08
Nov
08

Dulu mahal, kini murah

Oleh WARTAWAN Kosmo!

1JIKA disebut namanya, tentu anda menyangka ia sebuah premis elit, namun Pasar Orang Kaya yang cukup terkenal di kalangan penduduk Pulau Pinang tidak begitu keadaannya.

Ia bukan pula bersaiz besar atau berhawa dingin seperti pasar raya besar moden, malah jauh sekali menyerupai sebuah pasar awam yang sering kita temui di kawasan-kawasan perumahan.

Terletak di Perai, pasar yang menyerupai pasar malam itu didirikan di atas sebidang tanah dengan beberapa gerai jualan pelbagai jenis makanan laut, daging dan juga sayur-sayuran.

Pada awal kewujudan, ia cuma menjual makanan laut segar terus dari jeti nelayan kepada pelanggan. Ekoran itu, harga diletakkan juga tinggi lantas hanya mampu dibeli orang kaya.

Menurut seorang peniaga di pasar itu, Abdul Majeed Jamaluddin, 48, pada masa tersebut, harga seekor ikan terubuk saiz sederhana boleh mencecah antara RM60 sehingga RM80.

2

Apa tidaknya, tangkapan laut yang dinaikkan nelayan di Kuala Muda, Kuala Kedah dan Kuala Juru hanya akan dibawa terus ke pasar tersebut untuk dijual.

“Pada era 80-an, cuma orang kaya saja mampu makan ikan yang harga RM80 seekor, orang biasa mana mampu. Sebab itulah pasar ini dikenali sebagai Pasar Orang Kaya sejak itu,” katanya.

Sudah berniaga lebih 20 tahun di pasar tersebut, bagaimanapun kini Pasar Orang Kaya hanya tinggal nama kerana tidak ramai lagi berminat datang membeli di tempat sebegitu.

Masyarakat kini lebih gemar berkunjung ke pasar-pasar raya besar yang lebih bersih dan berhawa dingin namun pasar ini menjadi tumpuan mereka yang inginkan makanan eksotik.

Seorang penjual ayam, Mohd. Azlan Abidin, 29, memberitahu: “Dulu cakap apa nak makan Bukan setakat ikan, udang, ketam besar dan segar, makanan pelik pun boleh jumpa di sini.

“Daging tupai, landak, semua ada di sini. Sekarang, jika tak nak beli ayam siap disembelih, boleh pergi ke depan sebab ada jual ayam hidup disembelih di depan pembeli,” katanya.

Tetapi, ujar Mohd. Azlan, pasar tersebut bukan seperti bazar Lorong Kulit yang terkenal di George Town atau Butterworth kerana ia lebih tertumpu khusus kepada bahan makanan sahaja.

3

Bahkan selain daripada jualan makanan basah, Pasar Orang Kaya hari ini merupakan pusat makanan tradisional bagi penduduk sekitar Seberang Jaya dan kawasan berhampiran.

Menurut penjual ikan, Dee Ismail, 49, dahulu terdapat lebih daripada 10 buah gerai menjual pelbagai jenis kuih-muih tradisional tanpa perlu menunggu sebarang musim perayaan.

“Tak payah tunggu hari raya untuk makan kuih seperti baulu. Penduduk boleh dapat apa saja jenis kuih dan yang paling menarik, kuih tersebut boleh dibeli setiap hari,” ujar Dee.

Namun selepas 30 tahun, keadaan pasar itu semakin hari semakin menyedihkan. Semak-samun mulai tumbuh hingga Pasar Orang Kaya dilihat seolah-olah ‘hilang’ diselaputi pokok.

Itu tidak ditambah lagi dengan keadaan becak selepas hujan. Ada penduduk mendakwa semacam terdapat perjanjian dengan pemilik tanah bahawa ia tidak boleh dibuat bangunan kekal.

“Saya tak pasti tetapi apa yang saya tahu, ia cuma tapak sementara yang boleh diambil untuk apa jua projek oleh tuan tanah dan dalam tempoh itu, peniaga boleh berniaga” katanya.

Bagaimanapun, rata-rata peniaga yang ditemui bersetuju sekiranya pemilik tanah bermurah hati menurap tapak tersebut, Pasar Orang Kaya pasti mengulangi zaman kegemilangannya.

“Kebanyakan peniaga di sini adalah peniaga asal sejak dari awal kewujudannya. Kurangnya peniaga di sini cuma ada dua faktor sahaja, mati atau berpindah ke tempat lain,” kata Dee.

4

Apa pun, keluhan peniaga di Pasar Orang Kaya mungkin berakhir apabila pasar awam moden di taman perumahan bersebelahan akan siap dibina.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Farizan Darus berkata, tender untuk pembinaan pasar baru itu oleh Jabatan Kerja Raya ditawarkan kepada yang berminat.

MPSP tidak dapat berbuat apa-apa mengenai tapak asal Pasar Orang Kaya kerana ia adalah milik persendirian.

“Pemilik tanah telah buat perjanjian dengan peniaga bahawa tiada bangunan kekal boleh dibina oleh sesiapa kecuali pemiliknya tetapi MPSP menjaga kebersihan kawasan,” ujarnya.

Walaupun tidak dapat membina bangunan pasar baru atau membuat penambahbaikan, MPSP pernah menawarkan peniaga berpindah ke Pasar Awam Taman Bagan tetapi ramai menolak.


0 Responses to “Dulu mahal, kini murah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,445 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

sapa tu


%d bloggers like this: