27
Sep
08

Mewah Bahasa: ‘Pi la, tapi hangpa buang baju raya tu dulu’

Oleh Prof Madya Dr Nr Hisham Osman

PADA hari ketiga Aidil Fitri, Hafiz dan Liza pergi menziarahi emak saudara Liza di Kedah. Mereka membawa bersama dua anak kembar, Aman dan Amin yang berusia 8 tahun. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga menziarahi emak saudara Liza pada setiap Aidil Fitri sejak mereka berdua berkahwin. Liza memanggil emak saudaranya, Mak Tam manakala Aman dan Amin memanggilnya, Tok Tam.

 
Liza: Assalamualaikum Mak Tam, apa khabar? Selamat hari raya.

 Mak Tam: Habaq baik!  Mailah naik. Cucu tok pun ada, mai naik, mai naik.

Aman dan Amin terus berlari menaiki anak tangga tanpa membuka kasut, lebih-lebih lagi apabila ternampak dua pupu mereka Azad yang melambai dari dalam rumah.

Mak Tam: Buang kasut tu dulu cu oii! Rumah Tok Tam ni rumah kampung, nak naik kena buang kasut dulu.

Keempat-empat beranak itupun naiklah ke rumah. Setelah menikmati hidangan raya sambil berbual-bual, Aman dan Amin mula gelisah duduk sahaja di dalam rumah.

Amin: Tok Tam, kami nak pergi main kat bawah dengan Azad. Nak tengok kandang kambing. Kat KL tak ada kambing.
 
Mak Tam: Pi la, tapi hangpa buang baju raya tu dulu. Pi pinjam baju buruk Azad kat dalam bilik nu.

Si kembar itupun berlarilah ke bilik yang ditunjukkan oleh Mak Tam dan tak lama kemudian keluar dengan baju lain yang sesuai untuk bermain di bawah.

Setelah sejam berlalu.

Liza: Aman! Amin! Mari naik, pergi mandi, salin baju, kita nak balik dah!

Aman: Mama!, Nak salin dengan baju yang mana?

Liza: Baju tadilah, baju mana lagi. Kita tak bawa baju lain.

 Amin: Mama, baju tadi dah tak ada.

Liza: Ke mana pulak perginya? Kan tadi Man dan Min tukar kat dalam bilik tu.

Aman: Kami dah buang baju tu.

Liza: Buang?! Buang ke mana?

Amin: Dah buang dalam ban. Dah hanyut pun.

Liza: Kenapa Man dan Min buang baju tu? Kan tu baju raya? Papa beli di London tu.

Aman: Abis?!, tadi Tok Tam yang suruh buang. Kami buanglah. Buang dalam ban lagi seronok. Boleh tengok dia hanyut. Kasut pun kami buang dalam ban gak! Hanyut macam bot! Syook!!

Liza: Kasut yang papa kau orang beli kat London tu?! (Liza terjerohok di atas kerusi sambil menepuk dahi).

Dalam dialek Kedah dan juga Kelantan, perkataan buang boleh membawa makna buka atau tanggal untuk pakaian seperti baju, seluar, songkok, kasut dan sebagainya, di samping makna sebenarnya.

Dalam cerita di atas, Mak Tam menyuruh cucu-cucu saudaranya menanggalkan kasut sebelum naik ke rumah. Mak Tam juga menyuruh mereka menukar baju raya dengan baju yang lain apabila Aman dan Amin hendak pergi bermain di bawah rumah. Sebaliknya, Aman dan Amin pula menyangka nenek saudara mereka itu menyuruh mereka membuang kasut dan baju mereka. Apa lagi, merekapun segeralah melakukan aktiviti yang menyeronokkan itu dengan membuang kasut dan baju raya ke dalam tali air berhampiran rumah Tok Tam mereka.

 

Nota kaki: Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).


3 Responses to “Mewah Bahasa: ‘Pi la, tapi hangpa buang baju raya tu dulu’”


  1. September 29, 2008 at 10:52 am

    haku pun nak buang PC..ok kan..
    hehehe

  2. 2 princessTulip
    October 29, 2008 at 6:44 pm

    pening aku baca entry ni.. kaler dia strike giler.. kunin ada, merah ada, purple ada.. hehehe

  3. November 8, 2008 at 2:25 am

    toi : alah.. takat buang pc xde hal sgt… mesti pc tu dh rosak.. kan kan kan… x pun mesti dpt laptop baru lagi ni… maklumlah… bos… 3 bln skali je tukar laptop baru… keh keh keh

    lip : seb bek penin je.. klau juling camner? keh keh keh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,446 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

sapa tu


%d bloggers like this: