04
Jan
08

[Duka hati seorang Isteri]

Ini adalah kisah novel pendek…

“Maafkan abang, sayang.” Remuk hati seorang isteri dikala suami yang
selama 10 tahun menjadi cinta agung dalam hidupnya akhirnya mengakui
akan hubungan terlarang yang kini menjadi alunan hidupnya. Sungguh tidak
kuduga… inikah balasan yang kuterima atas setiap bibit cintaku padamu
suami? Perlahan-lahan kuusap airmata yang mengalir. Kehangatan air
mataku meneyelinap kedalam diri.

Sayang kasihmu abang sudah tidak sehangat ini. Perlahan suamiku
melangkah keluar dari kamar yang menjadi saksi cinta kami selama sepuluh
tahun ini. Kurenung langkahnya yang perlahan. Tidak sedikit pun abang
menoleh kembali. Seolah-olah di dalam hati cinta kita sudah tidak
bersisa lagi.

Malam yang sunyi ini menjadi saksi akan hancurnya hati seorang wanita
yang bergelar isteri. Kadangkala aku sendiri tidak yakin dengan dirimu
abang. Hanya kerana asmara yang singkat, abang lupa akan cinta yang
sedekad waktu ini. Abang lupa di gerbang perkahwinan, susah senang kita
bersama. Di saat adik-adik abang memerlukan wang untuk perbelanjaan
sekolah, kita suami isteri menguis saki baki simpanan yang ada untuk
membantu adik abang. Di saat-saat abang kemalangan yang nyaris meragut
nyawa , siapa yang setia menemanimu siang dan malam? Ingatkah abang akan
janjimu ketika abang terselamat dari maut? Ketika Abang mengenggam jari
Sayang dan Abang bisikan betapa abang bersyukur kerana diberi peluang
kedua untuk bersama sayang.

Betapa abang rasa hidup abang lebih lengkap kini kerana baru ketika ini
abang tahu nilai kasih sayang yang abang takut abang sudah tidak mampu
kecapi lagi. Selama 2 bulan, abang berulang-alik ke hospital untuk
rawatan lanjutan. Selama itu , Sayang rasa bertuah kerana dapat berbakti
padamu, Abang. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi buatmu.

Sayang ikhlas membantu mu, Abang. Selama ini sayang ikhlas menjaga makan
minummu. Sayang jujur dalam membina jambatan kasih kita. Mungkin ada
waktunya, sayang terleka dalam melaksana tanggungjawab isteri. Sayang
sedar ada masanya sayang sendiri melukai hatimu. Dan Sayang hargai
toleransimu. Sesunguhnya toleransi dan kasih sayang abang adalah 2
perkaran yang sentiasa
membuatkan hidup Sayang seunik-unik kehiudpan. Sayang bahagia. Dan
kerana itu sayang tak meragui Abang. Tidak dalam secubit waktu pun. Tapi
Sayang silap abang. Rupanya kasihmu layu juga.

Sekali lagi air mataku gugur. Kurenung surat permohonan abang untuk
menikah lagi. Kutatap perlahan-lahan permohonan yang masih kemas
kugengam. Memang dalam hidup seorang isteri seperti Sayang, poligami
adalah seperkara sayang takuti. Sayang takut bila isteri abang dua
..kasih abang satu. Dan Sayang takut jika kasih yang satu itu bukan
milik Sayang lagi. Abang malam ini abang mengaku akan hubungan yang
selama ini tidak sayang ragui. Sayang ikhlas dengan bantuan abang.
Sayang bangga kerana punya suami sepertimu abang. Suami yang bukan
sahaja penyayang malah seoarng lelaki yang mudah simpati pada orang yang
memerlukan. Dan dikala Farah yang waktu itu datang menangis-nangis
kerana sudah tidak betah hidup terseksa bersama suaminya,
kita bantu Farah dan anak-anaknya.

Selama 3 bulan, kita suami isteri membantu Farah kenalan Sayang di
Universiti dulu. Kita sediakan keselesaan untuk Farah anak-beranak di
rumah sewa kita. Kita bantu Farah dengan menempatkan Farah di tempat
Abang makan gaji. Dan Anak-anak Farah Sayang jaga di waktu siang.
Mungkin kerana ketidakhadiaran cahaya mata dalam kamus hidup kita,
Sayang menerima anak-anak Farah seperti anak sendiri. Selama 3 bulan itu
Sayang bahagia kerana pertama kali dalam hidup sayang, Sayang dapat
menjalani kehidupan seorang ibu. Di waktu Farah rasa terancam dengan
ugutan suaminya, Sayang bangga abang berani melindungi Farah dan
anak-anak. Betapa di kala itu, abang bagaikan wira dahulukala. Di saat
Farah merasai hidupnya musnah dirobek suaminya, Sayang beri Farah
Harapan. Sayang tiupkan semangat. Segala-galanya demi nilai satu
persahabatan. Tapi cermin persahabatan itu remuk berderai. Malah hati
seorang wanita ini lebih terluka bila wanita yang menjadi dalang cinta
kami adalah Farah.

Sampai hatimu Farah, madu yang kami beri tapi racun yang kau balas.
Rupanya kasih sayang yang kucurahkan pada anak-anakmu kau balas dengan
belaian manja pada suamiku. Apa dosaku padamu Farah? Kata orang bertepuk
sebelah tangan tak akan berbunyi. Mungkin salahnya datang dari suamiku
tapi tak bolehkah kau fikirkan akan nilai persahabatan kita? Dan kerana
persahabatan itu tak mampukah kau menolak suamiku jauh dari hidupmu?
Tidak pernaha dalam sekelumit aku waktu, kupinta darimu untuk melayan
suamiku sebegitu rupa.
Tidak Farah! Tidak. Tidakkah kau sedar kau masih isteri orang. Proses
ceraimu masih belum sampai jauh talak. Kau masih isteri orang Farah.

Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Segera diriku yang kusut itu
diperkemaskan. Tiada apa yang mampu kuucapakan lagi. Kukutip permohonan
suamiku dari atas katil. Perlahan aku melangkah keluar dari bilikku. Di
kala itu kulihat suami sedang leka dibuai perasaan. Di atas Sofa empuk
itu, Suamiku cuba memikirkan keserabutan hidup. Kuhampiri suamiku. Di
kala itu pandangan kami bertemu. Jika semalam, pasti ada gelora asmara
cinta bila pandangan kita bertaut tapi malam ini…….pertama kali
sayang rasakan pandangan kita kosong. Keruh sungguh wajahmu abang.
Lembut Suamiku menarikku kesisi.

“Abang… Sayang cuma mahu tahu seperkara darimu abang.
Berterus-teranglah walaupun ianya paling pahit untuk diterima. Apa yang
abanag cari pada Farah?

Apa yang membuatkan Farah lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?”

Sakit hati ini bila kata-kata itu meluncur dari bibirku. Tidak dapat ku
bayangkan kekecewaan yang melanda. Perlahan kuamati suamiku. Abang
walaupun hakikatnya kita belum bermadu, Sayang sudah merasakan peritnya
kehilanganmu.

“Abang berdosa padamu, Sayang. Dan Abang tak salahkan Sayang kerana
membenci Abang. Cuma Abang rasa Farah perlu dilindungi. Dan Abang
simpati pada Farah yang tak memiliki bahagia.” Dalam saat-saat sebegini
Farah masih dihatimu.

“Tapi kenapa sampai ada keterlanjuran berlaku?”

“Abang lelaki punya keinginan .. punya kemahuan…” Walaupun payah,
Abang masih memenangi dirimu. Abang.. Abang.. Aku mengeleng sendirian.
Sayang semakin tidak mengenali dirimu kini. Air mata sudah makin murah
untuk menagalir. Tapi Sayang akan kekal kuat. Sayang masih kekal kuat
seperti
dahulu.

“Bagaimana halal dan Haram Abang?” Aku masih cuba berlaku tenang. Aku
kalau boleh mahu Suamiku sedar keterlanjuran yang berlaku. Suamiku
terdiam. Dia semakin resah.

“Abang dah bertaubat , Sayang. Dan kerana itu Abang mahu
bertanggungjawab atas keterlanjuran kami.” Mudah sungguh Abang membina
alasan. Indah sungguh takrifan bertanggungjawab dan taubatmu. Aku
tersenyum sendirian.

“Abang masih belum jawab soalan Sayang. ? Apa yang membuatkan Farah
lebih bernilai dalam hidup Abang sekarang?” Antara dengar dengan tidak
aku cuba mendapatkan kepastian.

“Farah.. Farah..” Suamiku resah. Kata-katanya mati. Ada nada-nada
ktidakpastian pada raut wajahnya. Lembut kugenggam tangan suamiku.

“Abang Sayang cuma mahukan kejujuranmu. .” Dengan isyarat mata aku cuba
memberi keberanian pada suamiku untuk berlaku jujur denganku.

“Sayang.. Farah mampu menjadiakan Abang…AYAH. .” Dan aku cuma tersenyum
mendengar alasan suamiku. Seperti yang telah kuduga. Luruh hatiku
mendengar alasannya. Dulu janjimu lain Abang tapi kini..

“Dulu , Sayang izinkan abang menikah lain tapi Abang menolak. Abang kata
biar susah senang kita sehidup semati..hanya ajal memisahkan kita. Tak
akan ada dua atau tiga dalam diri Abang..”

“Sayang… itu dulu.. Abang juga mahukan anak. Hidup abang sepi Sayang
tanpa Anak. Abang tahu sayang tak mampu.. Tapi Abang berkebolehan
mendapatkan anak.” Aku semakin sakit mendengarnya. Abang hina kecacatan
hidup ini. Abang ungkit kekurangan diri ini.

“Kalau anak yang abang mahu, Nikahlah Farah. Gauli farah setelah Farah
Halal buatmu.” Segera aku bangkit dari duduku. Dengan kekuatan yang
masih berbaki, ku pandang suamiku sebagai pandangan terakhir. Hati ku
sudah terluka abang.

Sayang boleh terima kalau abang pilih Farah sebagi madu Sayang tapi..
yang tak mampu Sayang terima ialah.. layanan haram Farah buat Abang
dikala Sayang sedang menjaga anak-anaknya. Hancur hati ini Abang.
Biarlah kisah cinta kita terkubur disini. Kuhulur salam terakhir buat
suamiku. Kukucup suamiku dan kubisikkan padanya…

“Tapi Abang Sayang tidak mampu membuang hubungan haram abang dari kaca
mata Sayang. Bebaskan Sayang..” Tersentak suamiku.

“Nanti Sayang…” Suamiku menarikku hampir padanya.

“Abang perlu bertanggungjawab terhadap Farah. Berikanlah Farah
kebahagian yang ingin Abang berikan. Jadilah Abang Ayah sepertimana yang
Abang impikan. Cuma.. Sayang tak mampu berkongsi kasih lebih-lebih lagi
bila Sayang fikirkan hanya kerana 3 bulan perkenalan.. Abang lupakan
Sayang. Hanya kerana 3 bulan pertemuan Abang musnahkan kepercayaan
sayang dan Hanya kerana 3 bulan simpati Abang buang halal haram satu
hubungan. Dan Sayang tak mahu anak-anak Sayang ada ayah seperti itu..
Maafkan Sayang,Abang. ”

Perlahan-lahan aku melangkah pergi jauh dari suamiku. Tiada tolehan
kedua buatnya. Tiada lagi simpati buatnya. Yang ada cuma ….janin
berusia 2 bulan yang menjadi lambang kasih kita. Itulah kebesaran tuhan
Abang.

Assalamualaikum suamiku.


0 Responses to “[Duka hati seorang Isteri]”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: