09
Jan
08

camni punya laki pun ada….

GEMAS: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya
dirogol di sebuah kebun getah di Felda Sungai Kelamah,
di sini, Ahad lalu, dipercayai sebagai cara
menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan
suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suami
mangsa yang berusia lingkungan 50 tahun hanya mampu
melihat isteri yang baru dikahwininya tiga bulan lalu
diperkosa malah mengambil tindakan pulang ke rumah
dengan membiarkan isterinya menjadi mangsa pemuas
nafsu suspek.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun
dikatakan meminta bantuan seorang lelaki yang juga
rakan suaminya menghantar dia ke Felda Sungai Kelamah
menggunakan motosikal.

Mangsa yang tinggal di Alor Gajah, Melaka dikatakan
terpaksa meminta bantuan lelaki berusia lingkungan 40
tahun itu kerana mahu berjumpa suaminya yang tinggal
bersama isteri tua.

Sebaik tiba di rumah, suami mangsa meminta rakannya
itu menghantar isterinya ke satu kawasan di Felda
terbabit kononnya untuk membincangkan bagaimana
menyelesaikan masalah peribadi antara mereka sementara
dia mengekori dari belakang menggunakan motosikal.

Setiba di tempat kejadian, suspek dikatakan membawa
mangsa ke dalam kebun getah sebelum memperkosa wanita
itu di depan suaminya.

Suami mangsa tidak berani bertindak kerana takut
diserang malah berpatah balik ke rumahnya.

Mangsa yang kemudiannya dihantar pulang oleh suspek
membuat laporan di Balai Polis Gemas berhubung
kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam
Haron, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima
laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan kini dijalankan mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana
jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20
tahun serta sebatan.

Menurutnya, polis belum membuat tangkapan manakala
motif sebenar kejadian itu masih disiasat


0 Responses to “camni punya laki pun ada….”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: