Archive for the 'Info' Category

23
Dec
09

Rahsia Warna Lipstik

Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik merah menambahkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.

Lip Gloss Tanpa Warna

Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri.


Warna Pink Berkilat

Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.

Warna Coklat

Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.

Warna Ungu

Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!

Warna Oren

Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Warna Merah

Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

19
Nov
08

patut la mahal

Kasut LV lalui 70 langkah pembuatan
Oleh ROSMAWATI MION

TUKANG kasut sedang membuat bahagian atas kasut. lv

TAHUKAH anda, kasut jenama Louis Vuitton (LV) perlu melalui 70 langkah dalam proses pembuatannya sebelum ia boleh dijual kepada pelanggan.

Dan, setiap kali melepasi satu langkah, kasut yang dihasilkan itu juga akan diperiksa kualitinya terlebih dahulu sebelum proses seterusnya dilakukan.

Bukan setakat itu, bagi menjamin kualitinya, LV yang baru sepuluh tahun berkecimpung dalam industri penciptaan dan pembuatan kasut turut mengambil kira perkara-perkara kecil semasa pembuatan produknya agar kasut yang dihasilkan itu sempurna.

Lebih istimewa, kebanyakan proses pembuatan kasut jenama ini dihasilkan menggunakan tangan termasuk memotong kulit pilihan untuk dijadikan kasut.

Menurut Merchandiser Louis Vuitton (M) Sdn. Bhd., Kithelyn Teo, kualiti amat penting sebab itu, setiap kasut yang dihasilkan perlu menjalani proses yang teliti, daripada rekaan hingga kepada pembuatan agar kasut yang disarungkan itu selesa dan terjamin kualitinya.

Hakikatnya, bukan mudah untuk membuat kasut. Segalanya bermula apabila munculnya rekaan baru. Di LV, enam prototaip akan dihasilkan untuk setiap rekaan. Itu menunjukkan jenama itu cukup teliti dalam menghasilkan satu-satu rekaan terbaru.

Namun kata Kithelyn, paling penting dalam pembuatan kasut sebenarnya adalah kelebut atau acuan kasut. Kelebut kasut akan menentukan keselesaan pada pemakai apatah lagi setiap manusia mempunyai bentuk kaki yang berlainan. Jelasnya, LV membuat kelebut setahun sebelum kasut sebenar terhasil. Kelebut juga tidak akan sama bentuknya bagi tumit rendah dan tinggi.

”Kami menghasilkan 200 kelebut kasut untuk satu rekaan pelbagai saiz. Dan, lebih penting kelebut yang dihasilkan di bengkel kasut LV di Fiesso d’Artico, Venice, Itali, tidak akan diulang penggunaannya lebih daripada enam kali. Maknanya, LV tidak akan membuat kasut menggunakan kelebut sama selepas tempoh itu.

”Sebabnya mudah, jika kelebut kasut yang sama terlalu banyak kali digunakan, bentuk kasut akan berubah. Tentunya, kami tidak mahu ia berlaku,” katanya ketika ditemui di butik LV, Starhill Gallery , di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kithelyn menambah, bagi memastikan semua wanita dapat merasai kenikmatan menyarungkan kasut LV, jenama itu kini turut mengambil kira bentuk kaki masyarakat Asia yang nyata lebih kecil berbanding penduduk Eropah atau Barat.

Justeru, sejak dua tahun lalu, ia juga membuat kasut dengan ‘mengukur’ kaki masyarakat Asia khusus bagi pasaran di rantau itu.

”Langkah ini perlu kerana masyarakat Asia mempunyai bentuk kaki yang panjang dan lebar, sedangkan orang Eropah bentuknya lebih panjang, tetapi tidak lebar. Apatah lagi lelaki yang nyata bersaiz lebih kecil berbanding lelaki barat,” katanya.

Uji kualiti dan ketahanan kasut
Mungkin setiap syarikat atau jenama mempunyai cara tersendiri untuk menguji kualiti kasut keluaran mereka, selain keselesaan kala disarungkan di kaki.

Bukan hanya kasut yang telah siap dihasilkan akan diuji kualitinya, tetapi kulit yang digunakan untuk membuat barangan itu juga turut dinilai ketahanannya. Apa yang dilakukan, kulit tersebut akan ditarik menggunakan alat khas selama tujuh hari untuk mengetahui sama ada ia tahan lama atau sebaliknya.

Malah, setiap satu kasut yang dihasilkan akan dipastikan mempunyai kualiti yang sama, apatah lagi jika ia merupakan rekaan serupa.

”Setiap pekerja di kilang LV cukup mahir dalam pembuatan kasut dan sudah lama berada dalam bidang tersebut kerana melakukan kerja yang sama sejak muda.

”Malah, jika terpaksa menggunakan gam terutama untuk lapik di bahagian dalam kasut, mereka akan pastikan pengguna tidak akan ternampak gam tersebut dan pentingnya kaki terasa selesa tanpa perlu bimbang ia tercabut,” ujar Kithelyn.

Biarpun selepas setiap langkah akan ada pemeriksaan kualiti dilakukan, LV masih lagi inginkan kepastian bahawa kasut rekaannya cukup berkualiti dan selesa dipakai.

Untuk itu, sebelum dijual, LV akan melakukan dahulu proses menyedang menggunakan model yang mempunyai kaki sempurna.

Cara itu katanya, bagi melihat kualiti kulit yang digunakan untuk kasut tersebut tahan jika dipakai dan selesa juga andai disarungkan di kaki. Selain itu, ia dapat juga menguji kekukuhan tumit kasut berkenaan.

19
Nov
08

Hukum mewarnakan rambut dan uban

Assalammualaikum w.b.t.
 
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.
 
 
 
 
 
Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.

Nukilan : Muhammad Nazir

18
Nov
08

petua mudah tido

Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.
Biasakan tidur mengikut jadual.

 

Buat satu peraturan yang tetap. Contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan sebagainya.

 

Tidurlah dalam suasana dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.

 

Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang, tetapi tidak menghilangkan kepenatan.

 

Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.

 

Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih kualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

 

Bangun tidur beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

 

Berdoa agar dapat tidur malam, seperti doa diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Zaid bin Thabit, diriwayatkan at-Tabrani dan Ibnu Sunni: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

18
Nov
08

contain alcohol?

LU PIKIR LA SENDIRI

sos-tomato

16
Nov
08

Kemunting

pokok-kemunting-13        POKOK KEMUNTING             

      

pokok-kemunting-22

BUAH KEMUNTING

          pokok-kemunting-32

 ISI BUAH KEMUNTING

Kemunting

 

Nama Tempatan: Kemunting
Nama Saintifik: Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain: Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi( cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle
Famili: Myrtacea
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:  
 

keterangan:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:

Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.

13
Nov
08

Kenapa orang melayu makan dengan tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu..

Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam  bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya…!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

 Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya: “Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. ……… !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut……..

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu……

13
Nov
08

Bahagia punca gemuk

“LONDON: Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

‘Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.'”

“Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan,” kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata ‘kaum hawa’ menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

“Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan,” kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

“Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami. Agensi

08
Nov
08

Dulu mahal, kini murah

Oleh WARTAWAN Kosmo!

1JIKA disebut namanya, tentu anda menyangka ia sebuah premis elit, namun Pasar Orang Kaya yang cukup terkenal di kalangan penduduk Pulau Pinang tidak begitu keadaannya.

Ia bukan pula bersaiz besar atau berhawa dingin seperti pasar raya besar moden, malah jauh sekali menyerupai sebuah pasar awam yang sering kita temui di kawasan-kawasan perumahan.

Terletak di Perai, pasar yang menyerupai pasar malam itu didirikan di atas sebidang tanah dengan beberapa gerai jualan pelbagai jenis makanan laut, daging dan juga sayur-sayuran.

Pada awal kewujudan, ia cuma menjual makanan laut segar terus dari jeti nelayan kepada pelanggan. Ekoran itu, harga diletakkan juga tinggi lantas hanya mampu dibeli orang kaya.

Menurut seorang peniaga di pasar itu, Abdul Majeed Jamaluddin, 48, pada masa tersebut, harga seekor ikan terubuk saiz sederhana boleh mencecah antara RM60 sehingga RM80.

2

Apa tidaknya, tangkapan laut yang dinaikkan nelayan di Kuala Muda, Kuala Kedah dan Kuala Juru hanya akan dibawa terus ke pasar tersebut untuk dijual.

“Pada era 80-an, cuma orang kaya saja mampu makan ikan yang harga RM80 seekor, orang biasa mana mampu. Sebab itulah pasar ini dikenali sebagai Pasar Orang Kaya sejak itu,” katanya.

Sudah berniaga lebih 20 tahun di pasar tersebut, bagaimanapun kini Pasar Orang Kaya hanya tinggal nama kerana tidak ramai lagi berminat datang membeli di tempat sebegitu.

Masyarakat kini lebih gemar berkunjung ke pasar-pasar raya besar yang lebih bersih dan berhawa dingin namun pasar ini menjadi tumpuan mereka yang inginkan makanan eksotik.

Seorang penjual ayam, Mohd. Azlan Abidin, 29, memberitahu: “Dulu cakap apa nak makan Bukan setakat ikan, udang, ketam besar dan segar, makanan pelik pun boleh jumpa di sini.

“Daging tupai, landak, semua ada di sini. Sekarang, jika tak nak beli ayam siap disembelih, boleh pergi ke depan sebab ada jual ayam hidup disembelih di depan pembeli,” katanya.

Tetapi, ujar Mohd. Azlan, pasar tersebut bukan seperti bazar Lorong Kulit yang terkenal di George Town atau Butterworth kerana ia lebih tertumpu khusus kepada bahan makanan sahaja.

3

Bahkan selain daripada jualan makanan basah, Pasar Orang Kaya hari ini merupakan pusat makanan tradisional bagi penduduk sekitar Seberang Jaya dan kawasan berhampiran.

Menurut penjual ikan, Dee Ismail, 49, dahulu terdapat lebih daripada 10 buah gerai menjual pelbagai jenis kuih-muih tradisional tanpa perlu menunggu sebarang musim perayaan.

“Tak payah tunggu hari raya untuk makan kuih seperti baulu. Penduduk boleh dapat apa saja jenis kuih dan yang paling menarik, kuih tersebut boleh dibeli setiap hari,” ujar Dee.

Namun selepas 30 tahun, keadaan pasar itu semakin hari semakin menyedihkan. Semak-samun mulai tumbuh hingga Pasar Orang Kaya dilihat seolah-olah ‘hilang’ diselaputi pokok.

Itu tidak ditambah lagi dengan keadaan becak selepas hujan. Ada penduduk mendakwa semacam terdapat perjanjian dengan pemilik tanah bahawa ia tidak boleh dibuat bangunan kekal.

“Saya tak pasti tetapi apa yang saya tahu, ia cuma tapak sementara yang boleh diambil untuk apa jua projek oleh tuan tanah dan dalam tempoh itu, peniaga boleh berniaga” katanya.

Bagaimanapun, rata-rata peniaga yang ditemui bersetuju sekiranya pemilik tanah bermurah hati menurap tapak tersebut, Pasar Orang Kaya pasti mengulangi zaman kegemilangannya.

“Kebanyakan peniaga di sini adalah peniaga asal sejak dari awal kewujudannya. Kurangnya peniaga di sini cuma ada dua faktor sahaja, mati atau berpindah ke tempat lain,” kata Dee.

4

Apa pun, keluhan peniaga di Pasar Orang Kaya mungkin berakhir apabila pasar awam moden di taman perumahan bersebelahan akan siap dibina.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Farizan Darus berkata, tender untuk pembinaan pasar baru itu oleh Jabatan Kerja Raya ditawarkan kepada yang berminat.

MPSP tidak dapat berbuat apa-apa mengenai tapak asal Pasar Orang Kaya kerana ia adalah milik persendirian.

“Pemilik tanah telah buat perjanjian dengan peniaga bahawa tiada bangunan kekal boleh dibina oleh sesiapa kecuali pemiliknya tetapi MPSP menjaga kebersihan kawasan,” ujarnya.

Walaupun tidak dapat membina bangunan pasar baru atau membuat penambahbaikan, MPSP pernah menawarkan peniaga berpindah ke Pasar Awam Taman Bagan tetapi ramai menolak.

20
Sep
08

Abortion

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses aborsi (pengguguran):

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan)

Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh tersebut .

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan)

Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk aborsi (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh dicapai, pinggang, bahu atau leher.

Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik aborsi, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan)

Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik.

Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Aborsi bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini.

Aborsi pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan)

Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Untuk upacara seperti ini, proses aborsi dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan aborsi itu selesai. Selepas hanya saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam aborsi ini bahawa pembunuhan keji telah terjadi.

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahawa aborsi itu cepat dan tidak sakit, mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh obat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan.

Benar, bagi wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit. Tapi bagi  bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri.

Adakah anda setuju bila lebih ramai kalangan remaja dan anak-anak mengetahui, hal ini, ia akan menghindari zina dan pengguguran, memandang jijik walaupun menyebutnya..

Tolong sebar luaskan sehingga semakin banyak yang tahu dan sedar bahawa

Aborsi (pengguguran) itu adalah suatu pembunuhan…

YANG KEJI !!!!!!!!

 




Blog Stats

  • 241,404 visit

…..

Yang Melawat MYly

web tracker
May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

sapa tu