23
Jul
08

Penjara 20 tahun, sebat 20 kali – Rogol, budak lima tahun terkeluar usus ditusuk kayu di dubur

KUANTAN – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta 20 sebatan terhadap K.Kamalason, 47, selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada 25 Disember 2006.

Kamalason didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta maksimum 24 sebatan jika disabit kesalahan.

Beliau didakwa di bawah seksyen tersebut kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tiga bulan semasa kejadian di tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Setongkol dan mengaku bersalah sebaik fakta kes dibacakan.

Menurut fakta kes, mangsa dibawa keluar oleh Kamalason menaiki motosikal selepas bermain bersama rakannya di Bukit Setongkol dekat sini pada kira-kira pukul 6.45 petang, 25 Disember 2006.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah tanah perkuburan Cina dan dirogol dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam keadaan cedera teruk.

Kanak-kanak malang itu pada hari yang sama kemudiannya ditemui oleh seorang anggota polis di tanah perkuburan tersebut dalam keadaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Hasil laporan perubatan HTAA, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala kerana hentakan benda keras, usus terkeluar akibat ditusuk kayu di dubur, serta cedera di bahagian dalam dan luar kemaluan akibat ditusuk objek tumpul.

Laporan Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor juga mengesahkan terdapat kesan air mani milik Kamalason pada baju mangsa yang menjadi salah satu daripada 38 barang kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Mahmud dalam permohonannya kepada mahkamah berkata, Kamalason wajar dikenakan hukuman maksimum selepas rayuan supaya hukuman terhadapnya diringankan.

“Walaupun OKT mengaku bersalah, beliau hanya mengaku selepas 11 saksi dipanggil dalam perbicaraan sebelum ini dan tidak pernah mengaku bersalah sebelum ini,” katanya.


0 Responses to “Penjara 20 tahun, sebat 20 kali – Rogol, budak lima tahun terkeluar usus ditusuk kayu di dubur”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,466 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

sapa tu


%d bloggers like this: