16
Feb
08

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Isteri Naik Darah

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Isteri Naik Darah

1. menghina bentuk tubuh atau masakan isteri .. eh yang, besarnye paha you. mcm paha gajah. atau eh yang u masak kari ke u masak air ni?

2. mengganggu isteri yg sedang sebuk di dapur sediakan sarapan dia atau dipejabat atau di sekolah … yang, ambikkan towel kat i jap, yang seluar i mana, yang ksut i dah lap, yang bfast i dah siap? kalo bini tgh meeting, jap jap dia buat miss cal. ada kot dkt 20 kali.

3. terlalu cerewet dgn keadaan rumah. bila rumah berselerak, laki marah, bila bini kemaskan dia tak puas hati. so dia pon kemaskan rumah tapi ini periok bila beli, kenapa tak pakai?, ini mana u dapat, ini kenapa simpan sini, ambikkan tangga, ambikkan plastik ambikkan kayu. semua arah saja tapi dia mengemasssss!

4. lepasbaca suratkabar takpandai lipat. tido atas kerusi, suratkabar bersepah ditiup kipas. anak dtg koyak. bila dia bgn tido, mama nye kenapa awak tak tgk anak ni. habis dikoyak s/kabar saya. blom abis baca lagi.

5. nak makan itu ini tapi tak bagi tahu awal2. tau tau balik pejabat, tanya mama awak masak kari ayam ke daging ari ni. saya lapar ni. sdgkan smlm masa pi market ajak beli ayam dia kata tak leh mkn, virus burung skrg, so beli ikan je. dia kata ikan kembung ni masak kicap sedapppp.

6. bila nak jalan mana mana, dia siap dulu, pastu main game, dah puas main dia pon cakap u nak keluar tak? kalau nak cepatlah siap. bila kita tgh bersiap dia pon bebel, anak ni blom salin lagi. u buat apa. bersiap apa dr tadi. sdgkan baru 5 minit dia suruh kita siap. kalau kuar pakai bra ngn suar dlm je cepatlah.

6.kalau bab nak pinjam duit kat mak adik kat kampung, mesti dia suruh bini yg buat call. pastuh bila bini dok mengayat adik mak nak meminjam duit, dia dok sebelah dok tanya dapat ke tak dapat ke tak?

7. dia komplen nape u tak pakai lipstick kuar ni, pucat je bibir u. tp semalam masa bini dok test lipstick baru dia kata nak beli lagi, thn lepas dah beli nak beli lagi. bak sini duit tu saya beli top up nak sms makwe saya.

8. dia bawa balik anak2 ngn bini dulu ke rumah,pastuh dia kata awak masak sedap2 ari ni. anak2 saya tido sini mlm ni. esok awak buat bfast special. tp duit dapo dia kasi 100 je sebln sbb dia sorang je mkn, yg lain tu anak2 awak yg ramai. awak tanggung sendiri.

9. awak dpt gaji nanti belikan saya suar dlm ek. suar saya dah kecik. bila bini belikan dia tak pakai. bila bini tanya, dia kata awak beli yg kat mydin, mana ada taraf. low quality. saya nak yg jual kat sogo ke klcc ke apa ka.

10. bila bini tgh mandi, dia jerit, cepatlah skit saya nak berak ni. pastu bila bini kuar, dia kata lain kali mandi tu cepat2 skit. sapa nak byr bil air byk2? saya nak mkn awal ari ni. awak lom siapkan sarapan lagi.

11. bila time nak sembahyang, dia jln dulu. bini tgh ambik wuduk dia dah takbir. bila bini masuk dia dah abis satiu rakaat. bila abis bagi salam jer dia pon bebel, lain kali kalau nak jemaah ngn saya, tv tu bunyi je azan, terus pi ambik wuduk, tp masa azan tu bini tgh basuh berak anak. gamaknya kalau tinggal jer anak ngn bontot bertaik tu lagi afdal kot.

12. bini tgh tido, sbb demam, dia kacau. eh bgn lah. jgn malas sgt. sbb awak tido tu lah sakit awak tak baik. tp masa dia sakit, sikit2 suruh bini ambik tu ini. mcm raja gopal lak. nak ambik tisu pon tak leh, nak sapu minyak angin ke idung sendiri pon tak leh takut tgn bau minyak kpk. pastuh siap order lagi ubat mahal, ubat td tak bagus.koman.

13. bila bini buka topik nak tanya laki jer, laki dia cepat2 potong, alah u apa tau. i dah lama beranak. kuar dr perut mak i, i dah baca 100 buku. u apa tau

14. bila dia dengar org sembang2 psl hal org, dia pon terus tala kat bini dia, u ada ckp kat depa ke tadi yg i suruh u beli suar dlm. kenapa tipah tu cite ngn minah dia beli suar dlm kat laki dia? awak cite ekkk? tu sbb dia org perli saya.

15. awak ni bawak keta tu baik baik skit. keta tu besar. awak biasa bawak keta kecik je. hand brake dia lain tak mcm kenari awak, ini odysesy, besau ooo., tapi keta tu bini yg beli, bini bawak relax jer, parking pon no problem tp member nak parking jer asyik tertekan hon hahahah.

16. awak ni masih ingat ex awak kan saya taulah. sbb tu awak tak nak mengandung anak saya. sdgkan saya tu kerja pon tak ada. mulut pon bini suap mkn suruh tambah umat lak.

17. bila anak buat perangai laki dia kata, keturunan apa lah anak awak ni. saya tak penah jumpa lagi. kenapa awak tak buang je anak awak ni, menyusah saja. bila bini jwb dia kata lak, saya tau dah awak mesti ckp mcm tu. bila saya belasah budak tu awak kata saya zalim tak syg anak awak. tapi hakikatnya lps kawin dulu dia kata kita sama sama jaga anak2 kita ye sayang yerrr hehehehehh.

18. offer harta benda duit bini pd kawan2 dia. korang nak apa lagi mailah sini. bini aku punya brg byk. pastuh org yg minjam tu siap ckp lak, laki ko tak mintak pon ko lak yg sebuk2 mintak. aku punya suka ler nak pulang ke tak nak. hahahaha


0 Responses to “Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Isteri Naik Darah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,445 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

sapa tu


%d bloggers like this: