27
Dec
07

Kisah tuan puteri

Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Leman Ibnu Arshad Shah. Sultan Leman amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka.

Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.

Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi.

Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding.
Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba2 kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Leman.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri tuanku adalah .. . . . .. . . . . . . . . .

Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Puteri Bunian?.. Puteri Gunung Ledang?.. putri Buluh Betong?… .CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! ! ! ! ! ! ! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku… … (Jawap Temenggung terketar-keter) . Anakanda Tuanku adalah… … … … … …

Temenggung : PUTERI UMNO tuanku . . . . . . .


0 Responses to “Kisah tuan puteri”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,446 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

sapa tu


%d bloggers like this: