17
Sep
08

pada siapa patut letak cinta

~~~FORWARDED~~~

——————————————————
Assalamualaikum..

Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya dia: “Kata la one day ada perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak bermadu, you rasa apa i buat?”

Suami: you sure melenting..

Saya: no.. u silap, i rela dilepaskan daripada
bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main bomoh.. lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i sungguh2..

Saya: bukan macam tu.. cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so, kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada yang Satu. Cinta manusia tak ke mana.. contohnya, katalah you memang ada rasa cinta kat perempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you?
cinta manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan dia tahu i isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan datang pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena tembak…!! tembak dua2 baru puas hati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..

 

waalaikumussalam… membaca “perbualan” antara puan Cancer dan suaminya.. teringat pula cek pada perbualan cek ngan suami satu waktu dulu.. baru lagi berumahtangga .. antara kata2 yang masih cek simpan buat ingatan…

Suami: Kalau abang mati dulu..abang tak nak linda
kawin lagi kalau dah ada anak..tapi kalau belum ada ..tak pa…

Cek: (tersenyum) .. kenapa plak… abang nie teruk la.. baru jer kawin dah dok kata dia mati… (marah gak ler time tu..yer ler baru nak bermanja tup..tup.. dia ingatkan kita kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak nak anak2 abang terbiar… kalau anak2 abang terbiar…pasti takkan ader yang mendoakan abang di “sana”…

Cek: (terkedu gak ler..).. abang janganlah ingat macam tu… kita sama2 minta panjangkan umur kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat kita….soal linda nak
kawin lagi atau tak..tu biar Allah yang tentukan..
kita nie kan hambaNya… kalau ditakdirkan linda kawin lagi pun… takkan la linda nak biarkan anak2 linda dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh..
tak nak la linda.. kalau dah ada anak2.. bior ler linda ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak kawin lain…

Suami: Eh.. mana boleh tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2? kalau ada anak2… mungkin bleh menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?

Tu diaaaaaa haiiihhh… ada ka.. hehehe.. jawapan cek tak yah ler cek bagi tau.. biaq cek simpan jadi
rahsia..hehehe. Tapi yang pasti.. cek tau apa yang
suami cek harapkan pada cek..

Satu lagi perbualan … yang membuatkan cek sedar … bahawa kasih sayang antara manusia itu boleh dikekalkan sekiranya kita tetap ingat akan kasih sayang Allah pada hambaNya…

Cek: Bang.. kalau ader pompuan berkenan kat
abang..agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan…

Cek: camner plak tu..

Suami: kalau abang bujang lagi.. mungkin kot… tapi kalau la nie..tak tau ler…linda plak camner, kalau ada betul..nak ker bermadu…?

Cek: Linda tak kesah nak bermadu..tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang..kena bagi tanggungjawab sama rata.. linda rasa.. maser tu nanti..mungkin dah sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang pernah linda rasa…. lagipun daripada saling mengutuk walau dalam hati .. dia dapat aku tak dapat.. baik linda hidup sendiri.. sekurangnya2..linda tak berdosa kat abang…

Suami: Aikkk… macam tu plak.. yer ker nie?

Cek: Abang jangan lupa.. apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la linda nak berpegang pada tu semua.. linda percaya.. apa yang terjadi … dah tertulis.. kalau linda kata linda tak bagi abang kawin lagi satu.. takut nanti.. abang buat dosa..linda pun dapat dosa sama sebab halang abang..

Since then, kami bukan lagi seperti suami isteri malah kawan.. masih boleh bertepuk tampar (tak der ler keterlaluan) masih boleh bergurau … malah suami cek semakin hari.. semakin memahami diri cek… hmmmm tu yang buat lagi sayang tu.. hehehe
“Siapalah aku di sisi MU ya Allah”


0 Responses to “pada siapa patut letak cinta”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,446 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

sapa tu


%d bloggers like this: