Author Archive for mylily

09
Mar
09

what is that?

08
Mar
09

Karena Ku Sayang Kamu

Dygta – Karena Ku Sayang Kamu

 

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh darimu
'Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa
sanggupkah terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu

25
Dec
08

OST Obsesi

Dengarlah Kekasih – Indah Ruhaila (OST Obsesi)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Tulus hati
Yang tak pernah berhenti
Mengingati dirimu wahai kekasih
Tak bisakah kau dengari
Kata-kata hati ini
Sedangkan kau selalu di sisi
Walau tu’k seketika
Kau hadir dalam hariku
Tak kan kumelupakan mu …oh…oh
Berat hati..
Lupakan tu’k sedetik
Hingga ku melewati waktu…

Dengarlah kekasih
Suara hati ku yang berbicara
Rasa cinta untukmu
Risalah hati …oh oh
Yang s’lalu meninggikan dirimu …oh oh
Wahai pujangga hati…
Walau bedanya kita…
Walau jaraknya kita…
Takkan ku peduli…..oh oh

30
Nov
08

~~derita itu milikku jua~~

Kedengaran rintik hujan di luar, saat ini hatiku jua begitu cuma tidak sehebat La Nina yang pernah dulu diperkatakan. Aku kesal dengan sikapnya, mengapa aku yang harus menjadi mangsa. Tidak kusangka sama sekali hakikat pahit ini harus ku tempohi. Mengapa aku? Ibu anakmu masih perlukan dirimu, kembalilah menjadi seorang wanita yang indah seperti dulu, seperti di waktu yang aku masih belum mengenali dunia.Teringat kata-kata nenekku, “kau memang malang Anis. Terlalu malang untuk menanggung keperitan jiwa yang tak mungkin diubati.”

“Anis, mengapakah hatimu begitu berat menerimaku sayang?” Zakri
menyoalku. Aku hanya berdiam diri. Tidak mahu menambah keperitan yang aku sendiri tak mampu menanggungnya. Kudongakkan wajah ke atas, Zakri memandangku penuh mengharap.

“Zack, bukan Anis tak mahu menerima lamaran darimu, cuma Anis tidak berdaya. Anis perlukan kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Antara kita terlalu banyak perbezaan, Zack kena teruskan hidup Zack dengan cara Zack dan Anis dengan cara Anis sendiri,” aku membalas.

Aku sedar kata-kataku itu hanya memakan diri, aku sayangkannya namun dapatkah dia menerima hakikat aku ini bukan seperti gadis lain. Aku tidak mahu dia menyesal kerana aku. Apatah lagi ibunya seorang yang amat dikenali.

Aku pernah merasa tamparan hebat dari ibunya, cuma Zakri yang tidak pernah tahu mengenai itu.

“Anis, Zack akan terus menantimu. Walau apapun alasan yang diberi hati ini tak mungkin dapat melupakanmu,” Zakri bangun perlahan meninggalkanku. Aku masih di sini, di tasik ini. Hendak menangis, airmataku sudah kering. Apalagi yang mampu kulakukan selain memendam rasa dan perasaan terluka.

Itu adalah kejadian seminggu yang lalu. Petang ini aku tidak terus pulang ke rumah sebaliknya aku ke rumah nenekku di Kampung Sentosa.Sudah lama aku tidak menatap wajah luka itu, wajah yang sekian hari dimamah usia. Setiap hari hanya menghitung waktu sampai bilakah semua ini akan berakhir.

Dia ibuku, ibu yang tidak pernah kenal anaknya. “Assalamualaikum, nek.Apa khabar nenek sekarang? Dah lama Anis tak ke sini. Ibu bagaimana? Sihatkah dia?” soalku bertalu-talu, tanpa kunantikan jawapan nenekku.

Nenekku hanya tersenyum, “Waalaikumusalam, baik Anis. Ibu juga baik. Dia sudah semakin berisi sekarang, sudah mahu makan. Tambahan pula Anis selalu belikan dia buah-buahan.”

“Ibu di mana nek?” aku menyoal lagi. Lantas nenekku menunjukkan ke arah pokok mempelam tua di belakang rumah nenekku. Tanpa berlengah aku terus mendapatkan ibuku.

“Ibu, apa yang sedang ibu buat ni?” aku menyapa. Ibu hanya asyik memintal-mintal hujung rambutnya yang hampir botak itu, akibat dari ibuku sendiri. Dulu dia memang tidak boleh ditinggalkan sendirian, ada sahaja perkara pelik yang pasti akan dilakukannya. Itulah kerisauan yang nyata menggugat perasaanku. Dia menoleh seketika kepadaku, aku menghadiahkan senyuman paling manisku buatnya, namun ibu tetap menatapku penuh kekeliruan. Dia lantas bangun eninggalkanku.

Hampa sekali. Ibu tidak pernah mahu menegurku. Itu yang pasti. Akutahu dia masih menyimpan dendam padaku. Dendam yang bukan aku ciptakan. Dendam yang lahir itu hanyalah kerana aku mempunyai darah yang sama dengan lelaki itu. Lelaki yang tidak pernah aku kenal raut mukanya. Benci aku mengingatinya. Mengapa aku harus sedarah dengannya.Terasa seperti mahu mengeluarkan seluruh darah yang ada ini agar tidak menjadi kebencian ibuku.

Asyik memendam rasa nenekku memanggil. Hari sudah hampir maghrib,beristighfar aku seketika. Tidak sedar waktu senja telah mula menampakkan bayangnya. Lantas aku mengatur langkah masuk ke dalam. Sesudah makan malam, aku menghampiri nenekku. Dia hanya tersenyum kepadaku.

“Anis, nenek harap Anis jangan ambil hati sangat dengan ibu ya?” katanya.

Aku hanya menggelengkan kepala seraya berkata, “Nek, ibu tak salah, yang salah hanya lelaki itu.” Perlahan ku melihat airmata nenekkujatuh ke pipinya. “Kenapa nek? Adakah salah kata-kata saya ini?” aku pula yang menjadi hairan.

Nenekku hanya menggeleng, “Anis, lelaki itu hanya terlalu menurut nafsu, janganlah pulak Anis menyimpan dendam terhadapnya.” Akubertambah hairan, mengapa pula nenek melarang aku dari membenci lelaki itu. Ah, nenek hanya menambah kelukaanku. “Sudahlah Anis, biarkanlah yang dah berlalu itu pergi, kita teruskan sisa hidup yang masih berbaki ini,” nenek menyambung.

“Tapi nek, lelaki itu dah menghancurkan masa depan ibu, masa depanAnis sendiri, Anis malu nak mengaku dia bapa Anis. Masih Anis ingat lagi, semasa sekolah dahulu, rakan-rakan menjauhkan diri. Kenapa?Hanya kerana Anis tiada seorang bapa, mengapa nek? Mengapa? Anis tidak mahu mengalah lagi rasanya. Anis dah penat nek, penat,” aku lantas menjadi berang dengan kenyataan nenek itu. Aku bangun menggapai beg dan lantas berlalu dari rumah kecil itu. Laungan suara nenek menahanku dari pergi tak kuendahkan.

Aku sudah terluka, biarlah hati tua itu juga terluka sama seperti aku. Aku tidak mengerti mengapa aku harus berdiam diri terhadap lelaki jahanam itu.

Kereta kupandu tanpa mengira kelajuannya lagi. Aku mahu cepat sampai ke rumah, kerana di sana lebih banyak kedamaiannya. Semakin laju kereta ku pandu, semakin galak airmataku berjuraian. Aku dah tak kisah lagi.

Tidurku terganggu bila jam berdenting tiga kali. Aku lantas bangun,masih berpakaian seperti sewaktu pulang tadi. Aku terlena dalam luka yang kembara ketika pulang malam tadi sehinggakan tidak sempat menyalin baju.

Sedar diri sudah banyak membuat dosa, aku bangun menuju ke bilik air,lantas manik-manik jernih mengalir membasahi pipiku. Selesai mengambil wuduk, aku lantas mengerjakan solat tahajud. Sudah lama aku tidak melakukannya. Dulu itulah perkara yang sering kulakukan. Ketenangan kuperolehi selain kelukaan ini dapat dirawat. Itulah kebesaran-Nya,hanya aku yang terkadang lupa pada kuasa-Nya. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. Berikanlah kekuatan kepada aku dan ibuku.

Pagi ini aku meneruskan kerja-kerjaku di pejabat, biarpun mataku masih merah penangan tangisan semalam, aku harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh ketuaku. Tengahari ini aku terpaksa memenuhi temujanji dengan pelanggan dari Syarikat Utama. Kata ketuaku, pelanggan yang satu ini amat penting kepada syarikat kami. Terpaksalah jua biarpun aku sudah kehilangan mood. Sudah menjadi prinsipku tidak menjadikan hal peribadi sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai pekerja. Tambahan pula jawatan yang kuperolehi sekarang tidak mudahku miliki.

Masih teringat lagi bagaimana peritnya aku berusaha siang dan malamuntuk mendapatkan duit membiayai pelajaranku. Kesusahan itulah yang mengajar aku agar tidak merosakkannya hanya kerana emosi. Kerana tugas jugalah aku terpaksa mengecewakan Zakri yang mahu makan bersama denganku tengahari ini. Bersabarlah Zakri, kiranya ada jodoh kitakan tetap bersama.

Ah, lambat pula aku kali ini, teruklah kalau client aku terlepas lagi.Bukan senang nak dapat peluang yang jarang-jarang begini. Langkahkuatur dengan laju, masa mesti dikejar. Tergesa-gesa mencari kelibatpelanggan yang dikatakan, aku hampir terlanggar pelayan yang kebetulan lalu di situ.

Kesempatan itu kugunakan untuk bertanya di mana letaknya meja client pentingku itu. Dengan keadaan tercungap-cungap aku menghampiri Datuk Kamal, orang yang kucari itu telah kutemui. Belum sempat aku mengenalkan diri seorang pemuda bersuara, “Cik Kartika ya? Saya Iezman dan ini Datuk Kamal, kami dari Syarikat Utama. Silakan duduk.”

Malulah pulak, sudahlah datang lambat siap dipelawa duduk lagi. Takada moral betul. Aku hanya tersenyum sambil bersalaman dengan Encik Iezman dan Datuk Kamal. Terasa ada getaran bila aku bersalaman dengan Datuk Kamal, kuingatkan Datuk ni dah botak dan tak kacak lagi tetapi berlainan benar dari sangkaanku. Orangnya memang kacak dengan berkumis nipis dan agak tinggi. Aku mengagak umurnya dalam lingkungan 40-an.Terkedu seketika, senyumannya mengingatkan aku pada seseorang, siapa ya?

“Maafkan saya, Datuk, Encik Iezman. Saya terlambat. Apakata kita mulakan perbincangan,” aku berbicara. Datuk Kamal hanya diam sambil memerhatikan aku. Ah orang tua ni peliklah. Tanpa menghiraukan renungan itu, aku meneruskan usul syarikatku kepada Encik Iezman selaku Pengurus Besar Syarikat Utama. Datuk Kamal sesekali mencelah bila ada sebarang perkara yang tidak menepati prinsip syarikatnya.Sekurang-kurangnya aku selamat dari renungan luar biasanya itu.

“Ala mama, apa salahnya dengan Anis tu, dia wanita yang baik. Kenapa mama menolak pilihan Zack?” Zakri menyoal mamanya. Datin Munirah hanya mencebik muka kepada anaknya. Berita yang didengarnya dari Suzana anak saudaranya semalam amat Menyesakkan jiwanya. Memang sebelum ini dia tidak kisah dengan siapapun Zakri berkawan dan ingin berkahwin, tetapi hatinya terusik bila diketahui asal-usul Anis gadis pilihan anaknya itu.

“Sudah Zack! Mama tak mahu mendengar lagi nama perempuan itu dalam rumah ini, Zack boleh lupakan dia atau mama sahaja. Pilih antara dua Zack.” Datin Munirah melampiaskan rasa marahnya pada Zakri.

“Tapi mama…”, Zakri baru hendak bersuara bila mamanya tiba-tibameninggikan suara, “Stop it Zack, don’t you love your mother? Now you shall go.” Zakri hanya mampu memerhati. Mengapa mamanya bersikap ganjil pada malam ini. Selama ini dia hanya tersenyum bila nama Anis disebut. Kehairanan menerpa di ruang fikirannya.

Datuk Kamal menyendiri di bilik bacaan di rumahnya itu. Fikirannyamenerawang kepada pertemuan perniagaan dengan gadis ayu tengahari tadi. Memang cantik. Hatinya terpaut. Namun disebalik itu dia seakan pernah bertemu dengan wajah itu, cuma bila dan di mana dia tidak teringat.

Kepetahannya berbicara menambahkan daya tarikan yang ada pada dirinya. Usianya mungkin dalam 25 tahun. Datuk Kamal mengagak. Dia pasti akan memiliki gadis ini. Sudah lama dia tidak menjamah pucuk muda seperti itu.

Tabiat itu sudah lama ditinggalnya kerana setiap wanita yang ditemui semuanya hanyalah penuh kepuraan. Dia sedar tentang itu bila banyak wangnya dihabiskan kepada wanita materialistik yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Malam makin larut bila Anis mula terasa mengantuk. Bebanan kerja di pejabat sedikit sebanyak dapat menutup lukanya. Baru sebentar tadiZakri menelefonnya, banyak juga yang dibualkan. Zakri masih menagih simpati untuk Anis menerimanya. Namun di akhir ayatnya aku sudah faham, antara aku dan dia memang tak ada jodoh. Zakri lelaki baik bagiku, sayangnya dia muda dua tahun dariku dan aku pula dalam situasi yang tidak sepatutnya. Ah, apa lagi yang harus difikirkan, mata dah lali ni, lebih baik aku masuk tidur sahaja. Kerana terlalu letih akhirnya aku terlena jua. Dibuai mimpi indah bersama Zakri.

“Nenek maafkan Anis ya, pasal minggu lepas. Anis tahu tidak sepatutnya Anis membuat tindakan terburu-buru seperti itu. Anis janji tidak akan melukakan hati nenek lagi,” perlahan aku bersuara memujuk nenekku. Dia hanya tersenyum sambil menjelaskan kepadaku bahawa darah muda memang begitu.

“Anis, nenek teringin nak menerima menantu, bila agaknya hajat nenek tu nak tercapai?” nenek menyoalku. Aku terdiam, apalagi hendak kukatakan. Siapalah yang akan sudi menerima gadis sepertiku. Aku hanya mengeluh. Perkara yang kutakutkan akhirnya menimpa diriku. “Nek,mungkin bukan jodoh Anis lagi, nantilah bila Anis dah berjaya dengan cita-cita Anis, Anis janji akan carikan nenek cucu baru ya?,” kataku memujuk nenek. Dia tersenyum menampakkan sebaris gigi yang sudah tinggal beberapa batang sahaja.

Keesokkan paginya setiba aku di pejabat, aku dikejutkan dengan pesanan yang diberi oleh setiausahaku. Datuk Kamal meminta aku menemaninya makan tengahari di Hotel Singahsana. Ah, kacau betul si tua ni. Apa sahaja yang dimahukannya.

Pernah juga aku terdengar beberapa eksekutif berbual-bual sesama sendiri mengatakan Datuk Kamal kaki perempuan. Seram sejuk aku mendengarnya. Ini menambahkan lagi rasa benciku pada lelaki. Apakah setiap lelaki yang kutemui semuanya hipokrit. Cuma Zakri seorang yang ikhlas, namun aku tidak pasti sampai bilakah semua itu akan bertahan. Hendak menolak, takut nanti dikatakan sombong. Susahkan syarikat aku pulak. Datuk Kamal ni bukannya boleh cari pasal dengannya. Setelah berfikir dengan semasak-masaknya aku mengambil keputusan menerima ajakannya.

Tengahari itu aku memenuhi undangan Datuk Kamal di Hotel Singahsana. Seperti biasa aku melayannya seperti pelanggan lain. Tanpa aku sedari sepasang mata sedang memerhatikan gelagat kami.

Ah, perempuan tak guna. Memang benar kata mamaku kau perempuan murahan. Benarlah anak luar nikah sepertimu tidak kenal dek untung.Aku akan pastikan kau menerima padahnya. Tahulah aku nak mengajar kau perempuan tak guna. Zakri menyumpah di dalam hatinya. Tidak diketahui perkara sebenar yang berlaku antara Anis dengan Datuk Kamal.

Gelak ketawa Anis bagai menusuk ke lubang telinganya. Tambahmenyakitkan hati bila dilihatnya Datuk Kamal yang dihormati tersenyum miang dengan Anis gadis pujaan hatinya. Terasa ingin dihumbankan kemarahannya di situ juga namun memikirkan dia berada di kawasanterkenal seperti ini, segera niatnya dibatalkan. Dengan hati terhiris
Zakri melangkah meninggalkan Hotel Singahsana yang permai itu.Kemarahan nyata terserlah dengan wajahnya yang merona merah. Anis dan Datuk Kamal juga lantas meninggalkan hotel tersebut.

Suasana petang yang damai di tasik Melati yang sering dikunjungi olehAnis itu terasa tidak lagi setenang selalu.Suara Zakri yang berbaurkemarahan sewaktu membuat panggilan kepadanya itu Menggelisahkan nalurinya. Sudah sepuluh minit ditunggunya, namun bayang Zakri tidak juga muncul. Kenapa agaknya. Telefon bimbit pun tak diangkatnya.Sambil merenung air tasik yang tenang itu, dia asyik terfikir apakah salahnya kali ini. Semalam Zakri masih bersuara lembut tetapi hari ini, suara itu kedengaran lain benar.

Lamunannya terhenti bila tersedar namanya dipanggil seseorang. Anismendongak, lega hatinya bila orang yang ditunggu telah tiba. Belumsempat Anis memulakan bicara, Zakri terlebih dahulu bersuara, “Anis, cuba cakap betul-betul dengan Zack, siapa Anis sebenarnya? Selama ini Anis anggap Zack ni apa? Tunggul?” Aku terkejut dengan soalan yang bertubi-tubi itu.

Lain yang kuharapkan lain pula yang aku dapat. Terpana aku seketika bila mendengar sumpah seranah Zakri. Kenapa dia ni. “Zack, apa halyang kau marah sangat ni?,” aku pula beraku engkau dengan Zack,rasanya kesabaranku dah hilang bila Zack menghinaku. Di mana hilangnya kelembutan yang selama ini terpamer.

Aku hairan. “Kenapa kau tanya? Janganlah nak berpura-pura lagi. Memang betul apa yang mama katakan tentang diri kau,” Zakri berkata bengis. Bulat mataku memandangnya. Apa salahku dan apa yang mamanya katakan.Zakri sudah benar-benar membuatkan hatinya panas.

“Zack, Anis tak faham apa yang Zack katakan. Cuba Zack berterus-terang apa yang berlaku sebenarnya? Janganlah cakap berbelit-belit macam ni,” aku masih berlembut.

“Mama cakap Anis ni lahir tanpa bapa? Betul?” Zakri bersuara. Akutergamam. Macam mana mama Zakri boleh tahu.

Itulah yang sebenarnya. Zakri naik angin hanya kerana aku ni seorang perempuan tak berbapa. Apakah dia tahu, kekecewaanku.

“Zack, selama ini memang Anis merahsiakannya dari Zack, bukan Anis tak mahu bercerita, tetapi keadaan Zack, keadaan yang memaksa Anis berdiam diri,” Zack kulihat seperti menahan marah.

Dengan perlahan dia berkata, “Anis, Zack dah tak sanggup lagi nakbersama Anis, anggaplah antara kita sudah tiada jodoh selepas ini ok.Zack pergi dulu.” Suaranya yang kian mengendur itu buatku mengalirkan airmata. Sampai hati kau Zack. Aku ditinggalkan hanya kerana aku tidak berbapa. Bukan pintaku jadi begini, selama ini kusangkakan kau ikhlas tapi sebenarnya kau seperti lelaki itu jua, kejam.

Malam itu aku puas mengalirkan air mata. Mengapa aku yang menjadi mangsa. Mengapa tidak kaum sejenisnya yang merasai semua ini? Sebentar tadi Datuk Kamal menelefonku. Dia mengajakku makan malam di Restoran Mawar. Niat di hati hendak menolak, namun bila difikirkan kembali,tiada salah aku menurut. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi bersendirian menghadapi kemelut ini. Aku bingkas bangun. Hidup mesti diteruskan. Tiada guna mengenangkan lelaki yang hipokrit seperti itu.Apapun alasannya, aku tetap mendoakan kebahagiaanmu Zakri. Pergilah kau dari hatiku. Semoga aku lebih tenang dari dulu.

Memang indah makan malam bersama Datuk Kamal. Lelaki ini memang hebat,lebih hebat dari Zakri. Ramah bercerita tentang kehidupannya.Rupa-rupanya Datuk Kamal seorang duda. Tanpa berselindung dia mengatakan bahawa sudah jatuh hati terhadapku sejak kali pertama bersua dahulu. Malu aku diperlakukan sedemikian. Bersungguh-sungguh benar nampaknya Datuk Kamal melamarku.

Pulangnya aku ke rumah pada malam itu , hatiku mula gelisah memikirkan apa yang bakal terjadi antara aku dan Datuk Kamal. Aku telah meminta diberikan ruang untukku memikirkan lamarannya itu dengan semasak-masaknya. Datuk Kamal mengatakan dia seorang duda yang tidak sempat mempunyai anak.

Isterinya telah meninggal hanya selepas 6 bulan perkahwinan mereka berlangsung. Simpati melimpah ruah terhadapnya. Datuk Kamal tanpa segan silu menceritakan betapa dia amat menyayangi isterinya itu tapi Allah lebih menyayanginya. Kerana itu jua aku terpesona dengan Datuk Kamal. Keluhuran yang terpamer membuatkan aku makin tertarik.

Sebulan berlalu sudah, kini aku sudah sah bergelar tunang kepada Datuk Iezman. Namun pertunangan aku dengan Datuk Iezman hanyalah antara kami berdua kerana aku tak mahu menyusahkan nenekku membuat kenduri seperti pasangan-pasangan lain, bagiku kesederhanaan itu penting dalam menjalin kebahagiaan. Suasana riuh di rumahku seolah-olah menyatakan bahawa derita yang kulalui sebelum ini telah terpadam. Sebentar lagibakal suamiku akan dijabkabulkan denganku. Perasaan gementar sudah tidak terbendung lagi.

Keputusan memilih Datuk Iezman kulakukan demi untuk kebahagiaanku sendiri, Zakri telah lama menjadi mimpi lalu buatku. Berita terakhir yang kudengar dia sudah bertunang dengan Suzanna sepupunya sendiri atau lebih kukenali sebagai musuh ketatku ketika di Universiti.Biarkanlah, yang penting kebahagiaannya sebagai teman aku tercapai sudah.

“Anis, bersiap sedia sekarang pengantin dah mula melangkah masuk”, beritahu seorang jiranku yang bertindak sebagai ketua penyambut tetamu di rumahku ini. Hatiku kian berdebar, hilang wajah Zakri timbul wajah ibuku yang tersenyum manis di hadapanku kini, sesungguhnya aku bersyukur ibu telah sembuh kerana perkahwinan aku ini. Apa yang pasti menantunya nanti akan kujadikan hadiah paling teristimewa untuk ibu.

Tiba-tiba keriuhan di luar rumah dan laung kompang tidak lagikedengaran, Cuma yang terlintas di telingaku hanya suara pekik dan lolong seorang wanita. Ah, kekecohan apa pula yang berlaku di luar sana. Hatiku tiba-tiba jadi tidak tenteram.

“Tepi kau, jantan keparat. Aku mahu kerjakan perempuan gatal tu, sudah tidak dapat anak lelaki aku, suamiku pula mahu dikebasnya”, suara itu jelas di pendengaranku. Aku tidak mampu untuk berdiam diri lagi, tidak kupedulikan lagi suara-suara sumbang melihat aku melangkah keluar dari pintu bilik menuju ke luar rumah. Ibu turut mengekori langkahku. “Hey,perempuan. Keluar kau! Muka tidak tahu malu, ada hati nak merampas suamiku, keluar kau sekarang juga,” suara sadis itu menyentap jiwaku.

Terhenti aku di muka pintu melihat perempuan yang mengamuk itu adalah mama Zakri yang selama ini membenciku. Hairan sekali siapa dia sebenarnya, sedangkan aku tidak pernah mengundang dia ke majlis kahwinku ini. Aku perhatikan jua Zakri dengan wajah merah padamnya itu. Apa erti semua ini.

“Anis, kenapa nak?” ibuku bertanya.

Aku sudah tidak mempunyai jawapan lagi terhadap soalannya itu. Aku pasti kini siapa sebenarnya Datuk Iezman. Dalam kekalutan itu aku terdengar suara ibuku, “Ah, kau Man? Apa yang kau buat disini? Kau yang menghancurkan hidup aku, kau tahu tak? Apa yang kau mahu lagi?”

Aku hairan dengan kata-kata ibuku, siapa pula Datuk Iezman dengan ibuku. “Man, anakku apa kau dah buat ni? Kaukah bakal suami Anis?”

Apa dah jadi ni? Ya Allah, aku hampir melakukan dosa.

“Anis, inilah bapamu dan dia juga adik ibumu.” Aku terpana.

-TamaT-

30
Nov
08

rahsia semalan

p/s: sediakan tisu siap2…

 

Sabarlah kak, esok-esok baliklah si Lan tu.” Mak Nah menenangkan keadaan. Air mata Mak Su makin menjadi-jadi. Semakin deras air mata Mak Su apabila Mak Nah memeluknya secara tiba-tiba. Suasana pada petang itu sungguh menghayat hati.

Mak Nah melepaskan pelukan apabila melihat Mak Su dapat mengawal keadaannya. “Aku rindu sangat nak jumpa anak aku,” Mak Su bersuara. “Rasanya lima tahun anak awak tu tak jengok kampung ni,” Mak Nah membuat perhitungan.” Bukan enam tahun, tapi dah lapan tahun!” Mak Su meninggikan suara.

Serentak dengan itu, air matanya kembali berjuraian. Mak Nah terperanjat apabila mendengar tengkingan Mak Su. Mak Nah kembali memujuk Mak Su supaya bersabar. Suasana petang itu merangkak sedikit demi sedikit untuk mengundang malam. Jam di dinding rumahnya berdetik sebanyak tujuh kali. Zainal baru sahaja pulang dari sekolahnya. Muka Zainal terus berkerut melihat Mak Nak ada di serambi rumah. “Kau baru balik Nal?” Mak Nah menyapa. “Ya Mak Nah, ada latihan sukan tadi, itu yang lambat balik. Zainal menerangkan kepada Mak Su. “Kenapa dengan ibu Mak Nah?” Zainal bertanya. “Dia rindukan abang kau.” Mak Nah memberi penjelasan. Zainal terus tersentak.

Selama ini memanglah ibu rindukan anak sulungnya itu, tapi tidaklah sehingga menangis macam petang ini. Bermacam-macam persoalan bersarang di dalam otak kepalanya. “Ibu, kita masuk ya, haripun dah semakin gelap. Kejap lagi nak masuk waktu Maghrib.” Zainal memujuk dengan penuh kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. “Eloklah kalau macam itu, Mak Nah balik dululah.” Mak Nah memohon izin untuk pulang. Selepas Zainal mengucapkan terima kasih, Mak Nah terus meninggalkan mereka dua beranak dengan perasaan yang sedih dan hiba.

Azan Magrib berkumandang dari masjid Al-Falah. Masjid yang terletak kita-kira seratus meter dari rumah itu selalunya dipenuhi orang ramai terutamanya waktu solat Maghrib. Zainal terus mencapai kopiah pemberian arwah ayahnya itu dipakai kemas di kepalanya. “Nal pergi masjid ya ibu.” Nada Zainal seumpama separuh menjerit. “Ibu makan dulu, Nal nak ikut ceramah lepas solat nanti.” Mak Su hanya mengia sahaja dari dapur. Mak Su masih lagi berdiri di jendela dapurnya sambil melihat Zainal berjalan ke masjid. Mata Mak Su bengkak dan merah kerana terlalu banyak menangis petang tadi. Azan Maghrib berkumandang dan Mak Su tersentak daripada lamunannya. Mak Su terus mengambil wuduk dan bersolat. Hari ini Mak Su hanya bersolat di rumah. Tidak seperti hari-hari yang lain. Mungkin disebabkan peristiwa petang tadi membuat hati Mak Su asyik tidak tentu arah untuk ke masjid. Selesai bersolat, Mak Su berdoa panjang. Doanya kali ini tidak seperti doa-doa sebelumnya. Sepanjang Mak Su mengangkat tangan untuk berdoa, seraya itulah air matanya tidak kering menitis.

” Assalamualaikum.” Zainal memberi salam dan terus ke kamar ibunya. Ketika itu Mak Su terbaring di atas katil sambil memeluk gambar anak sulungnya, Azlan. Zainal hanya memggelengkan kepala. Bahu Mak Su digoyang beberapa kali dan terus tersedar. “Eh kau Nal. Bila balik dari masjid.” Mak Su bertanya. “Baru ibu. Tadi ramai jiran–jiran kita tanya tentang ibu. Mereka nak datang esok pagi sebab Nal kata ibu tak sihat.” Jelas Zainal panjang lebar. Mak Su menepuk peha Zainal sambil berkerut. “Ibu sihatlah, ibu tak apa-apa. Sudahlah pergi makan, ibu dah sendukkan lauk di dapur.” “Ibu dah makan?” Tanya Zainal. “Dah, dengan kakak kau tadi.” Jawab Mak Su ringkas. Setibanya di dapur Zainal terus membuka tudung saji dan menyenduk nasi kepinggan. Hanis baru keluar dari bilik mandi terus disapa oleh Zainal. “Kakak tak OT hari ini.” “Tak dik, kakak nak rehat hari ini. Adik makanlah dulu, kakak nak salin pakaian.” Selesai sahaja menjamu selera, Zainal terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Ketika itu Mak Su sudah berada di ruang tamu. Mak Su masih mengelamun dan tangannya masih erat memegang gambar anak kesayangannya, Azlan. “Sudahlah ibu, jangan diikutkan hati nanti sakit pula.” Zainal mengeluh. Televisyen terus dihidupkan. Mata Mak Su bergenang tiba-tiba. Mak Su terus menangis terhenjut–henjut dan mengejutkan Hanis dibiliknya. “Kenapa ibu?” Hanis inginkan kepastian. “Ibu rindukan abang.” Zainal menghurai pendek sahaja. Hanis terus memeluk ibunya dan turut sama–sama menangis. Keadaan menjadi kalut seketika. Mak Su bertambah-tambahlah kuat tangisannya. Tiba-tiba Zainal terlintas untuk menelefon rumah abangnya di Kuala Lumpur.

“Maaf ya adik Zainal, tuan Azlan enggak ada di rumah. Kabarnya ke Jepang, ada urusan kantor di sana,” ujar pembantu rumah abang Azlan. Zainal terus mengeluh. “Bila dia pulang?” “Enggak tau deh, kabarnya tiga hari Tuan Azlan di sana.” Jawab pembantu rumah Indonesia itu. “Isterinya ada?” Zainal bertanya kembali. “Enggak ada, belum pulang dari perjumpaan ibu-ibu.” Pembantu rumah itu berseloroh. “Tak apalah bibik, kabarkan saja saya telefon bila Azlan pulang.” Zainal meletakkan telefon dengan hati yang kecewa. Ibu terus menangis setelah mendengar perbualan Zainal dengan pembantu rumah Azlan tadi. Hanis membawa Mak Su ke biliknya untuk tidur supaya tidak terlalu memikirkan tentang anaknya.

“Sudah lima hari ibu tak selera makan, minumlah air panas tu sikit ibu.” Pujuk Hanis. Mak Su hanya mengikut kata–kata anaknya. “Hanis dengan Nal nak pergi Kuala Lumpur hari ini, ke pejabat abang Azlan.” Hanis mematahkan kesunyian semasa mereka bersarapan. Mak Su terperanjat, tetapi Mak Su tidak memberikan sebarang jawapan. Keperitan matanya masih belum hilang akibat banyak menangis semenjak minggu lepas. Mak Su hanya menggangguk tanda merestui. Air mata Mak Su tiba-tiba bergenang kembali. Hanis terus membawa ibunya ke bilik. Sementara itu Zainal sudah bersiap-siap dan berpakaian kemas. Hanis mengenakan tudung dan menghias wajahnya dengan ala kadar sahaja. Tetapi kemanisan Hanis terserlah sekali.

Setibanya di pejabat Zainal dan Hanis diminta untuk tunggu di bilik tetamu. “Adik berdua tunggu di sini ya, Encik Azlan ada urusan di tapak projek. Sekejap lagi sampailah.” Ujar Kak Fatihah, seorang petugas di pejabat abangnya. Hanis hanya mengeluh. Beberapa buah majalah perniagaan menghiasi meja tetamu. Hanis membelek-belek majalah itu sambil matanya sesekali merawang ke sekeliling pejabat abangnya. Besar dan moden sekali. Pekerjanya juga agak ramai. Syarikat Mawar Holding itu sungguh mengaysikkan mata yang melihatnya. Sepuluh minit kemudian Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu sambil membawa dua cawan air panas dan beberapa potong kuih. Setelah mempelawa, Kak Fatihah meninggalkan mereka berdua di bilik menunggu tersebut. Waktu bersilih ganti. Tetapi bayang abang Azlan masih tidak kelihatan. “Kakak, dah hampir dua jam kita di sini. Bayang abang pun tak nampak.” Zainal seumpama hilang sabar. Hanis hanya mendiamkan diri sahaja. Dia masih dapat menahan sabar tidak seperti Zainal. Selepas beberapa minit, Kak Fatihah masuk ke bilik menunggu dan mengatakan bahawa abang Azlan tidak ke pejabat kerana ada urusan di Putrajaya.

Darah Zainal tiba-tiba meledak. Hanis menyabarkan Zainal, Zainal reda seketika. “Beginilah, saya tulis surat dan tolong serahkan kepada abang Azlan.” Hanis berkata hampa. Beberapa minit kemudian surat tersebut telah siap ditulis oleh Hanis. Kak Fatihah meminta maaf di atas kesulitan yang Zainal dan Hanis alami. Zainal tidak berkata apa-apa. Tiba-tiba sahaja rasa kebencian meledak dalam jiwa. Hanis dan Zainal keluar daripada pejabat abangnya dengan langkah yang longlai dan tidak bersemangat. Hanis dan Zainal terus pulang kerana risau ibunya tinggal keseorangan di rumah. Azan Asar berkumandang dengan megahnya sebaik sahaja meraka tiba di perkarangan rumah.

Mak Su rupanya sudah duduk di serambi menantikan kepulangan anaknya. Seribu harapan yang diimpikan daripada Hanis dan Zainal. “Abang tak ada di pejabat ibu.” Ujar Zainal ringkas. Air mata Mak Su mencurah kembali. Zainal tergamam. Dia seumpama menyesal apabila terus menyampaikan berita tersebut. Hanis terus memeluk Mak Su. Tangisan Mak Su menjadi–jadi. Hanis semakin kuat memeluk ibu kesayangannya. “Sudahlah ibu, dah tak ada peluang kali ini. Esok lusa Nal pergi lagi ya Ibu.” Pujuk Zainal. “Mari kita masuk ibu, malam nanti Hanis cuba telefon rumah abang Azlan,” Hanis memujuk ibunya. Hati Mak Su lembut mendengar pujukan tersebut. Hanis membawa ibu ke biliknya dan membiarkan Mak Su melayan perasaan seorang.

“Tuan Azlan, ini ada surat daripada adik tuan.” Pembantu pejabat menghulurkan surat itu kepada Azlan. Azlan tergamam seketika. “Mereka ke pejabatkah?” Azlan inginkan kepastian. “Ya tuan, minggu lepas mereka datang ke pejabat. Semasa tuan berada di Jepun. Dua orang yang datang.” Azlan terus terbayangkan wajah Zainal dan Hanis serta wajah redup ibunya di kampung. Azlan beristigfar berkali-kali. Pada masa itulah Azlan baru teringatkan ibunya. Apa khabar agaknya ibu. Sihatkah dia? Azlan menghitung jarinya. Fatihah hanya melihat gelagat tuannya dengan perasaan yang penuh pelik sekali. “Kenapa tuan?” Satu soalan terlontar daripada mulut Fatihah. Surat Hanis masih erat di genggaman Azlan. “Apa khabar ibu saya di kampung?” Azlan berbicara. Mata Azlan tiba–tiba sahaja merah. Fatihah tergamam dan terpaku sahaja di depan tuannya. Fatihah hanya membiarkan tuannya melayan perasaannya. Fatihah meminta izin untuk keluar setelah tidak ada apa-apa perkara yang diminta oleh Azlan.

Azlan agak berdebar membuka surat Hanis. Pelbagai persoalan tiba-tiba sahaja bersarang di kotak fikirannya. Mungkin ada perkara mustahak atau perkara yang penting daripada tugasannya di pejabat. Sampul surat yang bergam itu telahpun dibuka dengan alat pengoyak surat yang berbentuk keris yang dibelinya ketika tahun akhir di Universiti Malaya. Lambang UM masih lagi bersinar di hujung pembuka surat itu walaupun sudah hampir 20 tahun lamanya Azlan menyimpannya. Di saat itulah masih segar dalam ingatannya suara arwah ayahnya memarahi ibu kerana hendak menjual tanah kebun untuk membiayai kemasukkan Azlan ke universiti.

Akhirnya ibu menggadaikan semua barang kemas yang dimiliki sejak awal perkahwinan ibu dengan ayah. Ibunya juga pernah meminjam wang daripada ketua kampung untuk menambah kekurangan yang masih banyak. Azlan sebak dan menitikkan air mata jantannya. Air mata yang meniris terus dikesatnya dengan segera. Baru sahaja surat itu dibuka suara manis Fatihah daripada interkom berkumandang. “Tuan Azlan, Encik khairul dengan Encik Hafiz dari syarikat perumahan sudah tiba tuan.” “Bagi mereka masuk.” Arahan Azlan ringkas. Surat Hanis diselitkan di dalam fail peribadinya beserta surat-surat pejabat. Air mata dikesat dan Azlan merapikan wajahnya agar dapat menyembunyaikan wajah sebalnya. “Selamat pagi Encik Azlan.” Sapa Encik Hafiz sambil berjabat tangan. Azlan mempersilakan untuk duduk di atas sofa yang berukir daripada pepohon jati. Encik Khairul turut berjabat tangan. “Errr bagaimana Encik Azlan dengan tawaran syarikat kami.” Encik Khairul memulakan perbincangan.

Perbincangan Azlan dengan wakil syarikat perumahan itu berlangsung hampir sejam setengah. Setelah persetujuan dan persefahaman dibuat Azlan membawa wakil syarikat perumahan itu makan di restoran Saloma yang hanya beberapa kilometer dari pejabat. Azlan terus tidak mengingati surat adiknya itu. Surat yang terselit di dalam fail itu hanya mampu berdiam diri dan tidak mampu bersuara. Azlan semakin hari semakin giat menjalankan perniagaannya tanpa menghiraukan ibunya di kampung.

Di waktu yang sama suasana di rumah Mak Su sungguh sunyi. Hanya kedengaran suara kucing yang mahu menagih simpati tuan rumah memberikan sedikit makanan. Hampir seminggu Hanis sudah berhenti kerja kerana menjaga Mak Su. Badan Mak Su semakin kurus dan lemah. Zainal pula sudah seminggu hari ponteng sekolah. Surat amaran sekolah juga telah sampai ke rumah. Surat yang mahukan Mak Su hadir ke sekolah tidak diendahkan. Malah surat itu hanya disimpan oleh Zainal setelah mengambilnya daripada posmen. Sehinggalah pada satu hari guru kelas Zainal datang ke rumah kerana tiada apa–apa tindakan daripada surat yang diutuskan. “Assalamualikum” sahut Puan Norzah. Zainal membalas balik salam tersebut dengan separa terkejut. Zainal sudah mengagak yang Puan Norzah akan datang ke rumahnya.

Zainal tercegat sahaja di daun pintu. Hanis yang melihat gelagat Zainal terus mempelawa Puan Norzah masuk ke dalam rumah. “Ibu kamu ada?” Suara Puan Norzah umpama marah kepada Zainal. “Aaa… ada cikgu, di dalam bilik… iiibu… sakit.” Tiba–tiba Zainal gagap. Hati Zainal hanya mampu menunduk sahaja. Hanis terus menjemput Puan Norzah ke bilik apabila melihat reaksi Puan Norzah yang agak terkejut. “Dah berapa lama Mak Su sakit?” Soalan pertama diajukan kepada Mak Su. Puan Norzah sudah kenal sangat dengan keluarga Mak Su. Dahulu Hanis juga pernah menjadi anak muridnya sewaktu di sekolah menengah. “Ibu rindukan abang,” seraya suara sedih dan jijiran air mata keluar daripada mata sayu Hanis. “Kamu tak kerja Hanis? Puan Norzah inginkan kepastian. “Kakak dah seminggu berhenti kerja. Jaga ibu. Saya pun dah seminggu ponteng sebab jaga ibu.” Sayu sekali suara Zainal. Puan Norzah seakan mengerti.

Perasaan marah Puan Norzah yang menjadi buah tangan kepada Zainal tiba-tiba umpama tertinggal di rumahnya sahaja. Puan Norzah hanya dapat memberikan simpati. Perwatakan Zainal juga banyak berubah. Daripada seorang yang ceria dan pintar dahulu dan kini umpama orang yang tiada haluan. “Bersabarlah Mak Su, lambat laung pulanglah anak itu nanti.” Puan Norzah menasihat . Puan Norzah memohon untuk pulang dan menasihati Zainal supaya ke sekolah. “Telefon cikgu kalau perlukan bantuan. Apa yang dapat cikgu tolong, cikgu usahakan.” Puan Norzah bersalaman dengan Mak Su dan meninggalkan keluarga Mak Su dengan hati yang amat hiba.

Sebulan berlalu. Zainal sudah mula ke sekolah. Kekadang Zainal ponteng sekolah apabila melihat ibunya tidak sihat. Mak Su semakin kurus dan hanya terlantar di peraduan. Badan Hanis juga semakin kurus. Hanis juga masih tidak bekerja lagi. Namun nasib baiklah ada lapan petak sawah peninggalan arwah ayah yang diupah kepada orang kampung untuk mengusahakannya. Setiap bulan Hanis hanya menerima wang daripada Pak Rahim, salah seorang daripada pengerja sawah itu. Wang itulah yang digunakan untuk kegunaan hariannya.

Malam bertandang lagi. Seperti malam-malam yang biasa. Zainal sedang membaca buku dan Hanis sedang membasuh kain di bilik air. Tiba-tiba Zainal mendengar suara seumpama nafasnya tersekat. Zainal tersentak. Hanis terperanjat apabila namanya di panggil. “Ibu sesak nafas kak!” Zainal cemas. Otak Zainal terus bercelaru dan berkecamuk. Terus wajah Puan Norzah dalam fikirannya. Zainal terus menelefon Puan Norzah agar dapat membawa ibunya ke hospital. Puan Norzah terus ke rumah Mak Su dan melihat keadaan Mak Su sungguh sedih sekali. Zainal memapah ibu ke dalam kereta. Semuanya berjalan dengan pantas sekali. Hanis membawa beberapa helai persalinan ibunya dan terus masuk ke dalam kereta. Puan Norzah terus memecut keretanya ke hospital Kuala Lumpur. Kira-kira setengah jam perjalanan, bayang hospital jelas dalam pandangan. Hanis mengurut dada Mak su sepanjang perjalanan. Strecher yang dibawa oleh dua orang jururawat meluru ke kereta Puan Norzah setelah Zainal mendapatkan pertolongan Hospital. Mak Su terus di masukkan ke dalam unit kawalan rapi. Keadaan agak kelam–kabut ketika itu. Hanis tak henti-henti menangis. Zainal pula asyik mundar-mandir di hadapan bilik kawalan rapi itu.

Zainal menelefon ketua kampung untuk memberitahu yang ibunya masuk ke hospital. Pak Hussin dan isterinya terus bergegas ke hospital setelah menerima berita daripada Zainal. Kira-kira 40 minit berlalu, wajah Ketua kampung, Pak Hussin muncul bersama isteri, Mak Minah. Mak Minah terus mendapatkan Hanis dan Pak Hussin menanyakan perkara yang sebenar kepada Zainal. “Sabarlah Nal, Tuhan tu maha agung, maha pengasih.” Pak Husin menyedapkan hati Zainal. Cikgu Norzah juga mententeramkan. “Mana abang kamu si Azlan?” Pak husin meninjau–ninjau sekeliling kawasan hospital. ” Kamu tak telefon dia?” Zainal hanya memasamkan muka. “Jika telefon pun belum tentu ada.” Zainal merungut. “Kau tak cuba belum tahu!” Pak Hussin meninggikan suara. Zainal tidak membantah. Diam menyeluk sakunya untuk mendapatkan syiling dan menelefon abangnya di luar.

” Hello, assalamualaikum, abang Azlan ada?”
“Waalaikumsalam, kamu siapa? Rupanya isteri abang Azlan, Ermiza yang menjawabnya. ” Saya Zainal.” Azlan agak terperanjat apabila isterinya mengatakan Zainal yang melefonnya larut malam begini. “Hello abang. Dah lama abang menghilang. Ibu sakit, sekarang kat HKL!”. Zainal separuh menjerit. Azlan amat terkejut. ” Ba…baik abang datang ke sana setengah jam lagi.” Azlan cemas. Sedetik dengan itu surat Hanis terbayang dalam ingatan. Azlan masih ingat surat itu masih di dalam fail peribadinya. Mujurlah fail itu berada dalam kereta. Ermiza hanya tercegat melihat keadaan suaminya yang cemas. “Ibu masuk hospital, siap cepat kita ke sana!” ujar Azlan. Azlan memandu pecut keretanya untuk cepat tiba di hospital. Azlan menyuruh isterinya mengambil fail peribadinya dan membacakan surat di dalam sampul coklat. Ermiza hanya mengikut kata-kata suaminya. Kereta terus laju dipandu oleh Azlan. Dalam samar–samar lampu jalan, Ermiza membacakan surat Hanis.

” Assalamualikum kepada abang Azlan, Hanis dan Zainal datang ke pejabat abang hari ini. Abang tiada di pejabat. Untuk pengetahuan abang ibu sudah seminggu sakit, ibu rindukan abang sehinggakan ibu tak mahu makan dan minum. Setiap hari ibu asyik menangis dan menangis sehingga mata ibu…..”

“Cukup!” Azlan menyuruh isterinya berhenti membaca surat itu. Dalam surat itu ibu sakit sudah semingu lamanya. Tetapi surat itu sudah sebulan Azlan menyimpannya. Setengah jam berlalu. Bayang HKL sudah kelihatan. Mujurlah pada malam itu tidak banyak kereta. Setelah membelok masuk ke hospital tercongok wajah Zainal di muka pintu. Wajah Zainal banyak berubah. Itulah kata hatinya yang menunjukkan sudah lama tidak menjengok adik dan ibunya. Setelah keluar daripada kereta Zainal terus mendapatkan abangnya dan bersalam dengan penuh hormat walaupun hatinya amat terguris. “Ibu masuk ICU,” ujar Zainal. Setelah itu Hanis terus mendapatkan abangnya apabila melihat raut wajahnya. Mata Hanis masih lagi tidak berhenti mengalir. Ermiza mendapatkan Hanis dan memeluknya dan bersabar.

Kira-kira 15 minit berlalu doktor keluar daripada bilik ICU. “Bagaimana dengan ibu saya doktor….. Amin” Azlan terus bertanya. Tag nama Amin jelas tersemat di dadanya. “Alhamdulillah. Ibu kamu selamat tidak ada apa–apa. Dia cuma lemah kerana kurang gula dalam badannya. Pergilah jumpa ibu kamu.” Semua yang mendengar berita itu manarik nafas lega. Azlan orang yang mula–mula masuk ke dalam bilik ICU itu.

“Ibu…. ini Azlan ibu… Azlan minta ampun tak jaga ibu…..” Rintihan Azlan amat sayu siapa yang mendengarnya. Mata Mak Su terbuka perlahan-lahan. Pandangan yang mula kabur beransur-ansur terang. ” Azlan….” tangan Mak Su memegang tangan Azlan dan mengusap-usap pipi anak kesayangannya. Air mata Azlan mula menitik. Tangisan di dalam bilik itu amat sayu sekali. Jururawat yang ditugaskan menjaga bilik itu juga turut terharu dan hampir menitikkan air mata. Hanis dan Zainal mendapatkan ibunya. Semuanya menagis. Dalam suasana keesakan itu Mak Su bersuara. “Akhirnya kau balik nak, mak rindu sangat dengan kau Lan.” Zainal dan Hanis membiarkan abangnya dan ibu berpelukan. Biarlah rindu semalam itu dapat diubati. Pak Hussin hanya mampu membatu melihat drama sebabak yang amat memilukan. Cikgu Norzah juga menitikkan air mata melihat drama yang tidak pernah ditayangkan di kaca televisyen itu.

Pak Hussin pergi mendapatkan dokor Amin untuk kepastian. ” Mak Su kena tahan dalam wadkah?” “Ya, rasanya semalam sudah mencukupi. Apabila gula dalam badannya stabil bolehlah pesakit pulang.” Terang doktor Amin. “Biar Lan sahaja yang teman ibu, yang lain bolehlah pulang.” Azlan bersuara. Setelah suasana reda, Ermiza barulah bersalaman dengan mak mertuanya. Mak su terus memeluk Ermiza agak erat. Ermiza mampu tergamam sahaja. Mak Su sudah berhenti menangis. Seumpama ada satu kuasa sahaja yang membuatkan Mak Su mampu berdiri dan pada masa yang sama Azlan cuba memapah ibunya. Tapi dihalang oleh ibunya. “Mana cucu-cucu ibu?” Mak Su kehairanan apabila melihat cucu-cucu kesayangannya, Fadhil dan Muiz yang sudah lama tidak bertemu tiada. Puas Mak Su melilau sekeliling. Masih tidak ketemu. “Mereka di rumah, orang gaji jagakan. Kalau ibu ingin jumpa esok lepas ibu keluar wad ibu duduk rumah saya ya.” Mak Su hanya mampu tersenyum. Namun senyuman itu tidaklah seperti senyuman yang biasa. Malam semakin larut. Setelah keadaan benar-benar reda Pak Hussin dan isterinya memohon untuk pulang. Puan Norzah juga memohon untuk pulang. Azlan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak membantu. “Syukurlah abang dah balik, sakit ibupun hampir terubat.” Tiba-tiba Zainal bersuara. Azlan hanya mampu tersenyum. Tetapi dia malu kerana tidak menjadi anak yang diharapkan oleh semua.

Sudah sebulan berlalu. Mak Su sihat seperti biasa. Tetapi kali ini kehidupan Mak Su tidak seperti biasa. Mak Su dikelilingi oleh rumah–rumah batu dan tidak lagi dikelilingi oleh pepohon yang merimbun. Azlan membawa ibunya duduk bersama dengannya. Zainal dan Hanis juga turut tinggal bersama. Itupun agak susah memujuk ibunya untuk bersama-sama tinggal dengan Azlan. Kini, Azlan banyak berubah. Ermiza juga sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Ermiza mahu menjaga ibunya selagi hayatnya ada. Bibik juga diberhentikan. Muiz dan Fadhil menjadi pengubat lara Mak Su. Hanis pula bekerja di Mawar Holding, pejabat abangnya. Zainal pula bersekolah di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Zainal semakin tekun belajar dan semakin kuat berusaha demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak. Kini satu perubahan besar telah berlaku. Walaupun terpaksa meninggalkan jiran-jiran lamanya, tetapi kini Mak Su mempunyai jiran yang baru.

Kebahagiaan telah menyinari keluarga Mak Su. Azlan pula tidak mahu melihat ibunya menagis lagi. Azlan juga tidak mahu ibunya menanggung rindu. Biarlah rindu semalam dapat dilupakan oleh ibunya. Kerana rindu semalam telah banyak mengubah hidup keluarganya…

19
Nov
08

Kejadian pelik di rumah sewa di seremban 2

Dipetik dr sebuah group… seram siot…


Subject:
Kejadian pelik di rumah sewa aku di seremban 2

 

BACA TIME KORANG XDER KEJER JER K!!!!
 

Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti..

      Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..

      So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..

      Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..

      Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..

      Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan , sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..

      Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..

      Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.. aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung.. panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar..lagi pun dah nak berbuke dah ni, kang malam aku sambung..
      ***
      Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..
      Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..

      X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..

      Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..

      Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang..

      Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..

      X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..

      Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh… baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..

      Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

      Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de… sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..

      Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik… man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh ni…
      ****
      Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..

      Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..

      Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk..

      Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..

      Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..

      Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak.

      Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..

      Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lg teruk dan membahayakan!
      *****
      Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..

      Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..

      Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..

      Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..

      Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..

      Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..

      Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..

      Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..

      March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tue

19
Nov
08

patut la mahal

Kasut LV lalui 70 langkah pembuatan
Oleh ROSMAWATI MION

TUKANG kasut sedang membuat bahagian atas kasut. lv

TAHUKAH anda, kasut jenama Louis Vuitton (LV) perlu melalui 70 langkah dalam proses pembuatannya sebelum ia boleh dijual kepada pelanggan.

Dan, setiap kali melepasi satu langkah, kasut yang dihasilkan itu juga akan diperiksa kualitinya terlebih dahulu sebelum proses seterusnya dilakukan.

Bukan setakat itu, bagi menjamin kualitinya, LV yang baru sepuluh tahun berkecimpung dalam industri penciptaan dan pembuatan kasut turut mengambil kira perkara-perkara kecil semasa pembuatan produknya agar kasut yang dihasilkan itu sempurna.

Lebih istimewa, kebanyakan proses pembuatan kasut jenama ini dihasilkan menggunakan tangan termasuk memotong kulit pilihan untuk dijadikan kasut.

Menurut Merchandiser Louis Vuitton (M) Sdn. Bhd., Kithelyn Teo, kualiti amat penting sebab itu, setiap kasut yang dihasilkan perlu menjalani proses yang teliti, daripada rekaan hingga kepada pembuatan agar kasut yang disarungkan itu selesa dan terjamin kualitinya.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membuat kasut. Segalanya bermula apabila munculnya rekaan baru. Di LV, enam prototaip akan dihasilkan untuk setiap rekaan. Itu menunjukkan jenama itu cukup teliti dalam menghasilkan satu-satu rekaan terbaru.

Namun kata Kithelyn, paling penting dalam pembuatan kasut sebenarnya adalah kelebut atau acuan kasut. Kelebut kasut akan menentukan keselesaan pada pemakai apatah lagi setiap manusia mempunyai bentuk kaki yang berlainan. Jelasnya, LV membuat kelebut setahun sebelum kasut sebenar terhasil. Kelebut juga tidak akan sama bentuknya bagi tumit rendah dan tinggi.

”Kami menghasilkan 200 kelebut kasut untuk satu rekaan pelbagai saiz. Dan, lebih penting kelebut yang dihasilkan di bengkel kasut LV di Fiesso d’Artico, Venice, Itali, tidak akan diulang penggunaannya lebih daripada enam kali. Maknanya, LV tidak akan membuat kasut menggunakan kelebut sama selepas tempoh itu.

”Sebabnya mudah, jika kelebut kasut yang sama terlalu banyak kali digunakan, bentuk kasut akan berubah. Tentunya, kami tidak mahu ia berlaku,” katanya ketika ditemui di butik LV, Starhill Gallery , di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kithelyn menambah, bagi memastikan semua wanita dapat merasai kenikmatan menyarungkan kasut LV, jenama itu kini turut mengambil kira bentuk kaki masyarakat Asia yang nyata lebih kecil berbanding penduduk Eropah atau Barat.

Justeru, sejak dua tahun lalu, ia juga membuat kasut dengan ‘mengukur’ kaki masyarakat Asia khusus bagi pasaran di rantau itu.

”Langkah ini perlu kerana masyarakat Asia mempunyai bentuk kaki yang panjang dan lebar, sedangkan orang Eropah bentuknya lebih panjang, tetapi tidak lebar. Apatah lagi lelaki yang nyata bersaiz lebih kecil berbanding lelaki barat,” katanya.

Uji kualiti dan ketahanan kasut
Mungkin setiap syarikat atau jenama mempunyai cara tersendiri untuk menguji kualiti kasut keluaran mereka, selain keselesaan kala disarungkan di kaki.

Bukan hanya kasut yang telah siap dihasilkan akan diuji kualitinya, tetapi kulit yang digunakan untuk membuat barangan itu juga turut dinilai ketahanannya. Apa yang dilakukan, kulit tersebut akan ditarik menggunakan alat khas selama tujuh hari untuk mengetahui sama ada ia tahan lama atau sebaliknya.

Malah, setiap satu kasut yang dihasilkan akan dipastikan mempunyai kualiti yang sama, apatah lagi jika ia merupakan rekaan serupa.

”Setiap pekerja di kilang LV cukup mahir dalam pembuatan kasut dan sudah lama berada dalam bidang tersebut kerana melakukan kerja yang sama sejak muda.

”Malah, jika terpaksa menggunakan gam terutama untuk lapik di bahagian dalam kasut, mereka akan pastikan pengguna tidak akan ternampak gam tersebut dan pentingnya kaki terasa selesa tanpa perlu bimbang ia tercabut,” ujar Kithelyn.

Biarpun selepas setiap langkah akan ada pemeriksaan kualiti dilakukan, LV masih lagi inginkan kepastian bahawa kasut rekaannya cukup berkualiti dan selesa dipakai.

Untuk itu, sebelum dijual, LV akan melakukan dahulu proses menyedang menggunakan model yang mempunyai kaki sempurna.

Cara itu katanya, bagi melihat kualiti kulit yang digunakan untuk kasut tersebut tahan jika dipakai dan selesa juga andai disarungkan di kaki. Selain itu, ia dapat juga menguji kekukuhan tumit kasut berkenaan.

19
Nov
08

Pengasas Yahoo letak jawatan

yahoo

GAMBAR fail ini menunjukkan Yang (kiri) bersama Filo (kanan) di Las Vegas pada 7 Januari lalu.

 

SAN FRANCISCO – Pengasas bersama enjin carian Yahoo di internet, Jerry Yang yang menolak tawaran pengambil alihan sebanyak AS$47 bilion (RM169 bilion) daripada Microsoft kini dalam proses meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Yang berumur 40 tahun mengambil alih jawatan (CEO) setahun lalu dan akan kekal memegang jawatan itu sehingga penggantinya diperoleh.

“Yang dan Lembaga Pengarah telah mengadakan dialog berhubung waktu penggantian dan kita semua bersetuju bahawa kini adalah masa sesuai untuk melakukan peralihan CEO baru,” kata Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.

“Kami berasa terhutang budi kepada Yang dan sumbangannya sebagai CEO sejak 18 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Yahoo, Yang yang mengasaskan enjin carian itu pada 1995 ketika berumur 26 tahun bersama rakan sekelasnya, David Filo dari Universiti Stanford.

Yang kemudian menjadi bilionair apabila syarikat itu disenaraikan pada tahun seterusnya. – AFP

19
Nov
08

Hukum mewarnakan rambut dan uban

Assalammualaikum w.b.t.
 
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.
 
 
 
 
 
Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.

Nukilan : Muhammad Nazir

18
Nov
08

petua mudah tido

Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.
Biasakan tidur mengikut jadual.

 

Buat satu peraturan yang tetap. Contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan sebagainya.

 

Tidurlah dalam suasana dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.

 

Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang, tetapi tidak menghilangkan kepenatan.

 

Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.

 

Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih kualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

 

Bangun tidur beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

 

Berdoa agar dapat tidur malam, seperti doa diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Zaid bin Thabit, diriwayatkan at-Tabrani dan Ibnu Sunni: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”