20
Apr
08

Dendam bekas isteri

Mahu bersihkan nama

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: “Saya akan balas dendam.” Demikian kata seorang wanita kepada suaminya apabila dia diceraikan pada 2002, dan wanita itu nyata mengotakan kata-katanya sehingga bekas pasangannya hidup sengsara sepanjang enam tahun lalu.

Disebabkan pelbagai fitnah bekas isterinya yang hanya dinikahi tiga bulan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amin berkata, dua kali dia gagal berkahwin semula dan dia juga tujuh kali bertukar kerja sejak 2002.

Menurut Amin, bekas isterinya, peniaga berusia 30-an, sering menabur fitnah dan memburuk-burukkannya pada orang di sekelilingnya, baik di kalangan rakan sepejabat mahupun jiran.

“Pelbagai perkara negatif dikaitkan dengan saya, kononnya saya mati pucuk, kaki pukul, samseng, gemar beronani, bacul dan tergamak menyerahkan bekas isteri kepada rakan,” katanya kepada Metro Ahad.

Kesan tindakan bekas isterinya, Amin mendakwa hidupnya seperti kera sumbang apabila sering dihina, menjadi mangsa ejekan dan dipulaukan masyarakat setempat serta rakan tempat kerja.

Amin berkata, selepas enam tahun menderita, sampai masanya dia bangkit dan melawan fitnah bekas isterinya yang sampai hari ini belum berkahwin semula.

“Saya mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita yang saya cintai pada Disember depan. Jadi, saya tidak mahu pengalaman pahit lalu berulang.

“Saya tidak kisah lagi apa orang kata apabila mendedahkan kisah hidup pada umum. Saya bukan membuka pekung di dada, tetapi saya tidak sanggup berdepan tekanan akibat perbuatan khianat orang lain.

“Saya di pihak benar dan berharap apa yang dilakukan dapat membersihkan nama saya. Beri saya peluang untuk membina hidup baru,” katanya.

Amin turut membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat bekas isterinya di Balai Polis Bandar Sunway 14 April lalu sebagai langkah ‘melindungi diri’ daripada wanita itu.

Bercerita lebih lanjut mengenai latar belakang perkahwinannya dan tindakan bekas isterinya, Amin memberitahu, mereka berkahwin pada penghujung 2001 kerana pilihan keluarga dan hanya tinggal sebumbung untuk tiga bulan.

“Selepas itu kami membawa haluan masing-masing hinggalah saya membuat keputusan menceraikannya pada 2002 selepas usaha memulihkan hubungan kami gagal,” katanya.

Amin tidak mahu menceritakan lebih lanjut punca perceraiannya kerana menyifatkan ia terlalu peribadi.

“Cukup saya katakan, apabila berkahwin, baru saya tahu siapa bekas isteri saya. Begitupun, saya sedaya upaya cuba menyelamatkan rumah tangga kami, tetapi dia terlalu mendesak meminta cerai.

“Bagaimanapun, ketika proses perceraian berjalan, dia bagaikan tidak mahu melepaskan saya apabila kerap menyatakan masih sayangkan saya.

“Namun, saya tetap dengan keputusan bercerai. Selepas kami sah bercerai, mungkin akibat terlalu marah atau kecewa, dia memberitahu akan membalas dendam terhadap saya. Pada mulanya saya anggap kata-katanya biasa saja, tapi kini baru saya tahu dia bukan main-main,” katanya.

Amin berkata, pada awal perceraian, perasaannya tertekan sehingga terpaksa berhenti kerja dan hidup bagai ‘orang gila’ apabila lebih gemar menyendiri dan berkurung di bilik.

“Selama setahun setengah saya mengambil masa untuk memulihkan diri. Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga, saya akhirnya mampu menerima apa yang berlaku dan melupakan bekas isteri.

“Bagaimanapun, ketika mahu memulakan hidup baru, saya mula mendengar pelbagai umpatan dan kejian masyarakat sekeliling terhadap saya.

“Apabila disiasat, rupa-rupanya bekas isteri yang menyebarkan bermacam-macam fitnah,” katanya yang kelihatan sugul ketika menceritakan perbuatan bekas isterinya.

Amin berkata, bekas isterinya benar-benar menyimpan dendam dan sanggup berbuat apa saja untuk mengkucar-kacirkan hidupnya.

“Lebih mengejutkan, dia tergamak berkomplot dengan kawan baik dan anak saudara saya yang saya halau dari rumah kerana mencuri wang.

“Lantaran dendam, mereka menabur fitnah di kalangan jiran tempat tinggal dan tempat kerja saya dengan pelbagai kutukan yang menjatuhkan maruah saya.

“Saya faham jika bekas isteri dan anak saudara menyimpan dendam terhadap saya, tetapi saya keliru mengapa rakan yang sering saya bantu ketika dalam kesusahan dulu turut sama memfitnah saya,” katanya.

Amin berkata, akibat sering dicemuh masyarakat sekeliling, dia hidup tertekan dan terpaksa berhenti kerja untuk mencari ketenangan.

“Yang saya pelik, setiap kali bertukar kerja di tempat baru, saya turut berdepan situasi sama, sering dipandang serong dan menjadi mangsa ejekan. Apabila disiasat, rupa-rupanya bekas isteri masih memantau perkembangan hidup saya.

“Dia menabur fitnah di tempat kerja baru saya untuk membuat saya terus hidup tertekan hingga terpaksa berhenti. Kesudahannya selama enam tahun, saya bertukar kerja tujuh kali,” katanya sambil mengesat mata yang berair.

Menurut Amin, perbuatan bekas isterinya yang disifatkan paling keji menghancurkan impiannya untuk membina hidup baru dengan wanita pilihan hatinya.

“Pada 2003, keluarga saya mengatur supaya saya berkahwin. Usaha itu sampai ke tahap merisik dan perancangan untuk pernikahan dibuat.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, tiba-tiba wanita yang ingin saya kahwini memutuskan hubungan. Keluarganya juga tidak mahu saya berjumpa anak mereka lagi tanpa alasan kukuh,” katanya.

Amin mendakwa, apabila diselidiki, dia mendapat maklumat bekas isterinya bertemu bakal isterinya dan membuat fitnah kononnya dia mati pucuk dan suka pukul isteri.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila bakal isteri saya termakan cerita fitnah itu, walaupun hakikatnya saya bukan lelaki sedemikian,” katanya.

Menurut Amin, pada 2004, sekali lagi dia bertemu calon isteri dan merancang berkahwin, malangnya hubungan itu terputus setahun kemudian dan hasrat untuk berumahtangga tidak kesampaian.

“Situasinya sama seperti tahun sebelumnya. Tiba-tiba teman wanita saya menjauhkan diri. Alasan diberi ialah keluarganya tidak suka.

“Saya hairan dengan alasan itu kerana sepanjang setahun kami berkawan, keluarganya baik dengan saya dan tidak menghalang hubungan kami. Rupa-rupanya, mereka termakan fitnah yang disebarkan bekas isteri saya yang berani bertemu keluarga itu,” katanya.

Amin berkata, fitnah yang ditabur bekas isterinya bukan setakat menjadikannya mangsa, malah kakaknya turut menjadi sasaran.

“Kakak saya hampir tidak jadi berkahwin gara-gara fitnah bekas isteri saya. Keluarga pihak lelaki mengaku dihubungi bekas isteri saya yang beria-ia cuba meyakinkan mereka supaya tidak memilih kakak saya sebagai menantu, kononnya kerana keluarga kami bukan orang baik-baik.

“Bekas isteri saya menyebarkan pelbagai cerita negatif mengenai diri saya sehingga keluarga bakal suami kakak saya hampir terpengaruh. Mujur mereka memahami dan menerima penjelasan keluarga saya,” katanya.


0 Responses to “Dendam bekas isteri”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,466 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

sapa tu


%d bloggers like this: