16
Feb
08

Macam²

Majlis bandaran guna bomoh

LONDON: Para pegawai Britain mengupah seorang ‘bomoh’ untuk menghalau ‘hantu’ yang mengacau penduduk di sebuah estet perumahan kerajaan di Durham, kata seorang pegawai perbandaran kelmarin.

Keluarga Fallon, yang bercadang hendak pindah dari situ, memberitahu pemberita mereka mendengar bunyi bumbung diketuk, nampak benda-benda berterbangan dan pintu dihempas.

Mereka kemudian memanggil polis. Tetapi polis tidak menjumpai apa-apa.

Oleh itu, mereka memanggil seorang bomoh, Cik Suzanne Hadwin, untuk menghalau hantu itu dan meminta Majlis Perbandaran Easington membantu mereka membayar separuh bayarannya yang sebanyak £pounds;120 ($333).

‘Inilah kali pertama kami memberi bantuan serupa itu,’ kata seorang jurucakap majlis perbandaran. — Reuters.

Tak sia-sia ada ahli bina badan

BERLIN: Sekumpulan 10 orang ahli bina badan di sebuah gim di Jerman menghentikan latihan untuk menolong seorang lelaki yang keretanya termasuk ke dalam parit, kata polis Isnin lalu.

Ahli bina badan itu sedang berlatih di studio kecergasan Explosives di Bad Zwischenahn dekat bandar Oldenburg, barat Jerman, apabila pemandu berusia 38 tahun itu hilang kawalan keretanya, yang kemudian terbabas ke sebuah padang lalu jatuh ke dalam parit sedalam dua meter.

‘Mereka berlari ke tempat kemalangan lalu mengangkat kereta itu keluar dalam masa cuma beberapa minit,’ kata seorang jurucakap polis.

Pemandu kemudian memberi mereka minuman percuma. — Reuters.

Tiada mawar Valentine

RIYADH: Minggu ini, bunga ros merah, yang biasanya menjadi lambang cinta, sukar ditemui di Arab Saudi.

Sebabnya, jabatan pencegah maksiat di negara itu telah mengarahkan semua kedai bunga dan kedai cenderahati supaya tidak menjual bunga ros dan barangan lain yang berwarna merah menjelang Hari Valentine esok.

‘Mereka (pegawai pencegah maksiat) telah melawat kedai kami semalam (kelmarin),’ kata seorang seorang penjual bunga yang ditukil oleh akhbar Saudi Gazette.

Akhbar tersebut berkata tindakan pegawai maksiat itu bukan satu perkara baru kerana kerajaan Arab Saudi memang tidak menggalak rakyatnya menyambut Hari Valentine.

Ini kerana sambutan itu dilihat sebagai hari yang menggalak hubungan bebas antara lelaki dengan wanita bukan mahram. — Reuters.

Pergi lelaki, balik jadi wanita

AUSTRIA: Seorang pegawai tentera Austria mengejutkan rakan bereknya apabila beliau kembali daripada percutian sebagai seorang wanita.

Pegawai itu sebelum ini dikenali sebagai Gregor.

Selepas menjalani pembedahan jantina, beliau menukar namanya kepada Jasmin.

Ketua staf tentera di tempat beliau bertugas bagaimanapun berkata Jasmin akan dibenarkan bertugas seperti biasa.

‘Kami menerima keputusannya menukar jantina dan menganggap ia sebagai satu keputusan peribadi,’ kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Encik Ute Axmann. — Agensi.


0 Responses to “Macam²”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,445 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

sapa tu


%d bloggers like this: