12
Jan
08

Mencuri???

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya  sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak  jugakkan… tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali
(memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi  sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk  menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi…dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..
“Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!”
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler. ..orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata…
“Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh..”
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya…
“Errrr…boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia”
“Balik kaki ayamler…”jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

3 Responses to “Mencuri???”


  1. 1 kantoi
    January 13, 2008 at 1:31 pm

    kosong je…….?

  2. January 13, 2008 at 5:45 pm

    hehehe… sori.. ada kesilapan teknikal…. dah edit balik…tq

  3. 3 princessredtulip
    January 13, 2008 at 7:31 pm

    kelakar, kelakar…. cam citer p.ramlee plak..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,445 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: