12
Apr
08

Saya Tak Suka Awak

Saya Dapat Satu Panggilan
Dari awak yang saya tak pernah kenal
Kononnya ingin mengenali rapat

Pulang dari kerja
Awak pintas jalan saya
Kononya nak ajak minum sempena hari kelahiran saya
Entah dari sumber mana awak tahu
Awak dan kawan saya mula desak
Akhirnya saya terima
Kita minum petang
Tapi hanya awak ngan kawan saya je cakap
Sementara saya hanya diam
Sebab saya tak suka awak

Mulai ari itu
Bagaikan satu kewajipan
Awak akan menghubungi saya setiap hari
Dalam tempoh yang agak kerap
Saya layan acuh tak acuh
Sebab saya tak suka awak

Awak sering kunjungi saya di opis
Awak tahu saya tak suka
Tapi awak bagaikan tiada rasa
Terus kunjung tak putus asa
Hubungi saya tak kira masa
Saya marah awak, awak buat tak tahu jea
Sebab awak pun tahu, saya tak suka awak

Akhirnya awak luah rasa
Kata awak saya istimewa
Inginkan tempat di hati saya
Tapi awak pun tahu
Yang Saya tak suka awak

Walau tak diberi peluang
Awak tetap menunggu
Awak kata awak tak kisah
Walau apa jua tindakan dan ekspresi wajah saya
Awak terima ngan tenang
Dan wajah awak tak lekang dari senyuman

Adakala saya terfikir
Wajarkah tindakan saya
Keterlaluan kah saya
Selalu marah awak tapi awak tetap jea ‘cool’
Tapi ini semua kerana
Saya tak suka awak

Akhirnya saya buat keputusan
Melarang awak hubungi dan kunjungi saya
Awak tetap hubungi dan kunjungi saya
Tapi kali ini tiada balasan dari saya
Walau rakan menasihati akan tindakan saya
Saya tetap berkeras
Sebab saya tak suka awak

Bulan berganti bulan
Awak mula kurangkan aktiviti awak
Kunjungan yang tidak berbalas semakin berkurangan.
Tapi awak tak tahu,Awak jea yang tak nampak saya
bila awak pergi saya ader perhati awak
Langkah awak layu, sesayu hati awak
Maafkan saya.

Tahun berganti tahun
Tiada lagi kunjungan dan deringan tepon dari awak
Tapi saya tahu, awak risik khabar saya dari teman
Sebab awak tak tahu, kawan saya bukan boleh simpan rahsia pun

Menjelang syawal, entah kenapa saya teringat awak
Teringat akan sikap saya yang negatif terhadap awak
Walau negatif awak tetap balas positif
Tinggi betul kesabaran awak

Dan malam itu untuk kesekian kali
Saya hubungi awak,
Mohon ampun dan maaf
Moga ramadhan berlalu dengan penuh keberkatan
Walau dingin balasan awak
Saya tetap bersyukur
Salam saya bersambut
Silap saya diampun
Namun tetap saya rasa
Dingin awak mengundang malu di sudut hati saya

Dalam kemeriahan syawal
Saya terima panggilan
Saya agak kaget
Nak jawab ke tak jawab
Dan deringan itu bagaikan tak lelah bernyanyi
Akhirnya saya jawab
Sebab panggilan itu dari awak

Dengan penuh kematangan
Awak pinta pertimbangan
Saya kalah ngan usaha awak
Saya beri peluang tapi dengan jelas
Saya tetap tak suka awak

Dengan penuh kesabaran
Awak isikan peluang
Dengan kelebihan awak
Kali ini awak hadir dengan seribu kematangan
Tiada lagi paksaan dan rengekan bak anak kecil
Sebaliknya awak gunakan diplomasi
Sebagai pemangkin satu hubungan

Adakalanya ketulusan awak dibalas dengan kemarahan saya
Dan adakalanya saya sendiri tak tahu apa motif kemarahan saya
Mungkin sebab saya tak mahu mengakui
Yang saya mula dah sukakan awak.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan
Awak manjakan saya dengan kasih dan sayang
Kasih sayang yang penuh penghormatan
Kerna sepanjang perhubungan ini
Tak pernah tangan ini awak sentuhi

Dalam samar lamaran diterima
Tempoh setahun ikatan janji
Sambil mencari keserasian diri
Akhirnya Jun jadi saksi
Status kini bertukar lagi
Dari solo menjadi seorang isteri

Dan kini awak tersenyum,
Suka mengusik suka mengejek
Kisah lalu awak jadikan bahan
Buat saya nak marah awak
Namun kekadang lucu terselit di hati
Tak sangka yang awak kini bergelar suami
Pada saya yang keras hati

Hari ini 2 puteri menjadi penyeri
Menjadi penghibur dan penglipur ayah dan ummi
Rasa bahagia dan terharu di hati
Awak ringan tangan tak mengira hari
Buat saya senang hati

Tangisan 2 puteri mengamit diri
Rupanya bercakaran sesama sendiri
Seorang penyabar seorang keras hati
Persis tingkah ayah dan ummi
Awak tenangkan dengan diplomasi
Membuat saya tersenyum sendiri
Tingkah awak tak pernah berubah
Laku awak tetap menyenangkan
Si puteri tenang kembali
Hilai tawa bergema lagi

Kini deringan kembali bernyanyi
Yang pasti nyanyiannya sentiasa disambut
Malah dinanti
Walau berjumpa setiap hari
Awak tak jemu menghubungi
Sehingga saya menjadi bahan usikkan teman seopis
Macam tak jumpa setahun jea kata mereka
Saya tak marah malah kekadang terselit rasa bahagia
Yang tak terluah dek kata kata

Baru sebentar tadi deringan berbunyi lagi
Awak bertanya khabar diri
Alhamdulillah bahagia dan senang hati
Walau kijer banyak sekali
Panggilan awak sering dinanti
Dan saya harap deringan sentiasa menemani
Dan saya tak jemu menanti
Walau usikan sering bergema namun saya seakan lali
Moga mereka turut bahagia dan doakan kebahagian kita
Dunia akhirat kekal abadi.


1 Response to “Saya Tak Suka Awak”


  1. 1 hazdalilayais
    April 22, 2009 at 5:24 am

    salam….1st time sy msuk blog nih…tu pun sbb generated related post kat wordpress tuh..
    just to say…a very2 nice entry…
    especially if this is a real true story….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

sapa tu


%d bloggers like this: