30
Nov
08

~~derita itu milikku jua~~

Kedengaran rintik hujan di luar, saat ini hatiku jua begitu cuma tidak sehebat La Nina yang pernah dulu diperkatakan. Aku kesal dengan sikapnya, mengapa aku yang harus menjadi mangsa. Tidak kusangka sama sekali hakikat pahit ini harus ku tempohi. Mengapa aku? Ibu anakmu masih perlukan dirimu, kembalilah menjadi seorang wanita yang indah seperti dulu, seperti di waktu yang aku masih belum mengenali dunia.Teringat kata-kata nenekku, “kau memang malang Anis. Terlalu malang untuk menanggung keperitan jiwa yang tak mungkin diubati.”

“Anis, mengapakah hatimu begitu berat menerimaku sayang?” Zakri
menyoalku. Aku hanya berdiam diri. Tidak mahu menambah keperitan yang aku sendiri tak mampu menanggungnya. Kudongakkan wajah ke atas, Zakri memandangku penuh mengharap.

“Zack, bukan Anis tak mahu menerima lamaran darimu, cuma Anis tidak berdaya. Anis perlukan kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Antara kita terlalu banyak perbezaan, Zack kena teruskan hidup Zack dengan cara Zack dan Anis dengan cara Anis sendiri,” aku membalas.

Aku sedar kata-kataku itu hanya memakan diri, aku sayangkannya namun dapatkah dia menerima hakikat aku ini bukan seperti gadis lain. Aku tidak mahu dia menyesal kerana aku. Apatah lagi ibunya seorang yang amat dikenali.

Aku pernah merasa tamparan hebat dari ibunya, cuma Zakri yang tidak pernah tahu mengenai itu.

“Anis, Zack akan terus menantimu. Walau apapun alasan yang diberi hati ini tak mungkin dapat melupakanmu,” Zakri bangun perlahan meninggalkanku. Aku masih di sini, di tasik ini. Hendak menangis, airmataku sudah kering. Apalagi yang mampu kulakukan selain memendam rasa dan perasaan terluka.

Itu adalah kejadian seminggu yang lalu. Petang ini aku tidak terus pulang ke rumah sebaliknya aku ke rumah nenekku di Kampung Sentosa.Sudah lama aku tidak menatap wajah luka itu, wajah yang sekian hari dimamah usia. Setiap hari hanya menghitung waktu sampai bilakah semua ini akan berakhir.

Dia ibuku, ibu yang tidak pernah kenal anaknya. “Assalamualaikum, nek.Apa khabar nenek sekarang? Dah lama Anis tak ke sini. Ibu bagaimana? Sihatkah dia?” soalku bertalu-talu, tanpa kunantikan jawapan nenekku.

Nenekku hanya tersenyum, “Waalaikumusalam, baik Anis. Ibu juga baik. Dia sudah semakin berisi sekarang, sudah mahu makan. Tambahan pula Anis selalu belikan dia buah-buahan.”

“Ibu di mana nek?” aku menyoal lagi. Lantas nenekku menunjukkan ke arah pokok mempelam tua di belakang rumah nenekku. Tanpa berlengah aku terus mendapatkan ibuku.

“Ibu, apa yang sedang ibu buat ni?” aku menyapa. Ibu hanya asyik memintal-mintal hujung rambutnya yang hampir botak itu, akibat dari ibuku sendiri. Dulu dia memang tidak boleh ditinggalkan sendirian, ada sahaja perkara pelik yang pasti akan dilakukannya. Itulah kerisauan yang nyata menggugat perasaanku. Dia menoleh seketika kepadaku, aku menghadiahkan senyuman paling manisku buatnya, namun ibu tetap menatapku penuh kekeliruan. Dia lantas bangun eninggalkanku.

Hampa sekali. Ibu tidak pernah mahu menegurku. Itu yang pasti. Akutahu dia masih menyimpan dendam padaku. Dendam yang bukan aku ciptakan. Dendam yang lahir itu hanyalah kerana aku mempunyai darah yang sama dengan lelaki itu. Lelaki yang tidak pernah aku kenal raut mukanya. Benci aku mengingatinya. Mengapa aku harus sedarah dengannya.Terasa seperti mahu mengeluarkan seluruh darah yang ada ini agar tidak menjadi kebencian ibuku.

Asyik memendam rasa nenekku memanggil. Hari sudah hampir maghrib,beristighfar aku seketika. Tidak sedar waktu senja telah mula menampakkan bayangnya. Lantas aku mengatur langkah masuk ke dalam. Sesudah makan malam, aku menghampiri nenekku. Dia hanya tersenyum kepadaku.

“Anis, nenek harap Anis jangan ambil hati sangat dengan ibu ya?” katanya.

Aku hanya menggelengkan kepala seraya berkata, “Nek, ibu tak salah, yang salah hanya lelaki itu.” Perlahan ku melihat airmata nenekkujatuh ke pipinya. “Kenapa nek? Adakah salah kata-kata saya ini?” aku pula yang menjadi hairan.

Nenekku hanya menggeleng, “Anis, lelaki itu hanya terlalu menurut nafsu, janganlah pulak Anis menyimpan dendam terhadapnya.” Akubertambah hairan, mengapa pula nenek melarang aku dari membenci lelaki itu. Ah, nenek hanya menambah kelukaanku. “Sudahlah Anis, biarkanlah yang dah berlalu itu pergi, kita teruskan sisa hidup yang masih berbaki ini,” nenek menyambung.

“Tapi nek, lelaki itu dah menghancurkan masa depan ibu, masa depanAnis sendiri, Anis malu nak mengaku dia bapa Anis. Masih Anis ingat lagi, semasa sekolah dahulu, rakan-rakan menjauhkan diri. Kenapa?Hanya kerana Anis tiada seorang bapa, mengapa nek? Mengapa? Anis tidak mahu mengalah lagi rasanya. Anis dah penat nek, penat,” aku lantas menjadi berang dengan kenyataan nenek itu. Aku bangun menggapai beg dan lantas berlalu dari rumah kecil itu. Laungan suara nenek menahanku dari pergi tak kuendahkan.

Aku sudah terluka, biarlah hati tua itu juga terluka sama seperti aku. Aku tidak mengerti mengapa aku harus berdiam diri terhadap lelaki jahanam itu.

Kereta kupandu tanpa mengira kelajuannya lagi. Aku mahu cepat sampai ke rumah, kerana di sana lebih banyak kedamaiannya. Semakin laju kereta ku pandu, semakin galak airmataku berjuraian. Aku dah tak kisah lagi.

Tidurku terganggu bila jam berdenting tiga kali. Aku lantas bangun,masih berpakaian seperti sewaktu pulang tadi. Aku terlena dalam luka yang kembara ketika pulang malam tadi sehinggakan tidak sempat menyalin baju.

Sedar diri sudah banyak membuat dosa, aku bangun menuju ke bilik air,lantas manik-manik jernih mengalir membasahi pipiku. Selesai mengambil wuduk, aku lantas mengerjakan solat tahajud. Sudah lama aku tidak melakukannya. Dulu itulah perkara yang sering kulakukan. Ketenangan kuperolehi selain kelukaan ini dapat dirawat. Itulah kebesaran-Nya,hanya aku yang terkadang lupa pada kuasa-Nya. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. Berikanlah kekuatan kepada aku dan ibuku.

Pagi ini aku meneruskan kerja-kerjaku di pejabat, biarpun mataku masih merah penangan tangisan semalam, aku harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh ketuaku. Tengahari ini aku terpaksa memenuhi temujanji dengan pelanggan dari Syarikat Utama. Kata ketuaku, pelanggan yang satu ini amat penting kepada syarikat kami. Terpaksalah jua biarpun aku sudah kehilangan mood. Sudah menjadi prinsipku tidak menjadikan hal peribadi sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawabku sebagai pekerja. Tambahan pula jawatan yang kuperolehi sekarang tidak mudahku miliki.

Masih teringat lagi bagaimana peritnya aku berusaha siang dan malamuntuk mendapatkan duit membiayai pelajaranku. Kesusahan itulah yang mengajar aku agar tidak merosakkannya hanya kerana emosi. Kerana tugas jugalah aku terpaksa mengecewakan Zakri yang mahu makan bersama denganku tengahari ini. Bersabarlah Zakri, kiranya ada jodoh kitakan tetap bersama.

Ah, lambat pula aku kali ini, teruklah kalau client aku terlepas lagi.Bukan senang nak dapat peluang yang jarang-jarang begini. Langkahkuatur dengan laju, masa mesti dikejar. Tergesa-gesa mencari kelibatpelanggan yang dikatakan, aku hampir terlanggar pelayan yang kebetulan lalu di situ.

Kesempatan itu kugunakan untuk bertanya di mana letaknya meja client pentingku itu. Dengan keadaan tercungap-cungap aku menghampiri Datuk Kamal, orang yang kucari itu telah kutemui. Belum sempat aku mengenalkan diri seorang pemuda bersuara, “Cik Kartika ya? Saya Iezman dan ini Datuk Kamal, kami dari Syarikat Utama. Silakan duduk.”

Malulah pulak, sudahlah datang lambat siap dipelawa duduk lagi. Takada moral betul. Aku hanya tersenyum sambil bersalaman dengan Encik Iezman dan Datuk Kamal. Terasa ada getaran bila aku bersalaman dengan Datuk Kamal, kuingatkan Datuk ni dah botak dan tak kacak lagi tetapi berlainan benar dari sangkaanku. Orangnya memang kacak dengan berkumis nipis dan agak tinggi. Aku mengagak umurnya dalam lingkungan 40-an.Terkedu seketika, senyumannya mengingatkan aku pada seseorang, siapa ya?

“Maafkan saya, Datuk, Encik Iezman. Saya terlambat. Apakata kita mulakan perbincangan,” aku berbicara. Datuk Kamal hanya diam sambil memerhatikan aku. Ah orang tua ni peliklah. Tanpa menghiraukan renungan itu, aku meneruskan usul syarikatku kepada Encik Iezman selaku Pengurus Besar Syarikat Utama. Datuk Kamal sesekali mencelah bila ada sebarang perkara yang tidak menepati prinsip syarikatnya.Sekurang-kurangnya aku selamat dari renungan luar biasanya itu.

“Ala mama, apa salahnya dengan Anis tu, dia wanita yang baik. Kenapa mama menolak pilihan Zack?” Zakri menyoal mamanya. Datin Munirah hanya mencebik muka kepada anaknya. Berita yang didengarnya dari Suzana anak saudaranya semalam amat Menyesakkan jiwanya. Memang sebelum ini dia tidak kisah dengan siapapun Zakri berkawan dan ingin berkahwin, tetapi hatinya terusik bila diketahui asal-usul Anis gadis pilihan anaknya itu.

“Sudah Zack! Mama tak mahu mendengar lagi nama perempuan itu dalam rumah ini, Zack boleh lupakan dia atau mama sahaja. Pilih antara dua Zack.” Datin Munirah melampiaskan rasa marahnya pada Zakri.

“Tapi mama…”, Zakri baru hendak bersuara bila mamanya tiba-tibameninggikan suara, “Stop it Zack, don’t you love your mother? Now you shall go.” Zakri hanya mampu memerhati. Mengapa mamanya bersikap ganjil pada malam ini. Selama ini dia hanya tersenyum bila nama Anis disebut. Kehairanan menerpa di ruang fikirannya.

Datuk Kamal menyendiri di bilik bacaan di rumahnya itu. Fikirannyamenerawang kepada pertemuan perniagaan dengan gadis ayu tengahari tadi. Memang cantik. Hatinya terpaut. Namun disebalik itu dia seakan pernah bertemu dengan wajah itu, cuma bila dan di mana dia tidak teringat.

Kepetahannya berbicara menambahkan daya tarikan yang ada pada dirinya. Usianya mungkin dalam 25 tahun. Datuk Kamal mengagak. Dia pasti akan memiliki gadis ini. Sudah lama dia tidak menjamah pucuk muda seperti itu.

Tabiat itu sudah lama ditinggalnya kerana setiap wanita yang ditemui semuanya hanyalah penuh kepuraan. Dia sedar tentang itu bila banyak wangnya dihabiskan kepada wanita materialistik yang pernah dikenalinya sebelum ini.

Malam makin larut bila Anis mula terasa mengantuk. Bebanan kerja di pejabat sedikit sebanyak dapat menutup lukanya. Baru sebentar tadiZakri menelefonnya, banyak juga yang dibualkan. Zakri masih menagih simpati untuk Anis menerimanya. Namun di akhir ayatnya aku sudah faham, antara aku dan dia memang tak ada jodoh. Zakri lelaki baik bagiku, sayangnya dia muda dua tahun dariku dan aku pula dalam situasi yang tidak sepatutnya. Ah, apa lagi yang harus difikirkan, mata dah lali ni, lebih baik aku masuk tidur sahaja. Kerana terlalu letih akhirnya aku terlena jua. Dibuai mimpi indah bersama Zakri.

“Nenek maafkan Anis ya, pasal minggu lepas. Anis tahu tidak sepatutnya Anis membuat tindakan terburu-buru seperti itu. Anis janji tidak akan melukakan hati nenek lagi,” perlahan aku bersuara memujuk nenekku. Dia hanya tersenyum sambil menjelaskan kepadaku bahawa darah muda memang begitu.

“Anis, nenek teringin nak menerima menantu, bila agaknya hajat nenek tu nak tercapai?” nenek menyoalku. Aku terdiam, apalagi hendak kukatakan. Siapalah yang akan sudi menerima gadis sepertiku. Aku hanya mengeluh. Perkara yang kutakutkan akhirnya menimpa diriku. “Nek,mungkin bukan jodoh Anis lagi, nantilah bila Anis dah berjaya dengan cita-cita Anis, Anis janji akan carikan nenek cucu baru ya?,” kataku memujuk nenek. Dia tersenyum menampakkan sebaris gigi yang sudah tinggal beberapa batang sahaja.

Keesokkan paginya setiba aku di pejabat, aku dikejutkan dengan pesanan yang diberi oleh setiausahaku. Datuk Kamal meminta aku menemaninya makan tengahari di Hotel Singahsana. Ah, kacau betul si tua ni. Apa sahaja yang dimahukannya.

Pernah juga aku terdengar beberapa eksekutif berbual-bual sesama sendiri mengatakan Datuk Kamal kaki perempuan. Seram sejuk aku mendengarnya. Ini menambahkan lagi rasa benciku pada lelaki. Apakah setiap lelaki yang kutemui semuanya hipokrit. Cuma Zakri seorang yang ikhlas, namun aku tidak pasti sampai bilakah semua itu akan bertahan. Hendak menolak, takut nanti dikatakan sombong. Susahkan syarikat aku pulak. Datuk Kamal ni bukannya boleh cari pasal dengannya. Setelah berfikir dengan semasak-masaknya aku mengambil keputusan menerima ajakannya.

Tengahari itu aku memenuhi undangan Datuk Kamal di Hotel Singahsana. Seperti biasa aku melayannya seperti pelanggan lain. Tanpa aku sedari sepasang mata sedang memerhatikan gelagat kami.

Ah, perempuan tak guna. Memang benar kata mamaku kau perempuan murahan. Benarlah anak luar nikah sepertimu tidak kenal dek untung.Aku akan pastikan kau menerima padahnya. Tahulah aku nak mengajar kau perempuan tak guna. Zakri menyumpah di dalam hatinya. Tidak diketahui perkara sebenar yang berlaku antara Anis dengan Datuk Kamal.

Gelak ketawa Anis bagai menusuk ke lubang telinganya. Tambahmenyakitkan hati bila dilihatnya Datuk Kamal yang dihormati tersenyum miang dengan Anis gadis pujaan hatinya. Terasa ingin dihumbankan kemarahannya di situ juga namun memikirkan dia berada di kawasanterkenal seperti ini, segera niatnya dibatalkan. Dengan hati terhiris
Zakri melangkah meninggalkan Hotel Singahsana yang permai itu.Kemarahan nyata terserlah dengan wajahnya yang merona merah. Anis dan Datuk Kamal juga lantas meninggalkan hotel tersebut.

Suasana petang yang damai di tasik Melati yang sering dikunjungi olehAnis itu terasa tidak lagi setenang selalu.Suara Zakri yang berbaurkemarahan sewaktu membuat panggilan kepadanya itu Menggelisahkan nalurinya. Sudah sepuluh minit ditunggunya, namun bayang Zakri tidak juga muncul. Kenapa agaknya. Telefon bimbit pun tak diangkatnya.Sambil merenung air tasik yang tenang itu, dia asyik terfikir apakah salahnya kali ini. Semalam Zakri masih bersuara lembut tetapi hari ini, suara itu kedengaran lain benar.

Lamunannya terhenti bila tersedar namanya dipanggil seseorang. Anismendongak, lega hatinya bila orang yang ditunggu telah tiba. Belumsempat Anis memulakan bicara, Zakri terlebih dahulu bersuara, “Anis, cuba cakap betul-betul dengan Zack, siapa Anis sebenarnya? Selama ini Anis anggap Zack ni apa? Tunggul?” Aku terkejut dengan soalan yang bertubi-tubi itu.

Lain yang kuharapkan lain pula yang aku dapat. Terpana aku seketika bila mendengar sumpah seranah Zakri. Kenapa dia ni. “Zack, apa halyang kau marah sangat ni?,” aku pula beraku engkau dengan Zack,rasanya kesabaranku dah hilang bila Zack menghinaku. Di mana hilangnya kelembutan yang selama ini terpamer.

Aku hairan. “Kenapa kau tanya? Janganlah nak berpura-pura lagi. Memang betul apa yang mama katakan tentang diri kau,” Zakri berkata bengis. Bulat mataku memandangnya. Apa salahku dan apa yang mamanya katakan.Zakri sudah benar-benar membuatkan hatinya panas.

“Zack, Anis tak faham apa yang Zack katakan. Cuba Zack berterus-terang apa yang berlaku sebenarnya? Janganlah cakap berbelit-belit macam ni,” aku masih berlembut.

“Mama cakap Anis ni lahir tanpa bapa? Betul?” Zakri bersuara. Akutergamam. Macam mana mama Zakri boleh tahu.

Itulah yang sebenarnya. Zakri naik angin hanya kerana aku ni seorang perempuan tak berbapa. Apakah dia tahu, kekecewaanku.

“Zack, selama ini memang Anis merahsiakannya dari Zack, bukan Anis tak mahu bercerita, tetapi keadaan Zack, keadaan yang memaksa Anis berdiam diri,” Zack kulihat seperti menahan marah.

Dengan perlahan dia berkata, “Anis, Zack dah tak sanggup lagi nakbersama Anis, anggaplah antara kita sudah tiada jodoh selepas ini ok.Zack pergi dulu.” Suaranya yang kian mengendur itu buatku mengalirkan airmata. Sampai hati kau Zack. Aku ditinggalkan hanya kerana aku tidak berbapa. Bukan pintaku jadi begini, selama ini kusangkakan kau ikhlas tapi sebenarnya kau seperti lelaki itu jua, kejam.

Malam itu aku puas mengalirkan air mata. Mengapa aku yang menjadi mangsa. Mengapa tidak kaum sejenisnya yang merasai semua ini? Sebentar tadi Datuk Kamal menelefonku. Dia mengajakku makan malam di Restoran Mawar. Niat di hati hendak menolak, namun bila difikirkan kembali,tiada salah aku menurut. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi bersendirian menghadapi kemelut ini. Aku bingkas bangun. Hidup mesti diteruskan. Tiada guna mengenangkan lelaki yang hipokrit seperti itu.Apapun alasannya, aku tetap mendoakan kebahagiaanmu Zakri. Pergilah kau dari hatiku. Semoga aku lebih tenang dari dulu.

Memang indah makan malam bersama Datuk Kamal. Lelaki ini memang hebat,lebih hebat dari Zakri. Ramah bercerita tentang kehidupannya.Rupa-rupanya Datuk Kamal seorang duda. Tanpa berselindung dia mengatakan bahawa sudah jatuh hati terhadapku sejak kali pertama bersua dahulu. Malu aku diperlakukan sedemikian. Bersungguh-sungguh benar nampaknya Datuk Kamal melamarku.

Pulangnya aku ke rumah pada malam itu , hatiku mula gelisah memikirkan apa yang bakal terjadi antara aku dan Datuk Kamal. Aku telah meminta diberikan ruang untukku memikirkan lamarannya itu dengan semasak-masaknya. Datuk Kamal mengatakan dia seorang duda yang tidak sempat mempunyai anak.

Isterinya telah meninggal hanya selepas 6 bulan perkahwinan mereka berlangsung. Simpati melimpah ruah terhadapnya. Datuk Kamal tanpa segan silu menceritakan betapa dia amat menyayangi isterinya itu tapi Allah lebih menyayanginya. Kerana itu jua aku terpesona dengan Datuk Kamal. Keluhuran yang terpamer membuatkan aku makin tertarik.

Sebulan berlalu sudah, kini aku sudah sah bergelar tunang kepada Datuk Iezman. Namun pertunangan aku dengan Datuk Iezman hanyalah antara kami berdua kerana aku tak mahu menyusahkan nenekku membuat kenduri seperti pasangan-pasangan lain, bagiku kesederhanaan itu penting dalam menjalin kebahagiaan. Suasana riuh di rumahku seolah-olah menyatakan bahawa derita yang kulalui sebelum ini telah terpadam. Sebentar lagibakal suamiku akan dijabkabulkan denganku. Perasaan gementar sudah tidak terbendung lagi.

Keputusan memilih Datuk Iezman kulakukan demi untuk kebahagiaanku sendiri, Zakri telah lama menjadi mimpi lalu buatku. Berita terakhir yang kudengar dia sudah bertunang dengan Suzanna sepupunya sendiri atau lebih kukenali sebagai musuh ketatku ketika di Universiti.Biarkanlah, yang penting kebahagiaannya sebagai teman aku tercapai sudah.

“Anis, bersiap sedia sekarang pengantin dah mula melangkah masuk”, beritahu seorang jiranku yang bertindak sebagai ketua penyambut tetamu di rumahku ini. Hatiku kian berdebar, hilang wajah Zakri timbul wajah ibuku yang tersenyum manis di hadapanku kini, sesungguhnya aku bersyukur ibu telah sembuh kerana perkahwinan aku ini. Apa yang pasti menantunya nanti akan kujadikan hadiah paling teristimewa untuk ibu.

Tiba-tiba keriuhan di luar rumah dan laung kompang tidak lagikedengaran, Cuma yang terlintas di telingaku hanya suara pekik dan lolong seorang wanita. Ah, kekecohan apa pula yang berlaku di luar sana. Hatiku tiba-tiba jadi tidak tenteram.

“Tepi kau, jantan keparat. Aku mahu kerjakan perempuan gatal tu, sudah tidak dapat anak lelaki aku, suamiku pula mahu dikebasnya”, suara itu jelas di pendengaranku. Aku tidak mampu untuk berdiam diri lagi, tidak kupedulikan lagi suara-suara sumbang melihat aku melangkah keluar dari pintu bilik menuju ke luar rumah. Ibu turut mengekori langkahku. “Hey,perempuan. Keluar kau! Muka tidak tahu malu, ada hati nak merampas suamiku, keluar kau sekarang juga,” suara sadis itu menyentap jiwaku.

Terhenti aku di muka pintu melihat perempuan yang mengamuk itu adalah mama Zakri yang selama ini membenciku. Hairan sekali siapa dia sebenarnya, sedangkan aku tidak pernah mengundang dia ke majlis kahwinku ini. Aku perhatikan jua Zakri dengan wajah merah padamnya itu. Apa erti semua ini.

“Anis, kenapa nak?” ibuku bertanya.

Aku sudah tidak mempunyai jawapan lagi terhadap soalannya itu. Aku pasti kini siapa sebenarnya Datuk Iezman. Dalam kekalutan itu aku terdengar suara ibuku, “Ah, kau Man? Apa yang kau buat disini? Kau yang menghancurkan hidup aku, kau tahu tak? Apa yang kau mahu lagi?”

Aku hairan dengan kata-kata ibuku, siapa pula Datuk Iezman dengan ibuku. “Man, anakku apa kau dah buat ni? Kaukah bakal suami Anis?”

Apa dah jadi ni? Ya Allah, aku hampir melakukan dosa.

“Anis, inilah bapamu dan dia juga adik ibumu.” Aku terpana.

-TamaT-


3 Responses to “~~derita itu milikku jua~~”


  1. 1 kantoi
    December 3, 2008 at 11:23 am

    Yo….panjng nya citer..
    tak lalu nak baca..
    hang tolong ceritakan bleh

    hahahaha…..

  2. December 4, 2008 at 1:25 am

    LiloooOOOOOOooooOOOOOooooOOOOoooOOOOOoooOOOOoooo

    hahahahahahahahahahaha…..

  3. March 8, 2009 at 3:40 am

    oooo citer panjang2 x lalu nak baca… tapi klau surat cinta 4-5 mukasurat sanggup lak baca
    hahahaaaha….

    apo hal tu cako…… meroyan ke hape… keh keh keh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Blog Stats

  • 221,466 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

sapa tu


%d bloggers like this: