20
May
08

Mengizinkan kawan baik jadi madu – Sanggupkah anda?

~~PETIKAN EMEL DR SEBUAH GROUP~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya sekadar ingin meminta pendapat/pandangan teman sekalian.

Saya mempunyai teman baik (perempuan) – akrab sangat yang saya kenal sejak berusia 13 tahun lagi. Sekarang kami sama-sama hampir mencecah 40 tahun. Alhamdulillah saya sudah pun mendirikan rumahtangga tetapi kawan baik saya ni kurang bernasib baik.

Bulan lalu kawan baik saya mengadu, ibunya mengeluh kerana dia masih belum berkahwin. Sebenarnya kami
sama-sama sudah berusaha mencarikan jodoh untuk kawan saya ni tapi memang belum Allah izinkan lagi agaknya.

Terbaru – ibunya jatuh sakit kerana susah hati yang teramat sangat disebabkan kawan saya ni menjadi bahan bualan orang kampung.

Ntah macam mana, saya mendapat ilham untuk membantunya iaitu bermadu dengan kawan baik saya. Rupa-rupanya kawan baik saya juga mendapat ilham yang sama. Saya pun bertanya suami, dia ikut sahaja. Niat saya mengajak kawan baik bermadu dengan saya adalah demi kebaikan ibu dia yang saya sudah anggap seperti ibu sendiri.

Pagi tadi suami bertanya, “Awak pasti kah? Sebab dulu sewaktu saya hendak kahwin satu lagi, awak hampir
membunuh diri.”

Rasa-rasanya saya pasti dengan tindakan saya ni dan yakin ilham itu datang dari Allah. Saya cuma nak minta pandangan kawan-kawan sahaja.

SANGGUPKAH ANDA SEKIRANYA ANDA YANG BERADA DALAM SITUASI SEBAGAI SEORANG ISTERI DAN SEORANG KAWAN BAIK?


2 Responses to “Mengizinkan kawan baik jadi madu – Sanggupkah anda?”


  1. 1 princessredtulip
    May 29, 2008 at 11:28 pm

    fuh… fuh.. fuh… kena tanya anis ni.. sanggup tak bermadu ngan kita lilo… isk isk isk…

  2. June 1, 2008 at 9:27 pm

    ekekekekeekeke… madu ngan anis? kang bakri penin.. bila weekend je kita ber 3 ilang…
    pastu bakri komplen kita abaikan dia… wakakakakakaka


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,532 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

sapa tu


%d bloggers like this: