20
May
08

RUMAHTANGGA : Berikan kekuatan untuk menghadapi.. …..

Salam,
Tuan Moderator di harap dapat merahsiakan identiti saya…
Wahai sahabat sekelian…. berilah saya kekuatan dan kata2 semangat….
Kehidupan saya bersama suami selama 11 tahun dan 2 puteri yang dah berumur 10 & 8 tahun amat bahagia dan saya memang ketahui suami amat menyayangi saya sepenuh hati juga anak2 hingga ke saat ini.  Tidak pernah sekali menghampakan permintaan kami bertiga. Apa yang saya nampak suami seorang yang murah rezekinya… kerana dia tidak pernah sekali lupa menghadapkan diri pada Allah…rajin bersedekah.. .orangnya penyabar, ada sense of humour…sejuk hati memandang wajahnya.
Sikap saya banyak berbeza dengannya , saya sedikit panas baran…kuat berleter…tetapi suami tetap sabar….mendengar leteran saya…Tapi orang kata hidup saling lengkap melengkapi.. ..Bila saya cuba tak berleter kengkadang tu dia yang rindu….
Setiap hujung minggu bila berjumpa kami selalu menghabiskan masa sekeluarga.. ..almaklum saya dan suami jarang dapat berjumpa…. pekerjaan nya dalam industri oil & gas menuntut untuk kami tinggal berjauhan… .pernah paling lama kami berjumpa 2 bulan sekali….Tapi jarak tak pernah memisahkan kami….suami adalah seorang pandai menghargai.. .
Saya bukanlah insan yang sempurna…tapi saya terima Qada’ dan Qadar dari Allah untuk diri saya…Selepas mempunyai 2 cahaya mata saya pernah keguguran 2 kali…sejak itu saya fobia untuk mengandung lagi…Doktor juga tidak menggalakkan saya mengambil risiko yang boleh merbahayakan nyawa saya…
3 tahun yang lepas suami pernah menyuarakan untuk bernikah lagi dengan satu tujuan utk mendapatkan zuriat lagi dan syaratnya saya disuruhkan pilih yang terbaik untuknya…. tapi saya tidak setuju mungkin dan saya suruh dia buat pilihan saya atau calon yang saya pilih….perempuan mana yang sanggup berkongsi kasih….selepas dari saat itu tidak pernah lagi suami menyuarakan hasrat hati…tapi sebagai isteri saya dapat rasakan yang dia terlalu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata lagi……Allah telah memberi kelebihan …dimana saya dapat membaca setiap suara hati suami…
Dalam 6 bulan yang lepas dia telah bersuara lagi tetapi bukan untuk bernikah lagi tapi supaya saya mencari anak angkat lelaki…kalau boleh 2 orang…saya macam tak percaya….tetapi rezeki bukan milik kami…telah 3 kali halangan mendatang… .akhirnya saya pasrah…
Suami pula rajin bermain dengan baby jiran…sanggup dipinjamnya. …sayu hati melihat itu…
Saya cuba mencari kekuatan…perbanya kkan mendekatkan diri dengan Allah disaat org lain sedang nyenyak tidur…perbanyakka n membaca ayat suci alquran…akhirnya pada malam 19 Jamadil Awal baru ini…setelah bersolat maghrib dan membaca surah Yassin…seakan ada satu kekuatan yang luarbiasa datang dlm diri…..Saya cuba belajar utk tidak tamak, tidak penting kan diri sendiri….Semoga Allah terus memberi kekuatan dan jalan yang mudah untuk saya mengharungi hidup ini….Saya sedar saya hanyalah milik Allah yang hakiki begitu juga suami…Impian saya bukan untuk menjadi isterinya di dunia ini sahaja tapi juga di syurga nanti, Insya’Allah. …Cinta kepada Allah adalah lebih Agung dari segala yang ada di dunia ini….Dengan berbekalkan kekuatan yang ada saya menelefon suami pada pagi Jumaat 19 Jamadil awal baru ini saya menyatakan keikhlasan saya mengizinkan utk dia bernikah lagi dengan calon yang saya rasakan sesuai utknya iaitu adik angkat saya sendiri…itulah petunjuk yang saya dah dapat 2-3 bulan yang lepas. Pada malam tersebut orang yang sama juga muncul…. Terpancar wajah bahagia di suami tersayang… .Alhamdulillah. .sekurang2nya saya bahagia dapat memberikan sesuatu hadiah yang tak ternilai buatnya sempena Anniversary kami yang ke 11 pada 31 mei ini.
Suami terlalu banyak berkorban buat saya…Dia juga menghadiahkan sebuah perniagaan buat saya sempena Anniversary kami…tak cukup dengan itu…dia juga membelikan sebuah kereta mewah sebulan yang lalu untuk keperluan saya dan anak2…Kerana tidak sanggup menghampakan harapannya saya korbankan perasaan saya….Semoga pengorbanan saya mendapat keredhaan Allah…dan saya akan berada dikalangan orang2 yang terpelihara imannya…
Cuma disaat ini airmata saya tetap mengalir bila menatap wajah suami…
Wahai teman2 berikanlah kata2 semangat dan kekuatan …Doakanlah kebahagiaan saya dunia dan akhirat….
BAGAIMANA JIKA ‘ISTERI’ ITU ADALAH ANDA?

5 Responses to “RUMAHTANGGA : Berikan kekuatan untuk menghadapi.. …..”


  1. 1 anissephia
    May 21, 2008 at 9:14 am

    pe kes citer poligami jer ni lily???

  2. June 1, 2008 at 9:28 pm

    liku liku kehidupan maaaa….

  3. June 3, 2008 at 11:09 pm

    Atmospheric says : I absolutely agree with this !

  4. 5 Spora
    March 3, 2009 at 12:46 pm

    Saya percaya, sesudah memohon kepada Allah, pasti kehidupan puan dimudahkanNya di masa hadapan. Payung emas pasti menunggu puan di akhirat.
    Baguslah kerana puan yang diberi hak memilih dan membuat keputusan. Cuma jangan jadi seperti satu pasangan yang saya kenali, mulanya izin dan tolong pinangkan tapi lepas tu, dia boikot suami dan madunya. Malang bagi dia sebab suaminya telah pun memulia dan menghargai tindakannya itu tapi dek termakan hasutan syaitan, dia tak mampu melupakan kesakitannya itu. Suaminya fed up dan tak peduli lagi bab-bab nak jaga hati isteri pertamanya tu.
    Kalau nanti puan terasa sakit hati, sabar-sabarlah dan ingat janji Allah untuk hambaNya yang bersabar.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,466 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

sapa tu


%d bloggers like this: