18
Nov
08

Putera Arab saman Michael Jackson lesapkan AS$7 juta

LONDON: Seorang putera Arab hari ini mengheret Raja Pop, Michael Jackson ke mahkamah kerana dakwaan melesapkan AS$7 juta sebagai pendahuluan membuat album yang langsung tidak diterbitkan.

Peguam bagi Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa berkata, anak guamnnya itu membayar Michael wang pendahuluan bagi kos perbelanjaan membuat rakaman bersama dengan putera itu yang juga seorang penulis lagu amatur.

Michael pula mendakwa wang yang diberi itu sebagai ‘hadiah’.
Al Khalifa, 33, akan memberi keterangan di Mahkamah Diraja London, esok.

Peguam Michael, Robert Englehart berkata, beliau akan memohon supaya keterangan anak guamnnya diambil menerusi persidangan video dari Los Angeles.

Peguam Al Khalifa berkata, putera raja itu pertama kali bercakap dengan Michael, 50, menerusi telefon ketika penyanyi itu sedang menghadapi perbicaraan di California berikutan kes penahanannya pada 2003 atas dakwaan meliwat kanak-kanak.Penguam Bankim Thanki berkata, Al Khalifa mahu bekerjasama dengan Michael untuk melonjakkan semula kerjaya dalam bidang penerbitan lagu.

Thanki berkata, bayaran pertama yang diberi Al Khalifa’s ialah AS$35,000, yang digunkan untuk mejelaskan bil utiliti Michael di kediamannya di Neverland.

Selepas Michael didapati tidak bersalah terhadap tuduhan liwat itu pada Jun 2005, Al Khalifa menambah bayaran kepadanya sebanyak AS$2.2 juta bagi kos guaman. – AP


0 Responses to “Putera Arab saman Michael Jackson lesapkan AS$7 juta”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,446 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

sapa tu


%d bloggers like this: