13
Jan
08

Nasib Baik

Dalam kehidupan harian masyarakat kita orang Melayu ungkapan “nasib baik” sentiasa saja bermain di bibir.  Apa saja yang kita alami sepanjang hidup kita perkataan itu menjadi ukuran untuk menyedapkan perasaan. “Nasib baik” menjadi penawar kepada apa saja yang kita alami walaupun yang sebenarnya kita “tidak bernasib baik”.  Misalnya dalam satu kemalangan jalanraya kita terdengar mereka berkata, “Nasib baik luka ajer – tak patah…..”  Jika patah pula, “Nasib baik tak mati.”………..malah jika mati sekali pun dianggap masih bernasib baik !  “nasib baik mati – kalau hidup pun buat susah jer…”
 
Dari satu sudut perkataan “Nasib baik” ini bukan saja dapat melegakan perasaan kita atau satu cara mengatasi ketegangan (to release tension); tetapi sebenarnya boleh dianggap sebagai satu tindakan terpuji atau berfikiran positif.  Apabila ditimpa sesuatu musibah, kita tidak lekas gelabah atau merasa kesal,  sebaliknya kita meletakkan diri kita sebagai mereka yang masih ber”nasib baik”.  Saya pernah melawat seorang tua yang sedang sakit terlantar di hospital mengatakan dia bernasib baik kerana anak-anaknya ada………Kalau anak-anaknya tak datang pun dia masih bernasib baik kerana tidak menyusahkan mereka ! .Itu satu cara berfikiran positif……….. 
 
Kebanyakan kita menggunakan perkataan “nasib baik” sebagai satu cara nak menyedapkan perasaan.  Walaupun sebenarnya kita “tidak bernasib baik” kerana ditimpa sesuatu kecelakaan,  namun kita masih berpendapat nasib kita tetap baik tidak mendapat musibah yang lebih teruk.  Seorang perempuan tua yang tinggal bersendirian di sebuah rumah usang memberitahu saya nasibnya baik kerana ada rumah itu (walaupun sebenarnya nasibnya tidak baik kerana rumah itu terlalu uzur).  Ketika ditanya tidak adakah orang yang datang melawatnya, dia berkata “Nasib baik mereka tak datang – kalau datang saya nak jamu dengan apa ?”


0 Responses to “Nasib Baik”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: