Archive for September, 2008

27
Sep
08

Mewah Bahasa: ‘Pi la, tapi hangpa buang baju raya tu dulu’

Oleh Prof Madya Dr Nr Hisham Osman

PADA hari ketiga Aidil Fitri, Hafiz dan Liza pergi menziarahi emak saudara Liza di Kedah. Mereka membawa bersama dua anak kembar, Aman dan Amin yang berusia 8 tahun. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga menziarahi emak saudara Liza pada setiap Aidil Fitri sejak mereka berdua berkahwin. Liza memanggil emak saudaranya, Mak Tam manakala Aman dan Amin memanggilnya, Tok Tam.

 
Liza: Assalamualaikum Mak Tam, apa khabar? Selamat hari raya.

 Mak Tam: Habaq baik!  Mailah naik. Cucu tok pun ada, mai naik, mai naik.

Aman dan Amin terus berlari menaiki anak tangga tanpa membuka kasut, lebih-lebih lagi apabila ternampak dua pupu mereka Azad yang melambai dari dalam rumah.

Mak Tam: Buang kasut tu dulu cu oii! Rumah Tok Tam ni rumah kampung, nak naik kena buang kasut dulu.

Keempat-empat beranak itupun naiklah ke rumah. Setelah menikmati hidangan raya sambil berbual-bual, Aman dan Amin mula gelisah duduk sahaja di dalam rumah.

Amin: Tok Tam, kami nak pergi main kat bawah dengan Azad. Nak tengok kandang kambing. Kat KL tak ada kambing.
 
Mak Tam: Pi la, tapi hangpa buang baju raya tu dulu. Pi pinjam baju buruk Azad kat dalam bilik nu.

Si kembar itupun berlarilah ke bilik yang ditunjukkan oleh Mak Tam dan tak lama kemudian keluar dengan baju lain yang sesuai untuk bermain di bawah.

Setelah sejam berlalu.

Liza: Aman! Amin! Mari naik, pergi mandi, salin baju, kita nak balik dah!

Aman: Mama!, Nak salin dengan baju yang mana?

Liza: Baju tadilah, baju mana lagi. Kita tak bawa baju lain.

 Amin: Mama, baju tadi dah tak ada.

Liza: Ke mana pulak perginya? Kan tadi Man dan Min tukar kat dalam bilik tu.

Aman: Kami dah buang baju tu.

Liza: Buang?! Buang ke mana?

Amin: Dah buang dalam ban. Dah hanyut pun.

Liza: Kenapa Man dan Min buang baju tu? Kan tu baju raya? Papa beli di London tu.

Aman: Abis?!, tadi Tok Tam yang suruh buang. Kami buanglah. Buang dalam ban lagi seronok. Boleh tengok dia hanyut. Kasut pun kami buang dalam ban gak! Hanyut macam bot! Syook!!

Liza: Kasut yang papa kau orang beli kat London tu?! (Liza terjerohok di atas kerusi sambil menepuk dahi).

Dalam dialek Kedah dan juga Kelantan, perkataan buang boleh membawa makna buka atau tanggal untuk pakaian seperti baju, seluar, songkok, kasut dan sebagainya, di samping makna sebenarnya.

Dalam cerita di atas, Mak Tam menyuruh cucu-cucu saudaranya menanggalkan kasut sebelum naik ke rumah. Mak Tam juga menyuruh mereka menukar baju raya dengan baju yang lain apabila Aman dan Amin hendak pergi bermain di bawah rumah. Sebaliknya, Aman dan Amin pula menyangka nenek saudara mereka itu menyuruh mereka membuang kasut dan baju mereka. Apa lagi, merekapun segeralah melakukan aktiviti yang menyeronokkan itu dengan membuang kasut dan baju raya ke dalam tali air berhampiran rumah Tok Tam mereka.

 

Nota kaki: Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

27
Sep
08

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

 

MAAF ZAHIR & BATIN

 

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

daripada: 

~~~ LILY ~~~

 

20
Sep
08

Abortion

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses aborsi (pengguguran):

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan)

Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut .

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan)

Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk aborsi (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh dicapai, pinggang, bahu atau leher.

Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik aborsi, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan)

Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Aborsi bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini.

Aborsi pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan)

Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Untuk upacara seperti ini, proses aborsi dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan aborsi itu selesai. Selepas hanya saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam aborsi ini bahawa pembunuhan keji telah terjadi.

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahawa aborsi itu cepat dan tidak sakit, mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh obat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan.

Benar, bagi wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit. Tapi bagi  bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri.

Adakah anda setuju bila lebih ramai kalangan remaja dan anak-anak mengetahui, hal ini, ia akan menghindari zina dan pengguguran, memandang jijik walaupun menyebutnya..

Tolong sebar luaskan sehingga semakin banyak yang tahu dan sedar bahawa

Aborsi (pengguguran) itu adalah suatu pembunuhan…

YANG KEJI !!!!!!!!

 

20
Sep
08

rogayah yang terkantoi

Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya. Kenapa Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya! Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke, peliklah jugak.

Baju… Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ? Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit… Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. Kenapaaaaa.. … ?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

“Stesen Tasik Selatan..” Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal sampai opis. “Morning… ” Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

“Rogayah..” Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

“Rogayah tak puasa ke??” Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak ditangan rogayah .

Arghhhh… Patutlah!!!! Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!

Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2…

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la… org lain senggugut jugak..

17
Sep
08

Luahan Hati Seorang Suami

———- Forwarded message ———-

Suke sgt emel ni. Luahan Hati Seorang Suami 

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku.
 
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’ Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
 
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
 
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.

Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran … semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu … Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan … Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
 
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
 
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu … Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …ape lagi pergi memancing….. haram….
 
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
 
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
 
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
 
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.

Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I …… lagi haru …
 
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
 
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ….
 
Hish banyak lah lagi.
 
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
 
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
 
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
 
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.

Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
 
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.

Wallahualam.
 
– suami orang-

17
Sep
08

Adakah lagi Abah lain untukmu?

Petang itu aku menangis lagi.Sendirian di kamar. Untung ada Puteh di sisi. Kucing itu tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.
Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..
Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.
Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.
Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.

 

“Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).” Al-Anaam (6:98)

 

Maka,tanggungjawabku hanya satu.
“Jadi anak solehah!”
Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau cuba melenting di depan bapamu.

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Al-Isra (17:23)
Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Abah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.
Marah?! Layakkah kau marah pada Abah? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Abah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.
Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Abah tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Abah dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.
Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?
Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa bapa. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?
Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan Abah dengan pandangan mata hati.
Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri Abah berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Abah yang lain seperti dia?
Adakah lagi seorang Abah lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?
Adakah lagi seorang Abah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?
Adakah lagi seorang Abah lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?
Adakah lagi seorang Abah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?
Adakah lagi Abah lain selain dia untukmu?
Ampuni Ina, Abah! Menangislah wahai hati,menangislah.. supaya kau terus ingat kekesalan ini.

17
Sep
08

Lailatul Qadar

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, ” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

17
Sep
08

u can be what u want to be

Suatu hari seorang profesor menulis ayat ..
 
“Woman without her man is nothing”
 
.. di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.
 
Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hinggalah ayat itu dibaca seperti berikut:
 
“Woman, without her man, is nothing”
 
Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.
 
Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:
 
“Woman! Without her, man is nothing”
 
Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor. “Well..”, kata profesor itu. “You can be what you want to be..” lalu keluar meninggalkan dewan.
 
Apakah yang boleh kita pelajari dari kisah ini? Banyak, tetapi kata-kata profesor itu yang menyentak, “You can be what you want to be”. Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya.
 
Pilihan ditangan kita. Kalau ‘woman without her man is nothing’ dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai “Woman! Without her, man is nothing”. Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.
 
Petikan buku Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, “Membina Hati Bahagia”, (111-112).

17
Sep
08

isteri sentiasa dara

~~ Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra ~~


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(“Abqaro” ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

17
Sep
08

JAUH DI SUDUT HATI

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku




Blog Stats

  • 241,404 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

sapa tu