09
Jan
08

sepandai² tupai melompat…

JOHOR BAHRU: Dua pasangan, termasuk seorang pemuda
yang mengambil kesempatan melakukan maksiat ketika
ibunya bekerja syif malam dicekup penduduk dengan
bantuan polis di sebuah rumah di Kampung Kangkar
Tebrau Baru, di sini, kira-kira jam 7 pagi kelmarin.

Lelaki berusia pertengahan 20-an yang bekerja sebagai
operator pengeluaran di sebuah kilang itu didapati
berpakat dengan seorang lagi penyewa di kediaman
terbabit, bagi melakukan perbuatan terkutuk dengan
pasangan masing-masing.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu membawa masuk dua
gadis berusia dalam lingkungan 20-an ke kediaman
berkenaan pada awal pagi, bagi mengelak perbuatan
mereka itu terbongkar, tambahan pula ketika ketiadaan
ibu seorang lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral lelaki berkenaan
dapat dihidu beberapa penduduk berhampiran selepas
ternampak beberapa kasut wanita di luar rumah itu.

Pemilik kediaman itu, Rogayah Abu Hassan, 55, berkata
dia yang menyewakan kediaman itu kepada keluarga
pemuda berkenaan sejak setahun lalu, terkejut dengan
tindakan pemuda itu.

“Saya yang tinggal di Taman Molek dihubungi beberapa
penduduk dari perkampungan itu memaklumkan mengenai
perbuatan kedua-dua pemuda berkenaan sebelum kami
sekeluarga mengambil keputusan untuk menghubungi polis
dan JAJ.

“Biarpun pada awalnya berdegil untuk membuka pintu
apabila beberapa anggota polis dari Balai Polis Taman
Setia Indah dan penduduk kampung mengetuk pintu
kediaman berkenaan hampir 10 minit, pemuda itu
kemudian membuka pintu dalam keadaan terkial-kial,”
katanya.

Rogayah berkata, pemuda itu keluar dengan hanya
bertuala dan ketika ditanya di mana temannya berada,
dia menafikannya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut pihak berkuasa
mendapati pasangan pemuda itu bersembunyi di belakang
pintu bilik manakala satu lagi pasangan dicekup di
dalam sebuah bilik lain bersebelahan dengan dapur
kediaman.

Menurutnya, dia tidak menyangka pemuda berkenaan
sanggup menjadikan kediamannya sebagai tempat
melakukan maksiat dan mengambil kesempatan ketika
ibunya bekerja syif malam bagi melakukan perbuatan
itu.

“Apa yang kami kecewa adalah tindakan bahagian penguat
kuasa JAJ yang lewat sehingga mengakibatkan kami
terpaksa meminta bantuan polis bagi menahan kedua-dua
pasangan berkenaan.

“Alasan pegawai JAJ ketika dihubungi ialah mereka
kekurangan kakitangan sehingga mengakibatkan penduduk
kampung terpaksa menunggu berjam-jam dengan mengepung
kediaman itu. Kami harap JAJ lebih telus bertindak
supaya dapat membendung kegiatan maksiat, “ katanya
yang membuat laporan polis di Balai Polis Setia Indah,
kelmarin.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan
JAJ, Mohd Nooh Kadri, berkata kedua-dua wanita
berkenaan mengakui teman dua lelaki itu.

Beliau berkata, selepas mendapati mereka bukan muhrim,
polis dan penduduk kampung terus membawa keempat-empat
individu berasal dari Kelantan itu ke Balai Polis
Taman Setia Indah untuk laporan sebelum diserahkan
kepada Pejabat Penguatkuasaan JAJ untuk siasatan
lanjut.

“Siasatan masih dijalankan terhadap perbuatan pasangan
berkenaan berdua-duaan di kediaman itu ketika
ditahan,” katanya ketika dihubungi wartawan akhbar,
semalam.


0 Responses to “sepandai² tupai melompat…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: