06
May
08

Korban Air Penawar

KANGAR – Anak demam panas, si ibu meninggal dunia.

Begitu nasib seorang guru yang beria-ria membawa anaknya berjumpa bomoh dan mendapat air penawar yang berakhir dengan dia terkorban di Kilometer 29, Jalan Kaki Bukit di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara di sini, Siti Hawanies Mohd. Halid, 31, mati di tempat kejadian manakala anak lelaki tunggalnya, Muaz Yasir, 6, yang demam cedera parah.

Suami mangsa, pensyarah di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah, Yasir Zakaria, 32, berkata, sebelum kemalangan isterinya bersama anaknya telah keluar bersama seorang lagi rakannya ke Batu Bertangkup untuk mengambil air penawar tersebut.

“Arwah bersungguh-sungguh mahu merawat Muaz dengan guna air penawar, tetapi hajat arwah lihat Muaz sembuh tak kesampaian,’’ kata beliau.

Menurut beliau, sebelum kemalangan isterinya ada menelefonnya dan memaklumkan dia akan terus pulang selepas menghantar rakannya di Kaki Bukit dekat sini.

“Siti Hawanies memberitahu dia telah melakukan banyak perkara pada hari tersebut dan akan terus pulang,’’ katanya sedih.

Bagaimanapun katanya, selepas menghantar rakannya itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Beseri Indah di sini, kereta Kancil yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Yasir memberitahu, isterinya yang baru menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke-31 minggu lalu mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan Muaz pula cedera parah.

Ceritanya, beliau semasa kejadian berada di Sik dan menerima panggilan telefon mengenai kematian isterinya 40 minit selepas kejadian.

“Pada sebelah pagi semalam (kelmarin) saya sempat bertemunya sekejap sebelum bertolak ke Sik, Kedah kerana urusan kerja dan tidak menyangka perbualan melalui telefon sebelum kemalangan itu adalah kali terakhir antara kami,” katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Mohd. Diah mengesahkan kejadian itu.

Jenazah guru itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah semalam.


1 Response to “Korban Air Penawar”


  1. 1 Faris
    July 14, 2015 at 9:46 am

    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. dari kawan KYBPP…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,446 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

sapa tu


%d bloggers like this: