23
Apr
08

Menjaga persahabatan

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan
kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir
dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak
semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat
spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah
ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga
atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap
mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri
memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda
kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita
kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang
sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin
menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat
setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia
boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan
membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan,
kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-
mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air.”
Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati
ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat
mati dan membaca Al Quran.”


7 Responses to “Menjaga persahabatan”


  1. 2 Lilo
    April 23, 2008 at 8:38 pm

    keh keh keh.. dah la sumer jenis gurau tahap jari / mulut xde insuran… klau sesapa terasa cek mintak mahap noooo….. kui kui kui

  2. 3 princessredtulip
    April 29, 2008 at 9:52 pm

    awatnyer sumer ada password ni? cak dah bebel-bebel kat lip pasal dia tak leh baca… bukan cak jer.. lip pun tak leh… lip siap kena kutuk ngan cak lagik neh….

  3. 4 Lilo
    April 29, 2008 at 11:38 pm

    nama pun secret mesti la kena boh pasword… klau bagi pasword x nama secret la cayang…. kui kui kui
    sapa terer teka la apa paswordnye… sapa dpt teka jom sushi king… aku blanja… makan sampai pensan.. hahahahaa

  4. 5 anissephia
    May 5, 2008 at 6:01 pm

    password pe ni weh?
    apsal aku blur?

  5. May 6, 2008 at 2:31 pm

    tu.kat atas tu la.
    ada lak password.
    kehkehkeh…..
    bak mai pasword…
    hahahaha……….nak skodenggggg

  6. May 8, 2008 at 1:38 am

    paswed… paswed… sapa dpt teka paswed… aku blanja sushi king…. cepat².. sementara stok maseh ade… keh keh keh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,466 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

sapa tu


%d bloggers like this: