12
Apr
08

Semalam Yang Hilang

Di September ini aku kembali keseorangan …ermmm tiba-tiba rasa rindu yang teramat sangat menerjah hati dan perasaanku. Aku cuba melawan perasaan yang hadir tapi aku sedar aku tidak mampu menipu diri ini bahawa aku merindui Ammar. Terlalu. Hatiku sebak dan aku sedaya-upaya menahan air mataku dari menitis ke pipi. Tidak mahu aku mengalirkan air mataku untuk lelaki yang hanya tahu mempermainkan perasaanku.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke 20 sayang,” ucap Ammar sebaik sahaja aku bertemu dengannya di tempat yang kami janjikan.

“B dah wish Lia dua kali…,” kataku sambil tersenyum malu. Tapi hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku berbunga keriangan semasa buah hatiku itu menuturkan kata-kata tersebut.

“Ermm B nak ucap lagi sekali jugak sebab tak sama ucap mase call dan mase jumpa,”.

“Hehe..thanks. .,” jawabku pendek sambil melarikan anak mataku dari direnung Ammar. Ish malu saya.

Kulihat Ammar ketawa menampakkan lesung pipitnya yang malu-malu timbul di kedua-dua belah pipinya. Mungkin sedar aku malu dengan tindakannya yang setiap kali merenungku, aku melarikan pandangan ke tempat lain. Ammar menghabiskan sisa tawa dan dalam pada itu, aku mengambil peluang memandang sekilas ke arahnya. Aku paling suka tengok Ammar ketawa atau senyum kerana tatkala itu, pasti lesung pipit yang hampir-hampir tidak kelihatan akan menampakkan diri. Huhu hensem gak pakwe aku ni..

Kami berbual kosong bertanyakan keadaan masing-masing. Maklumlah menuntut di tempat yang berlainan dan sibuk dengan tanggungjawab sendiri membataskan untuk kerap berjumpa. Perbualan kami terhenti apabila seorang pelayan wanita datang menghantar makanan dan minuman yang dipesan. Perbualan bersambung semula apabila pelayan tersebut meninggalkan meja diduduki kami.
“Lia…”
“Emmm,” sahutku pendek yang pada waktu itu sedang menggigit straw sambil menyedut fresh orange. Huh sedapnye oren ni. Kena time panas terik macam ni. Nikmat betul…

Aku mengangkat muka apabila sahutanku tiada tindakbalas. Di hadapanku kini dua bentuk cincin di dalam kotak. Aku agak terkejut dengan pemberian tersebut dan kaku untuk mengambilnya. Ammar menanti kotak tersebut bertukar tangan…menanti… masih menanti…empat saat..lima saat dan akhirnya kotak diletakan di atas meja. Ammar maraih jemariku lantas cincin di kotak beralih tempat di jari manis. Aku terpampam tapi dalam masa yang sama otakku menghantar impuls ke bibirku agar menguntumkan senyuman. Satu senyuman ku hadiahkan pada Ammar. Mataku tertancap pada cincin silver belah rotan di jariku dan di atasnya terdapat ukiran “LIA & AMMAR”.

Fuyoo romantik jugak mamat ni. Ingatkan kayu..hehe.

“B pun ade satu tau. Lia pakai satu dan B pakai satu. Lepas ni Lia mesti pakai cincin ni tanda kita ni couple,”. Aku memuncungkan mulut sebagai tanda protes. Kalau peminat-peminat aku nampak gerenti diorang dah tak nak minat aku. Alamak jatuh saham aku….

“Nanti bila ade budak lelaki nak kacau Lia mesti tak jadi sebab nampak kat cincin ade LIA & AMMAR. Diorang tau la yang Lia dah pakwe,” sambung Ammar lagi.

Ish..bukan romantik jer pakwe aku ni tapi ade potensi jadi tukang tilik sebab dapat baca fikiran aku..huhu.

“Boleh pulak cincin ni tanda Lia dah tak available. Orang yang pakai cincin tunang tu pun boleh putus inikan pula Lia yang takde ape-ape ikatan dengan B,” aku cuba menduga.

“B tak peduli..B nak Lia selalu pakai cincin ni jugak. Jangan tanggalkan tau,” pujuk Ammar tanda tidak mahu mengalah dengan caraku yang gemar menduga.

Ku tinggalkan petang yang penuh kenangan indah dengan impian agar hubungan antara aku dan Ammar berkekalan. Kata-kata manis sebelum aku berlalu pulang terngiang-ngiang di telingaku.

“B akan sayangi, cintai dan lindungi Lia semampu yang B boleh. B sayang Lia…I love you”

Aku tersenyum seorang sambil memandu Jazz dengan berhati-hati. Dalam pada itu, mulutku terkumat-kamit menyanyikan lagu Because of You nyanyian Kelly Clarkson yang sedang diputarkan oleh deejay.

Because of you I never stray too far from the side walk
Because of you I learn to play on the safe side so I don’t get hurt
Because of you I try my heart to trust not only me but everyone around me
Because of you I am afraid…

Yes..because of you Ammar bukan aje kene sentiasa hati-hati supaya tak cedera tapi juga percaya terhadap diri aku supaya sentiasa yakin. Paling penting percaya pada cinta. Tapi yang afraid tu nape lak ek?? Hurmm whatever laaa…

Kolam mataku yang menakung air dan menanti waktu untuk luruh pecah juga apabila ianya tidak mampu menahan air mata yang sudah berat. Untuk entah yang keberapa kali aku menangis sejak dari pagi tadi. Mataku sudah sembap tapi aku masih belum puas menangis. Teman baikku, Fara sekaligus merangkap teman sebilikku tahu akan keputusan Ammar yang meminta putus dariku. Puaslah Fara melayan hati yang hiba ini dengan kata-kata semangat.

Tapi semuanya bagai angin lalu. Penghujungnya Fara membiarkan aku melayan perasaan dan menangis sepuas hatiku. Malam itu, aku sukar melelapkan mata. Fikiranku melayang memikirkan setiap detik dan waktu yang tercipta antara aku dan Ammar, segala janji-janji dan impian yang kami lakarkan. Segalanya hanya kenangan. Tidak pernah terlintas di mindaku bahawa aku dan dia akan berakhir begini. Tetapi ku kuatkan semangatku bahawa aku mesti menerima kenyataan. “Hidup mesti berani terima kenyataan”.

“Sorry Lia B rase B tak mampu untuk untuk membahagiakan Lia. Lia carilah lelaki lain yang mampu membahagiakan Lia dan semestinya lelaki tu bukan B,”.

“Tapi B ape salah Lia? Jangan buat Lia macam ni. Semua orang buat salah dan Lia tak terkecuali. B kita baiki balik kesilapan kita…B please….,”

“Sorry Lia. Cukuplah setakat ni hubungan kita. B tak sesuai untuk Lia..,”

Kutahan hiba dan tangis yang melanda agar segalanya hanya di dalam hati sahaja. Aku ingin tunjukkan pada Ammar bahawa aku takkan menangis kerananya. Never!! Ku kuatkan hati mengucapkan terima kasih atas perhatian, pengorbanan dan segalanya. Selesai mematikan telefon bimbitku, aku menyembamkan mukaku ke bantal dan menangis. Hanya itu yang mampu aku lakukan kerana sedih yang amat sangat. Hermm…terima jelah. Waaa..

Cincin pemberian Ammar kutatap dan kutarik keluar dari jari manisku. Cincin tersebut sudah tiada maknanya lagi. Kata-kata Ammar pagi tadi bahawa dia tidak mampu membahagiakanku adalah alasan yang tidak boleh diterima oleh akalku. Kepercayaanku pada lelaki luntur buat kali keduanya….

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah…


2 Responses to “Semalam Yang Hilang”


  1. 1 A ZUL
    June 8, 2008 at 5:07 pm

    Kesian Lia..tapi tak pe mungkin ada sayang.

  2. 2 A ZUL
    June 8, 2008 at 5:08 pm

    Kesian Lia..tapi tak pe mungkin ada yang sayang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

sapa tu


%d bloggers like this: