus bagi pasaran di rantau itu.

”Langkah ini perlu kerana masyarakat Asia mempunyai bentuk kaki yang panjang dan lebar, sedangkan orang Eropah bentuknya lebih panjang, tetapi tidak lebar. Apatah lagi lelaki yang nyata bersaiz lebih kecil berbanding lelaki barat,” katanya.

Uji kualiti dan ketahanan kasut
Mungkin setiap syarikat atau jenama mempunyai cara tersendiri untuk menguji kualiti kasut keluaran mereka, selain keselesaan kala disarungkan di kaki.

Bukan hanya kasut yang telah siap dihasilkan akan diuji kualitinya, tetapi kulit yang digunakan untuk membuat barangan itu juga turut dinilai ketahanannya. Apa yang dilakukan, kulit tersebut akan ditarik menggunakan alat khas selama tujuh hari untuk mengetahui sama ada ia tahan lama atau sebaliknya.

Malah, setiap satu kasut yang dihasilkan akan dipastikan mempunyai kualiti yang sama, apatah lagi jika ia merupakan rekaan serupa.

”Setiap pekerja di kilang LV cukup mahir dalam pembuatan kasut dan sudah lama berada dalam bidang tersebut kerana melakukan kerja yang sama sejak muda.

”Malah, jika terpaksa menggunakan gam terutama untuk lapik di bahagian dalam kasut, mereka akan pastikan pengguna tidak akan ternampak gam tersebut dan pentingnya kaki terasa selesa tanpa perlu bimbang ia tercabut,” ujar Kithelyn.

Biarpun selepas setiap langkah akan ada pemeriksaan kualiti dilakukan, LV masih lagi inginkan kepastian bahawa kasut rekaannya cukup berkualiti dan selesa dipakai.

Untuk itu, sebelum dijual, LV akan melakukan dahulu proses menyedang menggunakan model yang mempunyai kaki sempurna.

Cara itu katanya, bagi melihat kualiti kulit yang digunakan untuk kasut tersebut tahan jika dipakai dan selesa juga andai disarungkan di kaki. Selain itu, ia dapat juga menguji kekukuhan tumit kasut berkenaan.

About these ads

1 Response to “patut la mahal”


  1. May 11, 2010 at 9:39 am

    kamu kenal kithelyn teo?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 156,731 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

sapa tu


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: